Pelakon dan pengarah berbakat, Liyana Jasmay tidak menafikan dirinya sering diberi tawaran untuk melakonkan watak wanita bermasalah serta berpenampilan buruk menerusi sesebuah projek.
Menurut Liyana, dia juga sebenarnya ingin membawa watak wanita biasa yang tampil cantik di layar perak.
“Bila orang nak bagi saya tawaran berlakon, mesti saya dapat watak yang buruk dan bermasalah. Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa mereka tak boleh bagi saya watak wanita cantik, individu jatuh cinta atau perempuan yang dikejar hero?
“Kalian boleh lihat bagaimana wajah saya di dalam filem ini. Saya pun geli tengok wajah sendiri.
“Pada awalnya, penerbit maklumkan yang saya kena jadi adik Remy Ishak. Mungkin sebab warna kulit kami sama. Bila berbincang lebih mendalam, rupanya watak saya ini merupakan gadis yang terbantut.
“Badannya sudah dewasa tapi mindanya seperti kanak-kanak. Hal ini berlaku disebabkan kejadian trauma yang dilaluinya,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem seram terbaharu, Qifarah, baru-baru ini.
Ads
Walaupun sering diberi watak berat, Liyana tetap melihat perkara itu dari sudut positif dan menyifatkannya sebagai peluang untuk mengasah kemahiran lakonan.
“Sebenarnya, saya bersyukur juga kerana watak seperti ini dipanggil ‘character acting’. Kita perlu dalami dan serahkan banyak tenaga.
“Namun, pada saya, setiap watak itu ada keistimewaannya sendiri. Kalau saya dapat watak ringan sekali pun, saya akan tetap buat ia nampak hebat.
Ads
“Saya bersyukur dengan segala watak yang diberikan kepada saya. Namun, sejujurnya saya jarang dapat watak yang comel-comel melainkan daripada syarikat saya sendiri. Orang tak nak kasi, kita buat sendiri,” ujarnya lagi.
Yakin Pelakon Baharu Pun Mampu
Dalam masa sama, Liyana percaya pelakon-pelakon baharu juga berpotensi membawakan watak berat, namun mungkin belum diberi ruang kerana faktor nama dan reputasi.
“Saya pun terfikir hal yang sama juga. Mungkin ada juga pelakon lain yang boleh buat. Malah, saya baru sahaja berlakon dengan pelakon baharu, Khayrisyah Kamal.
Ads
“Mereka boleh bawakan watak seperti ini dengan baik tapi mungkin sebab nama mereka masih baharu, jarang diberikan peluang.
“Syarifah Amani juga boleh bawakan watak-watak seperti ini. Namun, pengarah ada kehendak sendiri. Segala bergantung kepada rezeki dan siapa yang dapat panggilan,” akhirinya.
Liyana antara barisan pelakon utama dalam filem Qifarah bersama Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Namron, Isma Daniel dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah tersohor Ghaz Abu Bakar ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 9 Oktober.
Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah buat pasangan raja sehari, Shuib dan Watie yang berlangsung di di Putra Glass House, Shah Alam, malam tadi.
Dengan sekali lafaz, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 39, selamat bergelar suami kepada Watie atau nama Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35.
Pasangan sama cantik sama padan itu telah dinikahkan oleh abang Watie sendiri iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.
Turut menjadi saksi adalah Al-Mas’ud Kamat (pakcik Watie), Muammar Amirullah Frida (abang Watie) dan Aidit Alfian Mohd Dom (kawan Shuib).
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.
1. Tampil serba putih, Shuib dan isteri tampak bergaya menerusi persalinan rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo.
2. Majlis pernikahan mereka diacarakan oleh kawan baik Shuib, Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah.
3. Mikrofon Shuib tidak berfungsi sewaktu majlis akad nikah dimulakan, lalu Nabil spontan menyelamatkan keadaan dengan memberikan mikrofon lain.
4. Watie mengalirkan air mata lalu menangis sebak sejurus Shuib sah bergelar suaminya.
5. Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra yang mesra disapa Dekta turut dilihat sebak lalu menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
6.Bekalan elektrik dewan mengalami sedikit masalah teknikal dan ‘black out’ sebanyak lima kali. Namun, Nabil dan Shiera selaku hos bijak mengawal keadaan.
7. Tetamu hadir rata-rata menepati tem majlis, menggayakan persalinan warna ‘dusty pink’.
8. Penyanyi terkenal, Anuar Zain dan Lah Ahmad hadir menghiburkan tetamu.
9. Ketika Anuar menyampaikan lagu, Shuib dan Watie berarak ke atas ruangan pelamin bersama anak-anak mereka.
10. Dayang Nurfaizah juga membuat persembahan sebagai kejutan. Siti Jewels menghadiahkan persembahan Dayang sebagai ‘surprise’ untuk mereka berdua.
11. Majlis turut diserikan dengan persembahan bunga api di luar perkarangan lokasi kahwin.
12. Kelihatan ramai selebriti turut hadir menjadi saksi momen bahagia Shuib & Watie. Antara seperti Nora Danish, Marsha Milan, MK K-Clique, Zara Zya, Wan Sharmila, Ajak Shiro, Fad Bocey, Fasha Sandha, Zulin Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tak sabarnya guys! Pejam celik kurang lagi dua minggu kita semua akan meyambut lebaran yang mulia dan mulai detik itu jugaklah, masing-masing dah berangan-angan untuk tampak on point di hari kemenangan. Betul tak?
Tapi kan, sebelum pasang angan nak nampak segak dan menawan tu, korang ada perasan tak dalam iklan raya Watsons yang dah pun dilancarkan sejak semalam dekat YouTube, Ayda Jebat ada sharing produk untuk keluarga tercintanya tu sempena raya.
Macam-macam yang Ayda kasi yer. By the way, siapa yang dah tonton? Sebab ramailah jugak cakap iklan tu gempak sebab jalan cerita kelakar, angkat tema ‘Kalau Ada Hati, Raya Menjadi-Jadi’ tu.
Yang penting, siap ada scene Ayda Jebat berangan sepanjang on the way balik ke kampung halaman. Naik jet peribadi, naik kuda putih. Tu belum lagi dia fantasi adik-beradik dia jadi penari latar. Class gituew!
Kemudian tu dekat hujung iklan, bintang Temberang ini tetap belanja sebuah lagu raya pendek yang memang catchy habis. Tak jemu Admin rewind balik sebab sedap betul telinga ni dengar. Senang hafal kata orang…
Okay, back to point awal tadi, Admin pun nak la jugak tahu apa yang Ayda hadiahkan pada famili dia tu? Rupa-rupanya, ada beberapa bingkisan yang diborong Ayda di Watsons, buat hadiah insan tersayang. Sooo sweet!
Barulah raya tahun ini menjadi-jadi kan? Sebab pada sambutan Syawal nilah kita saling isi masa dengan orang yang kita sayang dengan penampilan yang cantik dan segak.
Tak adalah nampak kusam jer. Kata orang baju raya dah tip top tapi penampilan, azabnya!
Bila dah sudah segak menawan tu, soal penjagaan kesihatan pun janganlah korang ambil mudah. Nah, ini dia senarai produk penjahaan kesihatan yang perlu ada di hari raya!
Amboi…menjadi-jadilah kan raya korang tahun ini sebab Watsons memang ada tawarkan item penjagaan diri dari hujung rambut ke hujung kaki yang the best untuk try!
Sibuk buat persiapan raya pun, tak semestinya korang perlu abaikan soal penjagaan kulit jugak kan? Tercari-cari produk sesuai? Hello…Watsons kan ada!
Jadi, apa tunggu lagi, lets pakat serbu Watsons hari ini dan untuk maklumat lanjut, layari aplikasi mudah alih Watsons dan laman web mereka, iaitu watsons.com.my. Macam-macam informasi yang ada, tak caya surflah sekarang.
Foto/Video: Saluran YouTube Watsons Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui dirinya berasa agak kurang senang melihat pandangan dan stigma sesetengah masyarakat mengenai pasakit Covid-19.
Menurut Radin, ada di antara mereka dihalau keluar dari rumah termasuk ada yang telah dipulaukan.
“‘Positif Covid 19 Bukan Penjenayah’. Kini terlalu ramai masyarakat yang sudah terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah.
“Keluarga dan kenalan terdekat pesakit covid19 pun terkesan apabila dipulaukan oleh masyarakat,” tulisnya.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.
Dalam pada itu, Radin turut menyeru orang ramai agar mengubah tanggapan mereka terhadap pesakit Covid-19 kerana perkara seperti ini adalah diluar kawalan dan jangkauan manusia.
Malah, penyampai radio Era itu turut menitipkan ucapan terhadap rakan artis, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani rawatan pemulihan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
“Kini, tiba masanya masyarakat membuka mata dan *stop jadi negatif*, malah sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang minta untuk terkena pendamik ini.
“Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita! Speedy recovery bro @alifsatar & semua pesakit Positif Covid 19,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan pesakit Covid-19 ini amat memerlukan sokongan moral orang sekeliling.
Dalam perkembangan lain, Radin difahamkan baru sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki warga Australia dijatuhi hukuman penjara sembilan hari oleh Mahkamah Daerah Singapura selepas mengaku bersalah menceroboh kawasan penghadang keselamatan dan berlari ke arah...