Penyanyi Ijam Majid atau nama sebenarnya, Mohd Norhizam Abdul Majid mengakui produksinya terpaksa menangguhkan hasrat bagi melancarkan single baru sebelum ini akibat penularan wabak COVID-19.
Kalau diikutkan perancangan, single terkininya yang berjudul Permainanmu itu sepatutnya dilancarkan Mac lalu.
Reda atas situasi semasa yang melanda seluruh dunia, bintang ini kini giat mempromosikan kembali single berkenaan, sejurus fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.
Terdahulu, lagu Permainanmu yang bergenre rock balada itu yang dicipta oleh Hery Sejagat.
“Sepatutnya lagu Permainanmu mahu dilancarkan pada Mac, bagaimanapun ia terpaksa dianjakkan kepada bulan lalu atas situasi semasa.
Ads
“Mujur, media sosial menjadi antara platform untuk mempromosikan lagu ini di kalangan pendengar.
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang diterima begitu baik dan yang penting kini, saya giat menambah kelompok peminat baru,” katanya kepada MH.
Mahu memberi kepelbagaian dalam aliran muzik semasa agar tidak terlalu terbatas dengan lagu balada cinta semata, Ijam optimis mahu mengetengahkan genre rock dalam setiap lagu yang dinyanyikan.
“Saya pernah tampil dengan single genre rock berjudul Pejuang Cinta setahun yang lalu. Sebelum ini, iramanya lebih ‘fast’ dan agak ‘keras’.
Ads
“Akan tetapi menerusi Permainanmu, saya muncul dengan sesuatu yang lebih perlahan iaitu pop rock. Kiranya elemen rock itu masih lagi ada.
“Sebab saya percaya pencinta muzik juga dahagakan kepelbagaian dalam lagu dan inilah yang saya cuba ketengahkan,” katanya lagi.
Selain aktif menyanyi, Ijam terlebih dahulu turut terlibat di dalam dunia lakonan dan pernah membintangi beberapa buah drama tempatan sejak 13 tahun lalu.
Ads
Antara drama-drama lakonannya termasuklah Kekasihku Seru, Tower 13, Juvana, Soffiya, Gemilang, Ujang & Acha, Lara Hati dan banyak lagi.
Cuma sejak beberapa tahun lalu, Ijam beri fokus terhadap perniagaan keluarga dan mula melibatkan diri dalam dunia nyanyian bermula tiga tahun lepas.
“Dahulu saya ‘tinggalkan’ dunia lakonan kerana mahu beri komitmen terhadap nyanyian dan bisnes keluarga.
“Kini semuanya sudah pun stabil dan andai ada ruang untuk berlakon selepas ini, saya tidak teragak-agak untuk menerimanya,” akhiri Ijam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen ada memuat naik sepotong rakaman video ketika melakukan demo mempertahan diri bersama isterinya yang juga pelakon, Hanis Zalikha.
Pemilik nama lengkap Hairul Izreen Idris telah berkongsi paparan video tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Saya dengar awak ada pelbagai nama! @haniszalikha,” tulis Hairul Azreen ringkas.
Lantas, perkongsian bapa kepada dua orang cahaya mata itu telah menjadi perhatian wargamaya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan kagum melihat aksi pasangan selebriti popular itu.
“Ghisauuuu… Dok silat2 kang , tau² lagi 9 bulan terus Alisya dapat Adik,” tulis seorang wargamaya.
“Unexpected last last tu eh aish mesti ada sambungan ni part 2,” tulis peminat yang lain.
“HAHAHAHAH terkejut plot twist well donee @hairulazreen,” komen netizen yang lain.
Sehingga, rakaman video tersebut telah meraih lebih 500,000 tontonan di Instagram.
Sekadar informasi, Hanis atau lengkapnya Hanis Zalikha Zainal Rashid telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Hairul Azreen pada Jun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar, 5 dan Alisa Aisyah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hairul Azreen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski hubungan antara suami sudah berakhir, namun Betty Banafe mempunyai sahabat yang sentiasa ada menemaninya.
Sudah bersahabat setelah sekian lama, Betty dan Haleeda Mazlin masing-masing dalam karier yang sama, sentiasa memberi kata-kata semangat buat sahabatnya itu.
“As Salam duhai hati.. My tetamu, sahabat dari dulu.. Kami saling mengerti, walaupun tanpa bicara atau lama x bersua,
“Kami punya persefahaman dalam memahami keadaan perjalanan yg sedikit berbeza. namun, itu bukan alasan untk tidak loyal d blkg kita.. kerana antara aku dan kau @bettybanafe tiada rahsia, tidak punya erti putus asa.. memori kita genggam Sama2. Fii Amanillah, love & Smile. Sempat ko merungut ye Bet,” tulisnya.
Dalam pada itu, mereka juga sempat menyanyikan lagu Menghitung Hari nyanyian Krisdayanti dengan penuh perasaan.
“As Salam duhai hati … Hadapi dgn senyuman @bettybanafe.. kerna kita xkn pernah sendiri.. 🌹Fii Amanillah, love & Smile. Kitaorg ni mmg suka berbicara melalui lagu,” kongsi Haleeda yang pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim pertama.
Terdahulu, Betty dan Bruce Dargus ini diijabkabul pada 8 Disember 2012 dan mereka bercerai pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Hasil perkongsian selama tujuh tahun itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Video : Instagram Haleeda Mazlin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.