Meminati bidang nyanyian sejak kecil, pelakon, Hun Haqeem mendedahkan dia tidak pernah memadam hasratnya untuk memiliki single nyanyiannya sendiri.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Haqeem Hermy ini memaklumkan, dia kini mahu menumpukan terlebih dahulu fokusnya terhadap bidang lakonan.

“Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu “Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu “Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu

“Untuk mempunyai lagu sendiri memang selalu ada dalam perancangan saya tapi sifat malu-malu kucing tu masih ada. Saya memang sangat suka dengan muzik. Sejak daripada kecil family saya dibesarkan dengan muzik.

“Saya memang teringin sangat nak keluarkan lagu sendiri tapi tengok dululah macam mana keadaannya.

“Buat masa sekarang, saya memang berikan fokus terhadap bidang lakonan. Saya mahu tingkatkan kredibiliti saya sebagai pelakon dahulu,” katanya kepada MH.

Hun Haqeem berkata sedemikian saat ditemui di majlis ulang tahun aplikasi hiburan tempatan, Sooka baru-baru ini.

IKLAN

“Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu “Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu “Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar LaguDalam pada itu, pelakon drama Sihir ini turut memaklumkan dirinya pernah dilamar oleh komposer-komposer ternama tanah air untuk menerbitkan single sendiri.

“Sebenarnya memang ada beberapa komposer yang pernah memberikan tawaran seperti Shazee dan Audi Mok. Apapun, kita kena tengok dulu macam mana perancangannya.

“Saya juga ada mencipta lagu saya sendiri dan pernah kongsikan kepada Abang Rashidi Ishak untuk bertanyakan pendapatnya. Katanya okay tapi tak tahulah kalau nak jaga hati

“Saya lebih gemarkan genre akustik berentak ballet dan pop. Saya dapat rasakan perjalanan untuk saya keluarkan lagu sendiri ini akan jadi sangat indah,” kongsinya lagi.

IKLAN

Enggan lagi berselindung, Hun Haqeem turut memberi tahu dia kini sedang menyiapkan single pertamanya dan berkemungkinan besar bakal bergandingan bersama kakaknya yang juga merupakan gitaris baru kumpulan Xpose Band, Nureem Qistina.

“Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu “Sifat Malu-Malu Kucing Masih Ada,” – Pernah Dilamar Komposer Ternama, Hun Haqeem Dalam Perancangan Lancar Lagu

“Kalau tiada aral melintang, InsyaAllah lagu saya itu akan siap tahun hadapan. Senang kata, saya dah ada demo. Itulah tahap seriusnya.

IKLAN

“Untuk keluarkan lagu bersama kakak saya, itu bergantung kepada keadaan. Sama ada kolaborasi kami dahulu atau lagu solo saya. Saya sendiri tak sangka kakak saya boleh menyanyi,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Hun Haqeem menjelaskan dirinya terbuka untuk menerima sebarang kritikan apabila lagunya diterbitkan nanti.

“Setakat ini, menyanyi akan hanya menjadi hobi tapi kalau karya itu diterima maybe kita boleh buat secara kerap. Menyanyi ini merupakan minat saya.

“Kalau karya itu sedap Alhamdulillah. Kalau sebaliknya kita akan belajar dari situ,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredi Foto: Instagram Hun Haqeem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI