Bagi yang pernah mengikuti rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), sudah pasti mengenali hos dan personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri.

Maria yang sinonim menerusi rancangan berkenaan tampil berkongsi perjalanan awalnya bertugas di TV3.

Dedah Maria, sebelum menceburi bidang tersebut, dia terlebih dulu menjawat jawatan sebagai Ketua Pramugari di Malaysia Airlines (MAS).

“Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3 “Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3

“Saya diberikan kepercayaan untuk membaca berita masa itu. Saya ingat lagi ketika itu pada tahun 1993, saya telah dipanggil untuk hadir uji bakat sebagai pembaca berita.

“Masa itu uji bakat secara ramai-ramai dalam sepuluh orang macam dan saya sahaja yang terpilih untuk jadi pembaca berita terkini.

“Jadi, saya buat dua kerja pada ketika itu sambil saya jadi ketua pramugari dan jadi pembaca berita pada hari cuti.

“Memang hidup saya ketika itu sangat padat lah sebab hari orang cuti pun saya bekerja di TV3,” kenang Maria.

IKLAN

“Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3

“Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3

Bagaimanapun Maria tidak menafikan kemunculannya di JJCM telah banyak membantu menaikkan namanya dalam bidang penyiaran.

“Walaupun hari ini umur saya dah meningkat tetap orang panggil saya Jalan-Jalan Cari Makan, nama pun dia tak ingat.

“Itulah program yang telah menaikkan nama saya sepanjang karier di TV3 walaupun saya pernah baca Buletin Utama tetap orang tak ingat.

IKLAN

“Saya masih lagi kekal bersama TV3 walaupun saya tidak lagi mengacara di hadapan kamera.

“Saya amat berterima kasih kepada TV3. Saya ni jenis setia dan tak dapat nak cari kerja kat tempat lain atau nak pergi kerja di syarikat lain.

“Bagi saya, kalau ditoreh darah saya ni memang darah TV3 sebab saya ni memang sangat lama bersama TV3 dari tahun 1993 sehingga 2022.

“Jadi saya memang amat sayangkan TV3,” ulasnya lagi.

IKLAN

“Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3 “Tetap Orang Panggil ‘Eh Tu Jalan-Jalan Cari Makan’,” – Mula Dengan Berita Terkini, Maria Tunku Sabri Cerita Situasi Awal Kerja Di TV3

Bintang TV ini berkongsi perkara tersebut ketika ditemubual menerusi Wanita Hari Ini, Jumaat lalu.

Untuk rekod, Maria sebelum ini telah mengacarakan rancangan JJCM selama 12 musim berturut-turut bermula siaran musim pertama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI