Selepas melalui enam minggu perbicaraan, akhirnya keputusan pihak juri yang bersidang di Mahkamah Fairfax Country, Virginia, Amerika Syarikat memihak kepada pelakon Johnny Depp.

Bekas isteri Johnny, pelakon Amber Heard, 36, diarah membayar ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM43.7 juta) dalam bentuk ganti rugi pampasan dan AS$5 juta (RM21.9 juta) dalam bentuk ganti rugi punitif terhadap aktor tersebut berhubung kes saman fitnah yang difailkan Johnny.

Selain itu, pihak juri juga membuat keputusan Amber dibayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$2 juta (RM8.7 juta).

Johnny Depp Menang, Amber Heard Diarah Bayar Ganti Rugi Cecah RM65 Juta!

Mengikut kronologi kes, Johnny, 59, memfailkan saman fitnah terhadap Amber atas penulisannya untuk kolum berita Washington Post, dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$50 juta (RM218 juta).

Amber kemudiannya membalas dengan memfailkan saman menuntut AS$100 juta (RM437.8 juta) dan mendakwa dirinya mengalami ‘penderaan serta keganasan fizikal’ daripada bekas suaminya itu.

IKLAN

Dalam keterangan kepada mahkamah, Johnny menafikan beliau pernah melakukan penderaan fizikal terhadap Amber, sebaliknya mendakwa wanita itu yang sering bertindak ganas.

Johnny Depp Menang, Amber Heard Diarah Bayar Ganti Rugi Cecah RM65 Juta!

Melalui kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) sebaik kemenangan berpihak padanya, Depp meluahkan segala perasaannya sepanjang perbicaraan berprofil tinggi itu berlangsung.

IKLAN

“Enam tahun lalu, hidup saya dan anak-anak termasuk mereka yang rapat dengan saya, juga mereka yang selama ini menyokong dan mempercayai saya, berubah sama sekali.

“Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tuduhan jenayah yang palsu dan serius dikenakan terhadap saya melalui media. Ini mencetuskan kebencian ramai yang berterusan biarpun tiada dakwaan dibuat ke atas saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johnny Depp (@johnnydepp)

IKLAN

“Perkara ini memberi impak terhadap kehidupan dan karier saya. Enam tahun kemudian, keputusan juri memihak kepada saya… Saya sangat terharu,” katanya yang tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang peminat sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pasangan ini bertemu pada 2011 ketika bergandingan bersama dalam filem The Rum Diary sebelum mendirikan rumah tangga pada Februari 2015.

Hubungan mereka kemudiannya terlerai dua tahun selepas itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI