Perkongsian yang dibuat pasangan Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar yang memaklumkan anak sulung mereka, Wan Khair Amir selamat menjalani proses bersunat pada usianya 30 hari mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian berkenaan, mereka sangat berbangga kerana anaknya disifatkan tenang ketika menjalani proses sunat berkenaan.

“Mama Menitiskan Air Mata Apabila…,” – Anak Sulung Selamat Berkhatan, Wan Emir Cerita Suasana

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Ketahuilah Papa dan Mama sangat bangga bila mana kamu pandai membawa diri dengan baik semasa sunat/khatan!

“Mama menitiskan air mata apabila mendengar kamu menangis pada awalnya. Papa tak menangis, tapi ngilu. Tapi sepanjang masa sehingga selesai; kamu tenang dan senyap.

IKLAN

“Senang doktor nak buat kerja. Bak kata Dr Razak “..depan (sunat) sudah lepas, bawah (buang air besar) pun sudah lepas.. you’re a cool baby.

“Alhamdulillah, tahniah anakku. Semoga cepat sembuh buat juara kecil tersayang kami!,” tulis Emir panjang lebar dalam Bahasa Inggeris.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut mereka memberi ucapan yang baik-baik dan lega kerana proses berjalan dengan lancar.

IKLAN

Malah, rakan selebriti seperti Bella Dally dan Tasha Manshahar turut menitipkan dedikasi masing-masing menerusi hantaran yang sudah pun menerima lebih 100,000 tanda suka itu.

“Mama Menitiskan Air Mata Apabila…,” – Anak Sulung Selamat Berkhatan, Wan Emir Cerita Suasana “Mama Menitiskan Air Mata Apabila…,” – Anak Sulung Selamat Berkhatan, Wan Emir Cerita Suasana

Sekadar info, Mira Filzah mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar pada 3 September 2020 dan dikurniakan Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.

IKLAN

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI