Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob,45, memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan adiknya, Raf dan isteir yang didakwa Mawar bakal bercerai.
Menurut Fazley atau nama sebenarnya, Ahmad Fadzli Yaakob, dia juga mahu memberikan ruang buat pasangan terbabit.
“Saya mohon maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri,” katanya.
Ads
Fazley juga memohon doa yang baik-baik untuk Raf dan Mawar.
“Apa yang boleh saya cakap, saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik untuk kedua mereka.
Ads
“Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa bakal bercerai.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, selagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Untuk rekod, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pasangan duo, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran yang diumumkan sebagai pemenang Duo Terbaik mingguan Famili Duo musim tiga (FD3), pada Ahad.
Pasangan sepupu ini sukses meraih markah sebanyak 62.5 peratus selepas menerima reaksi positif dua juri tetapnya, Ajai dan Mas Idayu.
Atas kemenangan tersebut, Haqiem dan Ariff berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.
Haqiem dan Ariff mempersembahkan lagu Janam Janam, Goyang Inul dan Cintaku 100% bagi menyempurnakan tema minggu ini, iaitu Dangdut/Hindustan.
Kemenangan itu juga memberi peluang kepada mereka untuk memilih tema bagi minggu hadapan iaitu Idola/Legenda.
Sementara itu, Sharif & Syaiful Zero menduduki tempat kedua, diikuti Ryan & Adam Bakery, Tom & Fuad Rahman, Syahir & Shila Amzah dan Adira & Emma Suhaimi.
Famili Duo 3 disiarkan secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan kejayaan konsert A Night with Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai bukti kesungguhan dan kerja keras daripada rakan artis, Aina Abdul sendiri.
Kenyataan tersebut diberikan Siti menerusi ruangan komen dalam hantaran terbaharu Aina di Instagram, pada Ahad.
Menerusi hantaran terbaharu tersebut, Aina memuat hantaran berbentuk video yang memaparkan kenangan konsert skala besar berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
“Tahniah Aina! Bukti kesungguhan dan kerja keras,” tulis Siti sambil disusuli dengan dengan emoji tepukan tangan.
Malah, Aina dilihat turut memberikan reaksi terhadap komen berkenaan.
“Terima kasih Tok Ti,” balas Aina disertakan dengan emoji hati.
Terdahulu, ANWAA 3.0 merupakan kesinambungan daripada kejayaan konsert sulung Aina, ANWAA 1.0 yang telah diadakan di Bsync Hall, Kuala Lumpur pada Disember 2021 dan diikuti pula dengan edisi keduanya yang diadakan di Istana Budaya pada Jun 2022.
ANWAA 3.0 ini merupakan konsert solo berskala besar Aina yang bukan sahaja diraikan oleh peminat tempatan malahan mereka yang hadir dari pelbagai negara termasuklah Indonesia, Singapura dan Brunei.
Di dalam konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu, Aina mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu, diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik Mac Chew dan dibantu oleh Jenny Chin.
Turut sama meraikan malam gemilang tersebut ialah dua rakan seperjuangannya, Khai Bahar dan Lah Ahmad, yang mana kedua-dua jemputan istimewa ini telah melantunkan persembahan duet bersama Aina.
Aina juga turut menjemput penyanyi, Haziq Rosebi iaitu peserta Akademi Fantasia musim keempat sebagai seorang lagi tetamu istimewa dan keduanya berduet mempersembahkan lagu Lemak Manis dan Joget Cinta Sakti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.