Pemergian bintang versatil, Adibah Noor pada petang Sabtu sememangnya merupakan satu kehilangan besar buat industri seni.
Ketika ini kisah kematian penyanyi berusia 51 tahun itu terus diperkata ramai orang, lebih-lebih di platform media sosial.
Ketika hayatnya, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini dilihat cukup aktif di laman Twitter.
Meninjau ke aplikasi sosial itu, antara ciapan terakhir yang diciap arwah adalah ucapan memohon maaf kerana dia tidak dapat membantu atas kekangan sendiri.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan. Moga Allah permudahkan urusanmu,” ciapnya baru-baru ini.
Ads
Ads
Selain itu, Allahyarham juga turut membuat kiriman salam takziah buat keluarga Allahyarham pelawak lagenda, Hamid Gurkha yang meninggal dunia pada Selasa lalu.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ads
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang didiagnosis pada tahun lalu.
Ketika ini, pelakon dan usahawan Betty Rahmad sedang menikmati momen-momen percutian sambil berkhemah di tepi pantai bersama keluarganya.
Menerusi hantaran di Instagram, Betty berkongsi sebuah video yang memaparkan peralatan perkhemahan serta perkakasan yang dibawa buat tatapan para pengikutnya.
Malah, dia dan suami juga turut menunjukkan bagaimana mereka mendirikan tapak perkhemahan yang turut dilengkapi ruangan tidur, tempat memasak, tandas dan macam-macam lagi.
Menurut Betty, dia dan suami tidak kisah berhabis untuk membeli peralatan perkhemahan ini kerana menyifatkan ia sebagai pelaburan yang berbaloi.
“Camping setup. One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup dan list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha!
“Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yang bawak dan kitorang yang pack kan.
“Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content. Selalu I mampu tolong setup dalam khemah je,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyifatkan aktiviti berkhemah ini banyak mengajarkan untuk sentiasa mensyukuri kehidupan dan kurniaan Allah SWT.
“One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy dan ready dalam keadaan apa sekalipun.
“Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.
“Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selepas melihat perkongsian tersebut selian turut mendoa semoga keluarga ini akan kekal hingga ke akhir hayat.
“Suka dengan set up awak ni sis.
“Priceless betul momen macam ni.Back to basic.
“Ermmmm addict ke tu. Champing ni kalau dah mula, memang syok tapi kena rajin mengemas.
“Memang betul sangat. Beli skali je, lepastu boleh holiday tiap mggu paling best macam duduk 5 star hotel.
“Wahhh bestnya. Tenang je kat tepi pantai. Teruskn buat video. Saya suka tengok video Betty best,” antara komen-komen di Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 200,000 jumlah tontonan dan Betty juga turut berkongsi momen-momen lain sepanjang aktiviti perkhemahan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aweera mengakui dia cerewet dalam soal pemilihan lagu dan lirik demi memastikan naskhah yang dikeluarkan kekal relevan dalam tempoh lama.
Aweera atau nama sebenarnya, Nasharul Aweera Norhissam, 31, berkata dia lebih mengutamakan karya yang bersifat malar segar.
“Macam contoh, lagu Isabella. Kalau dengar rasa macam baru semalam dilancarkan. Saya nak begitu. Kalau penyanyi lain mahu ketengahkan benda yang viral, itu terpulanglah. Itu hak masing-masing.
“Cuma bagi saya, saya lebih pentingkan naskhah yang ‘masterpiece’, maksudnya mungkin dalam tempoh 20, 30 tahun lagi orang tetap akan ingat lagu kita. Itu yang saya mahu,” katanya.
Aweera bakal melancarkan single baharu, Menakluk Hatimu ciptaaan Tam Spider dan liriknya ditulis Keon, Julai depan.
Kali terakhir Aweera muncul dengan lagu Wanita Cinta Teragung, lebih enam tahun lalu.
Ditanya perjalanan seninya selepas menyertai program Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera tidak menafikan dia kini kian matang mengatur perjalanan seni.
“Sebelum ini, macam-macam isu yang pernah saya telan. Saya ambilnya sebagai pengajaran. Saya tidak menyalahkan sesiapa. Saya salahkan diri sendiri. Ketika itu masih muda dan saya belajar. Insya-Allah semuanya akan lebih baik.
“Senang cerita ini ‘the new Aweera’, doakan sayalah. Saya mengaku silap, kita hamba yang lemah. Saya pernah berada di atas sebelum ini. Apa yang berlaku banyak mengajar, beri pengajaran,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Jennaira Holdings Sdn Bhd x Arviena di Hotel Royal Chulan, Petaling Jaya pada Ahad.
Jennaira Holding yang diusahakan Datin Seri Azlina Hanim dan suami, mempunyai beberapa rangkaian bisnes lain seperti minuman, makanan, ais krim yogurt, produk kesihatan serta beberapa perniagaan lain.
“Tudung Jennaira bersama dutanya, Arviena masih dikira baru dan alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima secara dalam talian cukup positif.
“Kami keluarkan tudung ini secara tiga peringkat menerusi 10 corak dan konsep berbeza. Ia menggunakan fabrik satin, ada bawal dan juga shawl. Harganya mampu milik, RM70 sehelai dan syukur, ia juga turut dipasarkan di Indonesia.
“Setiap keluaran itu terhad. Kena ‘pre-order’, jadi ia lebih eksklusif dan insya-Allah, koleksi baru akan dilancarkan bersempena Hari Raya Haji nanti,” katanya yang turut optimis mengeluarkan telekung, tidak lama lagi.
Percaya rezeki lebih bermakna bila dikongsi, Azlina berterima kasih kepada semua pihak yang sudi bersama-sama menjayakan rumah terbukanya, tahun ini.
“Kita jemput lebih 700 anak tahfiz dan anak yatim untuk sama-sama meraikan hari raya. Malah ketika sambutan hari jadi suami dan buka puasa sebelum ini, kami turut jemput mereka. Sudah jadi satu tradisi bagi kami di Jennaira Holding.
“Malah setiap pembelian tudung ini atau mana-mana produk keluaran kami, mereka secara tak langsung turut menderma dalam menjayakan rumah terbuka ini.
“Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang dan membawa ke malam dengan tema Bollywood berjalan lancar syukur alhamdulillah,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi satu ciapan yang dibuat seorang individu di Twitter yang mendakwa dia seolah-olah menggunakan khidmat orang dalam atau ‘kabel’ untuk menjadi duta beberapa jenama makanan.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini memuat naik kembali ciapan tersebut di Instagram miliknya.
“Kuat betul cable chef fazley tu eh. Semua kedai tepek muka dia lol,” ciap individu berkenaan sambil turut dibalas Fazley.
Dalam pada itu, dia menerusi ruangan kapsyem hantaran terbabit memberikan respon susulan dakwaan terbabit.
Jelasnya, kejayaan yang dimilikinya hari ini adalah atas berkat doa ibu dan isteri tercinta.
“Memang kabel saya kuat! Kabel doa Ibu dan isteri sehari 5 kali yang wajib dan doa berkali-kali yang sambil-sambil masak,
“Sambil tengok Netflix, sambil kemas baju, sambil basuh pinggan. Kabel memang kuat bhai! Nak try kabel saya tak?,” tulisnya sinis.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.