Pengarah filem Singapura, Jack Neo, meluahkan rasa teruja apabila naskhah sekuel arahannya, Ah Girl Go Army Again (AGGA) menerima sambutan baik di tanah airnya dan di Malaysia.

Atas kejayaan tersebut, Jack berkata, dia lebih bersemangat untuk mengetahui respons penonton kerana kini semua pawagam telah beroperasi seperti biasa dan penonton juga berpeluang menyaksikan filem tersebut setelah dunia melepasi fasa pandemik kini.

“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton

“Saya tak menolak bahawa pandemik ini sangat mengganggu industri perfileman di Singapura dan Malaysia. Jadi apabila kini semua pawagam telah beroperasi, penonton pun boleh menyaksikannya di pawagam, saya rasa lebih bersemangat.

“Satu lagi, niat asal saya untuk membuat filem AGGA juga adalah untuk menunjukkan bahawa perempuan pun boleh melakukan apa sahaja yang lelaki boleh.

“Saya mahu menyebarkan unsur positif melalui filem di dalam kegawatan pandemik ini dan saya ingin beritahu semua orang ‘jangan berputus asa’,”katanya.

“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton

IKLAN

Selain itu, mengenai penghasilan filem AGGA, dia juga telah lama berhasrat agar filem tersebut dijadikan sekuel kerana untuk karya berkenaan, amat sukar untuk cuma menjadikannya sebuah filem semata.

“Saya suka bercerita dan apabila saya mula menulis skrip untuk filem ini, saya mempunyai banyak idea menarik dan ingin dimasukkan ke dalam skrip. Entah kenapa dari satu filem, ia menjadi dua.

“Saya begitu teruja untuk berkongsi dan mereka yang telah menonton filem pertama mesti setuju bahawa sekuel ini lebih baik. Jadi sila tonton kedua-dua Ah Girls!”katanya.

Sementara itu, Jack juga teruja kerana barisan pelakon utama dapat mempromosikan filem itu bersama-sama sebagai satu pasukan di Malaysia sejak tayangannya yang bermula pada  23 Jun 2022 di semua pawagam di negara ini.

IKLAN

Dalam pada itu, menjawab kepada soalan mengenai kejayaan filem yang akan ditayangkan, Jack seakan memberi bayangan bahawa mungkin akan ada penghaslan AGGA yang ketiga.

“Filem pertama merupakan satu proses persediaan dan penonton perlu menyaksikan filem kedua ini untuk mengetahui keseluruhan jalan cerita. Filem ketiga akan menyusul sekiranya ia mendapat sambutan yang memberangsangkan!”katanya.

Untuk info, sekuel ini akan meneruskan lagi tema sekumpulan rekrut wanita khas (Ah Girls) yang pertama di Singapura.

“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton“Saya Mahu Sebarkan Unsur Positif..,” – Filem Sekuel Ah Girl Go Army, Jack Neo Teruja Tunggu Reaksi Penonton

IKLAN

Gara gara tindakan Sarjan Chow (Glenn Yong) yang menyebabkan salah faham telah membuatkan kumpulan itu menentang lebih ramai penjahat tentera. Dalam menghadapi cabaran ini, mereka telah membina satu hubungan yang kuat dan matang.

Leftenan Roxanne Tan (Apple Chan) pula menyulitkan lagi hubungan Joey dan teman lelakinya. Mereka terpaksa menempuh onak duri dalam perjalanan GBMT mereka, yang akhirnya membawa kepada situasi merbahaya dan tindakan mereka akan mengejutkan negara.

Filem AGGA diterbitkan oleh mm2 entertainment, Mega Films Distribution, dan Infinity Resources dan turut membintangi naskhah ini ialah Tosh, Joshua, Noah, Hafiz Aziz, serta selebriti internet Mr Brown dan juga Pengarah Jack Neo sendiri.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/mrZ4yobZESo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI