Stesen televisyen Awesome TV berbesar hati mengumumkan pihaknya bakal menganjurkan kembali program realiti komedi popular ‘Raja Lawak’ yang kini bakal dikenali dengan jenama ‘Awesome Raja Lawak’.

Selepas kali terkahir bersiaran pada tahun 2013, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli teruja untuk menganjurkan semula program yang telah melahirkan ramai nama-nama besar industri komedi negara seperti Zizan Razak, Johan dan Jihan Muse.

Misi Cari Perintis Dunia Komedi, Raja Lawak Kini Kembali Buat Penonton ‘Mengekek Ketawa!’ Misi Cari Perintis Dunia Komedi, Raja Lawak Kini Kembali Buat Penonton ‘Mengekek Ketawa!’

“Menyingkap kembali sejarah penerbitan program realiti komedi ‘Raja Lawak’ edisi pertama lebih 15 tahun yang lalu, jenama dan legasinya terbukti telah membawa impak dan sumbangan yang besar kepada industri hiburan kerana berjaya melahirkan ramai nama-nama berpengaruh menerusi pertandingan tersebut.

“Selepas bertahan selama tujuh musim, kini pertandingan popular ini dibawakan semula dengan evolusi baharu.

IKLAN

“Kami yakin dengan potensi hiburan komedi yang dilihat masih kekal relevan serta boleh diangkat ke satu aras yang lebih tinggi dan bervariasi.

Misi Cari Perintis Dunia Komedi, Raja Lawak Kini Kembali Buat Penonton ‘Mengekek Ketawa!’

Katanya lagi, program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelawak berkualiti sekaligus boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial tempatan sedia ada.

IKLAN

Lantaran itu, pihak produksi Awesome Raja Lawak bakal menjelajah ke empat buah negeri bagi mengadakan sesi uji bakat terbuka untuk mengenal pasti bakat baru sebagai pelapis dunia komedi.

Pada 4 dan 5 Jun ini, uji bakat yang pertama bakal diadakan di Berjaya Megamall, Kuantan manakala pada 11 dan 12 Jun pula, uji bakat bakal berlangsung di Prangin Mall, Pulau Pinang.

Sesi ke tiga uji bakat bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 18 dan 19 Jun ini. Bagaimanapun, lokasi bagi sesi ke-4 uji bakat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 25 dan 26 Jun ini akan diumumkan kelak.

IKLAN

Misi Cari Perintis Dunia Komedi, Raja Lawak Kini Kembali Buat Penonton ‘Mengekek Ketawa!’

Pada sesi uji bakat itu nanti, kesemua peserta bakal dinilai oleh barisan juri yang terdiri daripada barisan pelawak-pelawak hebat tanah air seperti daripada Jalil Hamid, Azlee Senario, Ajak Shiro, Atu Zero, Ali Puteh dan Mamak Puteh.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Awesome TV

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI