Baru-baru ini, usahawan dan bintang media sosial popular, Khairul Aming berkesempatan membawa kesemua pekerja perniagaan makanan Sambal Nyet bercuti di Genting Highland.

Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi momen percutian selama empat hari tiga malam itu menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Serentak dengan itu, Khairul memberitahu ini, ia adalah sebagai salah satu usaha syarikat bagi menghargai jasa para pekerjanya.

“Company retreat staff Sambal Nyet di Genting Highland selama 4H3M,” tulisnya.

“Terbaik KA. Menyantuni & Menghargai Staf,” – Sama-Sama Cuti Di Genting Highland 4 Hari 3 Malam, Khairul Aming Sebagai Majikan Dipuj “Terbaik KA. Menyantuni & Menghargai Staf,” – Sama-Sama Cuti Di Genting Highland 4 Hari 3 Malam, Khairul Aming Sebagai Majikan Dipuj

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji sikap murni anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan ini sebagai majikan yang pemurah.

IKLAN

Pada masa sama, ramai yang turut mendoakan agar usahawan berusia 30 tahun ini supaya terus sukses dan maju dalam dunia perniagaan makanan.

“Alhamdulillah terbaik KA.Menyantuni & menghargai staff.Semoga terus maju & diberkati,” puji seorang netizen.

“Bestnyaaa. Ada kerja kosong tak Min?,” tanya seorang wargamaya lain.

IKLAN

“Best sbb nampak mostly yg keje dgn aming tu budak2 muda…aming dah provide peluang
pekerjaan utk belia2 kampung beliau,” luah netizen.

“Murah rezeki khairulaming. Ramai betul staff dia,” titip doa wargamaya.

“Terbaik KA. Menyantuni & Menghargai Staf,” – Sama-Sama Cuti Di Genting Highland 4 Hari 3 Malam, Khairul Aming Sebagai Majikan Dipuj “Terbaik KA. Menyantuni & Menghargai Staf,” – Sama-Sama Cuti Di Genting Highland 4 Hari 3 Malam, Khairul Aming Sebagai Majikan Dipuj

IKLAN

Sekadar informasi, Khairul mula bergiat aktif dalam bidang perniagaan selepas memperkenalkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu Sambal Nyet, sekitar tahun 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Khairul Aming

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI