
Isi Kandungan
ToggleSejak mendirikan rumah tangga bersama pujaan hati, pelakon dan juga pelawak Shuib Sepahtu, nama usahawan Watie Hanafiah sedikit sebanyak menerima bahang populariti suami sehingga dikenali dalam industri hiburan tanah air.
Ketika diminta mengulas berhubung isu penghijrahanya dirinya dan dikala ramai selebriti ndustri tanah air yang kembali melepaskan hijab mereka, ini respon yang diberikan oleh suri hati Shuib ini.
Watie Akui, ‘Istiqamah’ Bukan Perkara Mudah!
Menurut Watie, selepas membuat keputusan mengenakan hijab lebih setahun lalu, tidak dinafikan proses penghijrahan diri bukanlah sesuatu pekara yang mudah. Malah, untuk kekal istiqamah, sudah tentu Watie memerlukan kekuatan dalam diri.
“Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life.
“Alhamdulillah genap setahun berhijab walau kadang kala iman naik turun, walau kadang kala bila pi shopping baju mata ni duk pandang fesyen yang dah tak boleh di pakai,” jelasnya.
Meski Tak Sempurna, Watie Mahu Sentiasa Perbaiki Diri
Bagaimanapun, Watie memaklumkan dia akan sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Sedar masih banyak kekurangan… Sedar masih banyak yang perlu diperbaiki… Sedar masih banyak yang yang perlu ditutupi.
“But small step are better than none… Slowly but surely… Insya-Allah,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Rambut I Merah, Hati I Tak Hitam Macam…,” – Ditempelak Tak Tahu Malu & Macam ‘Bapok’ Berjaya, Ini Jawab Beby Maembong!

Instafamous dan usahawan yang sinonim digelar Mermaid Malaysia, Beby Maembong mendedahkan beberapa paparan mengenai kecaman yang diterima netizen gara-gara menganjurkan senaman tarian yang dipanggil BebyDollz Salsation
Program yang turut disertai peserta kebanyakan wanita dan beberapa orang lelaki itu difahamkan telah dianjurkan kakak kepada pelakon sensasi, Emma Maembong tiga hari lalu.
View this post on InstagramA post shared by ??????? ???????? ?????????_??™ (@beby_maembong) on
Menerusi perkongsiannya Instagram milik Beby, rata-ratanya bertindak mengecam bintang viral itu termasuk mengaitkan kisah adiknya yang menggemparkan industri hiburan, baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by ??????? ???????? ?????????_??™ (@beby_maembong) on
Tetap optimis meski menerima kritikan, pemilik nama lengkap Nurulaini Ismail yang merupakan usahawan bengkung jenama Slimdoolz serta minuman minuman diet Bebydollz Chocolate Slim ini menjelaskan, meski rambutnya diwarnakan dengan waran merah, namun hatinya tak ‘hitam’ seperti sesentengah orang.
“[NITIZEN OVER] Adoi…. Baru nak senyum sepanjang hari byk dpt komen positif & yg baik2 pasal aktiviti BebyDollz Salsation. Tetiber malam ni bukak DM ramai pulak yg carut. Cari salah.. Apa masalah korang nie eeh?
“Rambut i merah hati i tak hitam mcm kaki bawang mcm u! Kalau lelaki pakai bengkung means dia org pondan ke? Hello org Malaysia jgn narrow minded sgt boleh tak? Mcm manalah nak jadi negara bebas obesiti dan diabetes nie, kalau benda baik kita buat tetap nampak x elok!,” tegasnya.
Pada masa sama, dia turut mempersoalkan golongan lelaki yang mengecam lelaki lain yang mengenakan bengkung yang diibaratkan sebagai bapok (pondan).
“Abg abg yg kecam ckp pakai bengkung jadi mcm bapok tu, dah terasa sado sgt ke dgn perut besar mcm bela cacing tu?
“Laki bini kt rumah sorg mcm bibik sorg mcm clown.. Mcm mana rumahtangga nak happy?. Bila kita ikhlas nak ajar jaga kesihatan badan bg alasan… Sbb nak sedapkan diri sendiri la tu,” tulisnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by ??????? ???????? ?????????_??™ (@beby_maembong) on
Sebelum tular mengenai isu tersebut, Beby sebelum ini turut menjadi buah mulut ramai apabila pernah menggayakan kostum duyung saat penggambaran selain memiliki pinggang bersaiz 23 inci meski bergelar ibu kepada empat cahaya mata.
Foto: Instagram Beby Maembong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Hidup Ni Kosong…,”- Genap 40 Hari Pemergian Ibu, Linda Rafar Kongsi Momen, Tahlil Sebagai Hadiah

Hari ini genap 40 hari pemergian ibu penyanyi, Linda Rafar mengadap Ilahi.
Lantas,Linda telah memuat naik video momen sedih sebelum Allahyarham Rasimah Abd Rahman dikebumikan.
“Al-fatihah mak..,
Genap 40 Mak pergi hari ni…
“Tiada yg dpt Linda hadiah kan lagi utk Mak selain doa,sedekah serta tahlil buat mak….
Linda sayang Mak sgt2…
“mcmne nak ckp Linda pon tak tau tp setelah Mak takde hidup Ni kosong sekosong kosongnyaaa Mak… hanya pd allah Linda menangis Dan mengadu nasib..
“Mak Linda harap Mak tenang Di Syurga allah bersama para nabi Dan Rasul.. tunggu Linda ye mak,” tulis Linda.
View this post on InstagramA post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on
Video berdurasi satu minit itu telah mendapat lebih 5,000 tontonan dengan berlatarbelakangkan lagu Di Telapak Kaki Ibu nyanyian Aisyah.
Terdahulu, arwah yang berusia 73 tahun itu meninggal akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Video : IG Linda Rafar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selepas 5 Hari Koma…,” – Tak Putus Doa & Mohon Ampun, Bonda Rozita ‘Update’ Keadaan Terkini Ibu

Usahawan, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan sapaan Bonda Rozita berkongsi perkembangan terkini ibunya, yang sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah.
Rozita pada masa turut memaklumkan mengenai status kesihatan si ibu yang telah sedar selepas lima hari koma dan kini sudah pun dipindahkan ke Hospital KPJ, Damansara, Selangor.
“Tp Allah Yang memiliki segalanya, Selepas lima hari koma di hospital Kuala Pilah saya dapat keluarkan mak saya masuk KPJ Damansara. Alhamdulillah doktor pakar jantung, buah pinggang menguruskan mak saya dengan baik.
“Kegagalan buah pinggangnya menyebabkan jantung mak kini baru fungsi cuma 40% sahaja, dia tidak boleh bernafas dengan baik sbb toksin byk.
“Lawak Mak sy dia kata takut dengar irg bacakan dia yasin, ni peluang kali ke 2 dpt hidup lgi katanya. Mak saya taubat xnak balik kampung lagi dan tak nak skip cuci buah pinggang.
“Hospital kerajaan memang tidak benar masuk melawat langsung kerana keadaan mak yang sangat kritikal tapi bila di hospital swasta benarkan tp juga ketat syarat nya untuk masuk (rekod PCR dlm 2 week),” jelasnya.
Ibu kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri ini meluahkan rasa syukur dan turut berpesan buat mereka yang masih mempunyai ibu.
“Saya bawakan Karipap buncit betul saja sebab mak saya tak boleh makan banyak pun masa awal masuk sangat gembira dapat berjumpa, tapi bila melihat keadaan mak sangat sedih tak putus-putus saya memohon ampun maaf sebagai anak.
“Adik bongsu sy menjaga Mak selama ni sgt sy berterimaksih, sy ni sumber budget je yg jaga dik dan maid yati baik sgt orangnya.
“Mak kita hanya ini sahaja dan selepas ini kalau dia tidak ada hilanglah Tunggak kami. Bagi anda semua yang mempunyai mak jaga saat bersama Mak.
“Kebersamaan dan nyawa ke hujung usia dengan kalimah Allah itu yg kami cuba usahakan,” luahnya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan Rozita menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Foto: Instagram Bonda Rozita
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI