Pelakon muda berbakat besar, Puteri Balqis Azizi berkongsi momen istimewa dirinya yang dipercayai telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Didi.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, pelakon berusia 18 tahun itu tampil menawan dalam persalinan serba putih, sambil kelihatan tersenyum ketika disarungkan cincin pertunangan oleh wakil keluarga pihak lelaki.
Lebih bermakna, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu turut berkongsi coretan surat penuh makna daripada ibunya, Noraskhikin Mohd Aziz.
Terdahulu pada 15 Oktober lalu, bintang muda yang mesra disapa Aqish ini tampil menjelaskan kekeliruan mengenai dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.
Ads
Menurut Aqish, Faris merupakan bapa tirinya, manakala Didi ialah tunangnya, sekali gus menamatkan tanda tanya ramai.
Sehingga kini, hantaran berkeean sudah pun menerima lebih 35,000 tanda suka sambil disusuli dengan pelbagai titipan kata baik dan doa daripada rakan artis dan peminat.
Ads
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon dan pereka fesyen terkenal, Lori Loughlin dan Mossimo Giannulli, dilaporkan telah berpisah selepas hampir tiga dekad mendirikan rumah tangga.
Menurut laporan media antarabangsa, kedua-duanya kini tinggal berasingan meskipun tiada sebarang pengesahan rasmi sama ada mereka bakal memfailkan perceraian dalam masa terdekat. Berita perpisahan Lori Loughlin dan Mossimo Giannulli ini mengejutkan ramai.
Loughlin, 60, dan Giannulli, 61, mendirikan rumah tangga pada tahun 1997 dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Olivia Jade dan Isabella Rose. Perjalanan cinta Lori Loughlin dan Mossimo Giannulli sering dijadikan inspirasi kerana keakraban mereka yang terlihat di khalayak umum.
Sumber terdekat pasangan itu memaklumkan bahawa keputusan untuk membawa haluan masing-masing dibuat secara baik selepas hubungan mereka dilihat tidak lagi mampu dipertahankan.
“Mereka sudah lama melalui tempoh yang sukar. Kini, masing-masing memilih untuk memberi ruang kepada diri sendiri,” kata sumber berkenaan. Ramai menganggap keputusan ini sebagai langkah terbaik buat Lori Loughlin dan Mossimo Giannulli untuk mencari ketenangan selepas pelbagai dugaan.
Pasangan ini sebelum ini menjadi perhatian dunia apabila terlibat dalam skandal kemasukan kolej paling sensasi di Amerika, dikenali sebagai Varsity Blues Scandal.
Pada tahun 2020, mereka mengaku bersalah selepas didapati menyalurkan dana berjumlah AS$500,000 (RM2.36 juta) bagi membolehkan anak mereka diterima masuk ke University of Southern California (USC) melalui cara tidak sah.
Ekoran kes tersebut, Loughlin dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan manakala Giannulli dipenjara lima bulan atas kesalahan penipuan dan rasuah. Mereka turut diperintahkan membayar denda dan menjalani khidmat masyarakat.
Peristiwa ini memberi kesan besar kepada reputasi Lori Loughlin dan Mossimo Giannulli dalam industri hiburan.
Laporan turut menyebut, rumah mewah milik mereka di Los Angeles telah diletakkan untuk dijual sejak Februari lalu, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa perpisahan ini bukan lagi sekadar khabar angin.
Walaupun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak, perkembangan terbaru ini dilihat menandakan penamat kepada kisah cinta panjang pasangan yang suatu ketika dahulu dianggap antara paling kukuh di Hollywood.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Sering dilihat hadir memberi sokongan di konsert rakan-rakan artis, penyanyi Misha Omar mendedahkan, dia tidak pernah mengharapkan tiket percuma setiap kali menghadiri acara sebegitu.
Menurut Misha, dia lebih gemar membeli dan menonton konsert secara langsung kerana mahu merasai pengalaman sebenar muzik ‘live’ serta menghargai karya anak seni tempatan.
“Saya sukakan bunyian muzik secara langsung. Bila saya masuk ke dalam dewan konsert, ia seperti ‘escapism’ buat saya daripada dunia realiti.
“Pada usia sebegini, saya tak nafikan, pergi ke konsert ini seumpama masuk ke mesin masa. Kita mahu bernostalgia.
“Lagu-lagu yang kita akan dengar dan dipersembahkan secara langsung itu akan buat kita terimbas dengan kehidupan lalu. Kita akan ingat waktu-waktu susah yang kita lalui sewaktu lagu tersebut diterbitkan.
“Mungkin juga lagu itu hadir ketika kita meraikan kejayaan dalam hidup. Saya suka momen-momen seperti itu,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Break itu berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada Sesi Bersama Media menjelang Konsert ‘Dia Misha Omar’ di Icon City, Petaling Jaya pada Selasa.
Tambahnya lagi, kehadirannya ke konsert artis lain bukan untuk mengharapkan balasan atau sokongan yang sama daripada rakan-rakan industri.
“Saya suka meraikan dan menghargai karya-karya orang lain. Saya melakukan itu semua tanpa mengharapkan apa-apa.
“Tak bermakna bila saya datang ke konsert artis lain, mereka juga mesti datang ke konsert saya.
“Saya pergi atas nama seni. Sebelum ini, saya selalu juga datang menonton pementasan teater yang berskala kecil. Saya meraikan semua orang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Misha turut berpendapat, dengan membeli tiket menggunakan duit sendiri, dia sebenarnya turut menyumbang kepada pembangunan industri seni tempatan.
“Saya nak tunjuk yang saya juga menyokong pembangunan industri seni tempatan. Saya tak ‘hamak’ tiket percuma.
“Tanyalah mana-mana penganjur, saya tak pernah meminta. Semuanya saya beli sendiri.
“Tak kisahlah sama ada duduk atas atau bawah. Saya battle sendiri. Saya nak peminat tahu yang saya juga sama seperti kalian,” kongsinya lagi.
Malah Misha juga terharu apabila ahli keluarganya turut memilih untuk membeli tiket sendiri sebagai tanda menghargai kerja kerasnya sebagai anak seni.
“Memang ada yang bertanya (tiket percuma) tapi saya jelaskan secara baik. Malah, ahli keluarga saya termasuk suami, adik beradik, sepupu dan anak buah juga beli tiket konsert saya.
“Mereka pun tak nak tiket percuma. Katanya, mereka sudah melihat usaha keras saya selama ini. Jadi mereka nak hargai saya.
“Nilai tiket ini bukan gaji saya sahaja tapi merupakan gaji untuk semua pihak yang terlibat. Anda juga yang mahukan muzik gred A.
“Jadi, saya bawakan pemuzik yang terbaik. Saya bukan scammer yang hanya kaut duit sahaja. Bila persembahan itu eksklusif dan berbayar, anda tidak akan dapat suasana seperti konsert percuma,” akhirinya.
Konsert ‘Dia Misha Omar’ bakal berlangsung pada 29 November depan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, menjanjikan sebuah persembahan istimewa buat para peminatnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima memberikan pendapat berkenaan dengan kehadiran ke sesebuah acara, seperti jika ada situasi membabitkan kematian atau kenduri di majlis raja sehari.
Menurut Erma, kehadiran individu ke majlis tertentu difikirkan sebagai tanda sokongan dirasakan sesuatu yang baik.
“Setahu akulah, ziarah orang meninggal dan hadir kenduri ini sesuatu yang baik. Kita saling mendoakan untuk kebaikan.
“Ni tidak, selebriti yang hadir majlis nikah Fattah dan Amira ini macam rombongan Global Sumud Flotilla (GSF).
“Dewan kahwin tu macam kena kepung. ‘Bersepah’ peluru macam sampah ‘tembak’ rombongan yang pergi ni,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.
Bagaimanapun, Erma menegaskan semua itu langsung tidak memberi kesan kepadanya mahupun kepada tetamu lain yang hadir.
“Tapi setakat ‘peluru sampah’ tu, kita orang sama juga macam rombongan GSF tempoh hari.
“Kami hanya menikmati moment. Ala, setakat serangan langau acah-acah sahaja tu,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Erma supaya tidak menghiraukan kecaman tersebut. Antara komen mereka termasuk;
“Jenis yang tak boleh tengok orang bahagia, begitulah. Yang pergi semua pakai lawa-lawa dan bergembira meraikan hari bahagia pengantin. Tiba-tiba ada yang sakit hati.”
“Terbaik kak. ‘Bekas tunang’ yang sangat supportive. Orang tak matang memang begitu. Sesuai jadi langau sahaja.”
“Terbaik. Hanya orang-orang yang hati bersih dan baik hati sahaja yang nampak kebenaran.”
“Biasalah manusia ini, memang ada kadang-kadang yang busuk hati.”
Untuk rekod, Erma antara rakan selebriti yang hadir ke majlis resepsi ketiga Fattah dan Amira yang diadakan di Melawati Convention Center, Ampang, baru-baru ini.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi muda, Ammar Haikal, kini melangkah setapak lagi dalam perjalanan seninya sejurus menyertai Talk To My Manager musim pertama (TTMM1) apabila tampil memperkenalkan single...