Pelakon dan model Indonesia, Ammar Zoni telah ditangkap sekali lagi berhubung dakwaan kes penyalahgunaan dadah.

Penangkapan ini menjadikan kali ketiga Ammar ditangkap dalam kes serupa. Polis tempatan telah mengesahkan penahanan tersebut pada tanggal 13 Disember yang lalu.

Sebelum ini, Ammar Zoni pernah ditahan dua kali berhubung kes penyalahgunaan dadah. Dia pertama kali ditangkap pada 2017 kerana ganja dan kristal methamphetamine.

Manakala pada Mac 2023, Ammar sekali lagi ditahan oleh Polis Metro Jakarta Selatan dengan bukti methamphetamine. Ammar dijatuhkan hukuman penjara tujuh belas tahun dan diisytiharkan bebas pada 4 Oktober.

Ads

Ketika itu, peguam Elza Syarief mendedahkan punca anak guamnya mengambil dadah kerana tertekan dengan berat badannya.

“Dulu ganja, ya, ketagihan bahan terlarang ini, atau rawatan dadah ini tidak lengkap. Mungkin kerana persekitaran atau sebagainya sehingga boleh ketagih lagi,” katanya memetik laporan CNN Indonesia.

Ads

Dalam tinjaun MH ke laman Instagram Ammar, kini akaun media sosialnya diurus oleh pihak pengurusan dan keluarga.

Ads

“Akaun ini dikawal selia oleh pihak pengurusan dan keluarga. Segala pekara yang bersifat bisnes dan penajaan boleh hubungi orang yang tertera di bio,” tulis pernyataan itu ringkas.

Ammar memulakan karier sebagai model sebelum bergelar pelakon, jajaka berusia 31 tahun ini telah berkahwin dengan pelakon, Irish Bella dan memiliki sepasang cahaya mata. Walaupun begitu, kini mereka berada dalam proses perceraian.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI