Diberikan peranan besar untuk membawakan watak tokoh pejuang Melayu, Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau, pelakon Datuk Adi Putra akui pada awalnya dia menolak tawaran tersebut sebanyak dua kali selepas ditawarkan.

Menurut Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia akhirnya bersetuju selepas sekali lagi mendapat tawaran seterusnya akur menerima pelawaan Syamsul Yusof yang bersungguh-sungguh mahukan dia untuk membawakan watak berkenaan.

“Ia Satu Tanggungjawab Besar…,” – Akhirnya Setuju, Adi Putra Rupanya Pernah 2 Kali Tolak Offer Syamsul Yusof “Ia Satu Tanggungjawab Besar…,” – Akhirnya Setuju, Adi Putra Rupanya Pernah 2 Kali Tolak Offer Syamsul Yusof

“Sejujurnya sudah dua kali saya tolak untuk berlakon filem ini tetapi saya terima kerana memikirkan ini adalah satu cabaran untuk saya.

“Bagi saya, ia satu tanggungjawab yang besar kerana membawa nama Almarhum Mat Kilau.

“Terima kasih juga untuk Syamsul sampai tiga kali baharulah saya bersetuju untuk mengambil watak Mat Kilau.

“Saya tak tahu kenapa Syamsul mahukan saya tapi dia pernah cakap pada saya yang ‘kamu sesuai’ (untuk watak Mat Kilau),” katanya kepada MH.

IKLAN

Adi ditemui pada majlis tayangan perdana filem Mat Kilau:  Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung di GSC The Starling Mall, Damansara baru-baru ini.

Bercerita mengenai naskhah terbitan Studio Kembara itu lagi, Adi berharap karya hebat ini dapat memberi pengajaran kepada generasi muda tentang erti perjuangan seorang tokoh besar negara.

“Menerusi filem ini orang ramai lebih tahu siapa Mat Kilau dan dapat timba ilmu tentang erti perjuangan serta persahabatan… ia bukan sekadar filem untuk hiburan.

“Saya boleh katakan kita harus berbangga kerana belum ada lagi filem sebegini selepas Leftenan Adnan,” katanya lagi.

IKLAN

“Ia Satu Tanggungjawab Besar…,” – Akhirnya Setuju, Adi Putra Rupanya Pernah 2 Kali Tolak Offer Syamsul Yusof“Ia Satu Tanggungjawab Besar…,” – Akhirnya Setuju, Adi Putra Rupanya Pernah 2 Kali Tolak Offer Syamsul Yusof

Selain Adi, filem yang menelan belanja kira-kira RM8 juta ini turut dibintangi Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan Asa’ri, Ellie Suriaty, Farah Ahmad, Zarina Zainoordin dan pelakon aksi Indonesia, Yayan Ruhian.

Naskhah epik turut menampilkan ramai pelakon veteran berbakat seperti Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, A. Galak, Shaharuddin Thamby dan Mubarak Majid.

IKLAN

Ia mengangkat kisah perjuangan tokoh Pahang, Mat Kilau yang menentang penjajah British di Tanah Melayu berlatarkan tahun 1892.

Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang kini menjadi fenomena ketika ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Jun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI