Ibu kepada penyampai radio DJ Lin, iaitu Hajah Puteh Jantan, 80, meninggal dunia kira-kira jam 4.50 pagi Jumaat.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman keluarga di Larkin Jaya, Johor Bahru dan jenazah akan dikebumikan sebelum Solat Jumaat.

Berita mendukacitakan itu dimaklumkan DJ Lin menerusi satu hantaran terkininya di Instagram.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, #djlin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Binti Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ni (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.

“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat,” tulisnya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

Di dalam perkongsian sama, DJ Lin turut memohon ramai agar mendoakan kesejahteraan buat ibu tersayang yang telah pergi mengadap Illahi.

“Mohon semua sedekahkan Alfatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang beriman, Ameen Ya Rabbal Alamin.

IKLAN

“Mak… Terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang Mak taburkan buat orang dan semua anak anak Mak.

“Berehatlah Mak…puas Mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit Mak namun Allah lebih menyayagimu Mak.

“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya Mak. Al-Fatihah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

Serentak dengan makluman tersebut, para peminat dan rakan selebriti turut menitipkan ucapan dan sedekahkan Al-Fatihah atas pemergian Allahyarhamah.

Terdahulu, DJ Lin menerusi media sosial berkongsi keadaan arwah ibunya yang sebelum ini mengalami penyakit buah pinggang.

Allahyarhamah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI