Meski Emma Maembong sudah pun memberikan kenyataan serta permohonan maaf berkaitan dengan beberapa keping fotonya tanpa hijab bersama abang kepada Syed Sadding, Syed Abdullah, namun timbul pula isu yang membayangkan pelakon cantik itu sebenarnya sudah berkahwin dengan lelaki kacak tersebut.

Malah, gosip mengenainya turut diperkatakan. Bagaimanapun, sehingga ke hari ini bintang kacukan itu mengambil pendirian untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan setakat ini.

Namun MH sempat bertanya mengenai kisah tersebut saat bersua dengan adiknya, pelakon Chacha Maembong mengenai benar atau tidak mengenai apa yang diperkatakan itu.

“Tiada komen kerana ia sudah ke peringkat yang peribadi. Buat masa sekarang, kami mengambil pendirian untuk berdiam diri. Biarkan orang nak cakap apa. Bila semuanya sudah reda, baru akan diberi penjelasan.

“Saya tak nak cakap apa yang berlaku betul atau salah. Sebab bagi saya ada yang betul dan ada yang salah. Tapi bagi saya khabar angin itu adalah 90% adalah khabar angin dan sangat salah. Tapi kita tak boleh nak cakap apa, mulut orangkan?,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai keadaan Emma ketika ini, Chacha memberitahu kakaknya berada dalam keadaan yang baik dan sangat positif.

“Dia sangat positif dan saya hormat dia kerana dia mampu untuk tangani apa yang berlaku, cakap-cakap orang. Rendah diri dan sangat positif. Dia juga ada cakap pada saya, mungkin ada rezeki yang lain bila benda ini berlaku,” jelasnya lagi.

Foto: Instagram Chacha/Emma Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI