Baru-baru ini, tular sebuah klip di media sosial yang memaparkan kegagalan beberapa finalis Hero Dewi Remaja menjawab soalan cepumas berkaitan maksud pepatah Melayu.
Hal tersebut telah menyebabkan finalis tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen.
Mengulas mengenai isu tersebut, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Hero Remaja 2011/12, Fattah Amin menyifatkan situasi itu sememangnya normal buat para pendatang baharu.
“Mungkin mereka terlalu gemuruh. Sewaktu saya bergelar artis baharu dahulu, saya juga tak biasa bila berhadapan dengan soalan media dan kamera tertumpu kepada kita.
“Pada waktu itu, saya baru tamat pengajian di universiti. Jadi, bila gemuruh, akan keluar kenyataan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya kepada MH.
Ads
Suami kepada pelakon, Nur Fazura itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Ngopi Bersama Fazura yang berlangsung pada Ahad.
Pada masa sama, Fattah turut mengingatkan pada pendatang baharu untuk sentiasa membuat persediaan dan memantapkan diri dengan ilmu.
“Bagi saya, hal itu merupakan perkara normal. Namun, sudah tentu ia lebih bagus jika pendatang baharu ini ada buat persediaan untuk bergelar anak seni.
Ads
“Bila mereka membuat persiapan rapi, secara tidak langsung ia akan membuat pihak media, peminat dan orang luar berasa lebih kagum. Mereka juga akan lebih hormat,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, bintang filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini turut menasihatkan para pendatang baharu untuk tidak mudah mengalah dan belajar melalui pengalaman.
Ads
“Pendatang baharu ini boleh dikategorikan kepada dua. Pertama, mereka yang dikurniakan bakat semulajadi dan tak perlu belajar.
“Bila di hadapan kamera, bakat mereka berlaku secara natural. Sebagai contoh, Beto Kusyairy dan Bront Palare.
“Namun, saya bukan begitu. Saya perlu belajar dan perbaiki melalui pengalaman. Jadi, nasihat saya, jangan cepat mengalah. Kritikan itu merupakan perkara biasa bila baru bergelar anak seni.
“Jangan kecewa dengan kritikan dan teruskan belajar. Proses itu yang akan membuatkan kita lebih baik untuk menghasilkan karya yang diminati ramai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas personaliti televisyen yang kini merangkap sebagai Senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewa selepas mendapati banyak kemudahan awam yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU) digunakan pihak yang tidak berhak.
Menurut laporan Malaysia Kini, Ras Adiba menyifatkan permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berwajib.
“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU.
“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.
“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU.
“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Ras Adiba turut berharap agar syarikat swasta mempertimbangkan syarat kelayakan untuk memberi ruang buat warga OKU mendapat tempat didalam sektor pekerjaan.
Malah, dia juga tidak mahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini terjadi juga kepada golongan OKU yang lain.
“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.
“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.
“Sukar saya bukan kepalang. Saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya lagi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas perkongsian susah payah pasangan ini menempuh hidup dengan hanya menggunakan Viva, terbaharu, Dr. Say memuat naik sekeping foto bersama kereta baru, Hyundai Tucson.
Menurutnya, selepas melihat kesukaran isteri yang sedang sarat hamil menaiki kenderaan lain, dia nekad menunaikan tanggungjawab dengan menyediakan kereta yang lebih selesa buat isteri dan anak yang bakal lahir.
“Topik : Malu Ape Peeps Part 2
“Bini xpnah request ape2 dari sy. Siap knkdg lpas event fancy2, bini sndiri volunteer nak drivekan Viva tu. Katanya “xpelah biar org ingat ni kereta i instead of kereta u” semata-mata nk jaga air muke suami.
“Berjurai hati bile dgr bini sndiri ckp gtu. Maka sy bertekad yg its time to change.
“Cukup dh tgk bini bersusah nak masuk & keluar kereta & pegang perut each time langgar bump.
“Kereta yg merupakan satu kehendak kini bertukar menjadi keperluan. Wlpn bini xminta, its my responsibility to provide comfort & safety for my bini & my future baby.”
Ulasnya, kereta mewah bukan pilihan utama kerana dia tidak mampu merencana perbelanjaan saat anaknya lahir nanti.
“Tepat spt yg korg teka, my very 1st & our new car is finally here, Hyundai Tucson. Mesti ade yg tertanya2 knape bukan jenama M/B/RR? Bg sy jenama mewah2 tu sy simpan tuk satu hari nnt jika perlu/ mampu, sb sy xleh predict mcm mane perbelanjaan once baby keluar nnt. Knape bukan SUV yg typical skit? CRV, CX5, X70, Aruz sume sy ade survey, tp parents sy dh biasa ngn brand Hyundai maka me being a good son, sy ikutkan saje nasihat parents cz to me, my parents know best.”
Tambahnya lagi, semua manusia punya kehendak, namun biarlah yang utama diselesaikan dahulu.
“Kesimpulan cerpen ni, kita semua ada kehendak masing2, tp depending on ur kemampuan, utamakanlah keperluan dahulu yakni shelter for ur loved one to rest, transportation for them to move & food for them to eat.
“Kalau ade duit lebih maka boleh la upgrade mane2 keperluan tersenarai td. Marriage is all about being responsible to ur partner no matter what situation u r in cz u sign up for it when u lafaz ur akad d day u marry her. Tq peeps sudi baca cerpen2 sy yg xseberapa ni. Moga kisah2 ni serba sedikit boleh membantu anda dlm kehidupan.”
Doktor sasa ini juga meminta agar netizen tidak risau akan nasib kereta Viva kerana ia masih digunakan.
“P.S : Jangan risau, Viva masih ada & bernyawa di rumah kami. Kereta penuh nostalgia tu xkn kami abaikan begitu saja.”
Supermodel, Adriana Lima mengumumkan mahu bersara setelah hampir 20 tahun bersama brand, Victoria Secret (VS).
Berkata di laman Instagramnya, Adriana sempat berterima kasih kepada VS kerana memberikannya peluang seawal usianya masih belasan tahun untuk menjadi model mereka.
“Dear Victoria, Thank you for showing me the world, sharing your secrets, and most importantly not just giving me wings but teaching me to fly. And all the love to the best fans in the! Love, Adriana,” tulisnya.
Sementara itu, berkata kepada People, Adriana merasakan bahawa tahun 2018 adalah tahun yang terbaik sepanjang kariernya.
“Rasanya tahun ini merupakan tahun terbaik sepanjang karier saya, tahun ini merupakan tahun ke-18 pertunjukan fesyen saya bersama dengan VS dan saya masih sangat seronok kerana menjadi sebahagian daripada ‘Victoria’s Secret Fashion Show’ ini.
“Ia adalah salah satu perkara paling saya sukai!,” katanya.
Dalam pada itu, model berusia 37 tahun itu turut berkongsi projek selepas dia ‘bersara’ kelak.
“Saya ingin terlibat dengan projek yang berbeza namun dalam masa yang sama memberikan sokongan kepada wanita di seluruh dunia,” katanya lagi.
Adriana debut di pentas peragaan VS pada tahun 1999 pada umur 18 tahun dan pertunjukan fesyen terakhirnya bakal ditayangkan pada 2 Disember ini.
Sumber: People
Foto/Instagram: Adriana Lima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.