Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina Azhar tidak berniat, apatah lagi apabila didakwa menipu kononnya tidak pernah menyanyikan lagu La Bamba seperti yang didakwa netizen menerusi hantaran yang tular.

Menurut Azharina, respon terhadap pertanyaan juri tetap ASGV, Datuk Ramli MS adalah susulan dirinya yang memang tidak pernah membawakan lagu berkenaan di pentas persembahan rasmi.

“Saya memang tidak pernah bawa lagu itu di mana-mana show saya. Apa yang diviralkan itu ialah satu nyanyian spontan dengan kumpulan busker di depan Sogo, kira-kira tiga tahun lalu.

“Saya pun tak tahu apa niat mereka yang viralkan. Tak mengapalah, cuma memang saya tak pernah sampaikan lagu itu secara profesional atau pertandingan.

“Yang saya nyanyi dalam klip yang diviralkan tu memang main hentam saja,” katanya.

IKLAN

“Apa Yang Diviralkan Itu Ialah Nyanyian Spontan,” – Azharina Ulas Video Lama Nyanyi Lagu La Bamba “Apa Yang Diviralkan Itu Ialah Nyanyian Spontan,” – Azharina Ulas Video Lama Nyanyi Lagu La Bamba

Penyanyi lagu Rawan itu juga menambah, perkara tersebut juga tidak sepatutnya timbul memandangkan dia bukannya berada dalam kedudukan peserta yang meraih markah yang tinggi.

IKLAN

“Saya pun di bottom three, jadi tak ada isu pun. Mujur masih ada rezeki walaupun sudah dua kali hampir tersingkir,” katanya lagi.

Azharina bagaimanapun berterima kasih kepada semua peminat yang sering menitipkan kata semangat, termasuk daripada rakan industri.

IKLAN

“Syukur dengan semua yang menghargai bakat saya. Jujurnya saya sudah lama tidak menyanyi untuk juri (dinilai). Nyanyian saya lebih kepada peminat yang sentiasa menghargai seorang Azharina.

“Saya serah kepada Allah, selagi ada rezeki saya akan teruskan dan semangat saya ialah peminat dan rakan-rakan yang selalu memberikan sokongan.

“Saya mahu apa yang saya sampaikan diterima baik khalayak kerana itu membuatkan saya gembira untuk legasi kerjaya seni saya,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI