Akibat terlalu teruja dengan tayangan perdana filem Tiger-3, peminat bintang Bollywood, Salman Khan bertindak diluar kawalan dengan membakar mercun dan bunga api di dalam panggung wayang.

Menerusi video yang tular pada Selasa, sekumpulan peminat dilihat tidak berfikir panjang dengan membakar mercun ketika filem lakonan Salman itu sedang ditayangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sinar Harian (@sinarharian)

Disebabkan situasi tersebut, keadaan di dalam panggung wayang bertukar menjadi kecoh selepas penonton menjadi panik dan cuba menyelamatkan diri.

Kejadian tersebut turut mendapat perhatian daripada Salman sendiri.

Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara

IKLAN

Menerusi satu hantaran di aplikasi X, Salman memohon peminatnya untuk bertenang dan jangan bertindak di luar kawalan.

Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara

“Saya mengambil maklum mengenai kejadian bunga api di dalam panggung wayang ketika tayangan filem Tiger-3. Itu satu perbuatan yang sangat merbahaya.

IKLAN

“Berseronoklah menonton filem tersebut tanpa meletakkan risiko terhadap diri sendiri dan orang lain. Kekal selamat,” tulisnya.

Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara Peminat Fanatik Bakar Mercun & Bunga Api Dalam Panggung Wayang, Salman Khan Bersuara

Terdahulu, filem Tiger-3 dikhabarkan mula ditayang ketika sambutan Hari Raya Deepavali.

IKLAN

Selain Salman, Tiger-3 arahan Maneesh Sharma turut dibintangi oleh Katrina Kaif dan Emraan Hashim.

Sementara itu, insiden sebegini bukan kali pertama dilakukan oleh peminat bintang Bollywood.

Situasi sama dikatakan pernah berlaku sewaktu tayangan filem, Jawan yang dibintangi raja Bollywood, Shah Rukh Khan pada Oktober lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Sinar Harian & Salman Khan, Twitter Salman Khan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI