Berkongsi keterujaan mendapat anak buah baharu, pelakon Fasha Sandha mendedahkan nama anak perempuan adiknya, Elisya Sandha iaitu Bunga Elhaq.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha, 38, turut mengucapkan tahniah buat Elisya, suaminya, Uzair Haqimy serta ibu mentua adiknya iaitu penerbit dan pelakon, Sheila Rusly.
“Syukur alhamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya Elisya. Syukur, allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga El Haq. Selamat datang ke dunia sayang ibu.
“Cantik dan sihat baby Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon popular, Rozita Che Wan akui tersentuh dengan keikhlasan hati sahabat baik yang juga merupakan pengasas produk kosmetik, Anas Zahrin yang sudi menaja majlis besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinannya yang kian menjangkau usia 10 tahun.
Bagaimanapun, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu, dia sebenarnya tidak terkejut dengan pemberian ini kerana menyifatkan Anas sememangnya seorang yang sangat pemurah.
“Ini merupakan hadiah daripada Anas. Walaupun anniversary saya bulan 12 tapi dia minta juga saya buat awal. Sebenarnya saya tak terkejut pun dapat hadiah seperti ini kerana Anas ni seorang yang sangat pemurah.
“Sejak saya kenal dia 12 tahun yang lalu, tak pernah lagi saya dapat belanja dia makan. Semua dia yang nak bayar. Kalau beli goreng pisang harga 20 ringgit, dia bayar RM100.
“Majlis ni pun dirancang dalam masa yang sangat singkat. Pada awalnya kita nak buat launching inai sahaja tapi dia kata dah alang-alang, malam akak bersandinglah. Kita pun suka,” katanya kepada MH.
Isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berkata sedemikian selepas ditemui usai majlis ulang tahun perkahwinan yang diadakan di Glam Hall Damansara, Damansara Perdana pada Selasa.
Che Ta turut menambah, dia dan Anas sudah pun bersahabat sejak 12 tahun yang lalu dan mereka langsung tidak penah berbalah.
“Persahabatan kami bermula hanya atas dasar kerja kemudian semakin rapat. Ada sesetengah rakan kerja akan menjadi rapat, boleh bertolak ansur dan macam-macam lagi.
“Kami jadi sangat rapat sampai tak larat nak angkat telefon bersembang. Selama 12 tahun ni, kita tak pernah gaduh.
“Dia pun sangat hormat orang. Dia jumpa mak dan suami saya pun salam cium tangan. Padahal kejayaan dia lebih daripada saya. Tapi sangat merendah diri,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga amat gembira dengan perjalanan majlis yang dikatakan menelan belanja hampir RM100,000.
“Masa majlis tadi Anas tanya saya happy tak? Gila tak happy. Berapa puluh ribu nak bayar majlis ni. Saya rasa cecah hampir RM100,000. Makan sahaja RM40,000. Tak termasuk bayaran juru foto, penari dan sebagainya.
“Bayar yang kecil-kecil ni pun rasaya boleh cecah RM30,000. Majlis malam ni memang saya lepas tangan. Saya tak tahu pun tentatif malam ni. Saya ikut sahaja kata pengacara majlis.
“Kami hanya pergi fitting baju sahaja. Saya suka majlis ni kerana ringkas dan padat. Takda biar orang tertunggu-tunggu nak makan. Kita kena hormat orang yang dah sampai bukan sebaliknya,” ujarnya lagi.
Pelakon Zarina Zainuddin pada Selasa memilih untuk memadam hantaran di Instagram sebelum ini susulan luahannya yang dibuat selepas menerima kritikan dari individu yang tidak dikenali.
Menurut Zarina, dia mengambil keputusan berkenaan selepas berpandangan apa yang dilakukan tidak boleh memuaskan hati semua orang.
“Maaf saya terpaksa delete post yang semalam. Rasa macam sombong dengan Allah pulak bergaduh macam tu. Saya pun tak kenal dia, dia pun tak kenal saya.
“Dia main agak-agak jer dia rasa dia tak suka, dia komen. Bila saya fikir fikir kan itu pendapat dia. Dah laa biarlah.
“Saya memang tak dapat nak puaskan hati semua orang sebab kehidupan kita berbeza. Cara kita tak sama. Semuga Allah ampunkan saya kerana tak dapat kawal nafsu marah saya,” tulisnya.
Penyanyi Nikki Palikat mendedahkan dia dan komposer Audi Mok sudah bercerai sekali gus memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Pasangan berkenaan berpisah sejak tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara, sebelum ini.
Nikki atau nama sebenarnya Nicolette Louisa Palikat menjelaskan, dia perlukan masa untuk diri sendiri sebelum sedia berkongsi hal berkenaan kepada umum.
“Bukan senang untuk saya ceritakan perkara ini. Memandangkan anda dah tahu dan saya pun tak pasti sejauh mana yang anda tahu, rasanya lebih baik saya berterus terang.
“Sebenarnya memang benar saya dah bercerai. Penceraian tersebut berlaku ketika fasa pandemik. Pada ketika itu, ada satu kesedaran agar lebih baik hubungan kami begini sahaja. Kita teruskan hanya sebagai kawan.
“Memang sekarang ini hubungan kami lebih baik daripada ketika kami berkahwin,” katanya seperti yang dipetik.
Bekas peserta progam, Gegar Vaganza musim ke-8 ini turut memberitahu, dia sebenarnya tidak berniat untuk merahsiakan perkara ini sebaliknya dia memerlukan sedikit ruang untuk kembali tenang.
“Sebenarnya saya belum bersedia lagi nak bercerita mengenai perkara ini. Bukan bermaksud saya nak sembunyikan perkara ini cuma saya perlukan masa untuk menerima perkara yang sangat menyakitkan ini.
“Bukan mengenai orang ketiga. Sebenarnya, sejak dari dulu lagi kami tahu yang kami ini tak sepadan. Namun, apa yang bagusnya, hubungan kami sebagai kawan sangat bagus,” bicaranya.
Dalam pada itu, Nikki turut mengakui kisah penceraian ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
“Saya mengaku, lagu terbaru saya yang berjudul Sudah adalah berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri.
“Sewaktu saya mengalami depressi, rasa merasakan diri saya gagal daripada segala segi. Itu yang membuatkan saya nak memperbaiki hubungan.
“Saya tak nak dilihat sebagai seorang yang gagal dan berputus asa demi anak-anak tetapi bila saya fikirkan semula, apa yang bekas suami katakan, kita hanya gagal sebagai suami isteri tetapi sebagai keluarga kita berjaya. Jadi kita fokus pada hal itu sahaja.
“Sebenarnya, sebab kenapa saya tak pernah cerita mengenai perkara ini kerana saya sangat risaukan mengenai anak-anak,” kongsinya lagi.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Caramu ini akui lega selepas anak tunggal mereka, Liam,12, menerima perkhabaran ini dengan hati yang terbuka dan berlapang dada dengan keputusan yang dibuat.
“Kita cuba baiki sesuatu itu tetapi kadang kala, apa yang kita usahakan membuatkan kita sedar lebih baik hubungan ini sebagai kawan sahaja.
“Bila teringatkan anak-anak tu memang rasa sakit sangat sebab sebelum ini saya pendam segala kesedihan.
“Bila akhirnya saya bagitahu perkara ini kepada anak-anak mengenai keadaan yang sebenarnya, mereka terima segala perkara itu.
“Saya rasa cukup lega dan perasaan itu masih lagi saya ingat sampai sekarang. Saya lega bila tahu perasaan anak saya tidak hancur. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini,” akhirinya.
Sekadar informasi, Nikki dan Audi atau nama sebenarnya Audi Mok Chuang Yew mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Liam pada 27 Oktober 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.