Pelakon Iedil Putra mendedahkan dia tidak mempunyai masalah untuk membiasakan dirinya menjalani kehidupan di negara sebarang selepas berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Prisia Nasution.

Menurut Iedil, pada awalnya dia mungkin berasa agak kekok untuk bertutur tempatan, namun apabila sudah lama bergaul dan memerhati budaya mereka, perkara tersebut akan menjadi lebih mudah.

“Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta

“Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta“Mungkin mereka akan rasa kita ni seperti orang luar tapi bila kita selalu bergaul dan mula ikut karekter mereka, diorang akan terima juga.

“Dekat sana semua orang bertutur di dalam bahasa Indonesia. Saya tiada pilihan lain melainkan saya kena belajar.
Bila dah biasa di sana kita akan tahu dialek mereka.

“Kadang-kala kalau bahasa saya tersilap, mereka maafkan je dan saya akan terus belajar,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai kehidupannya selepas bergelar suami kepada Prisia yang juga merupakan pelakon popular Indonesia, Iedil memberitahu, mereka hanya menjalani kehidupan seperti orang biasa dan dia tidak pernah menganggap perkara tersebut sebagai satu status yang besar.

IKLAN

“Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta “Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta “Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta

“Kalau anda mengikuti perkembangan kami di media sosial, kami merupakan pasangan yang sangat ‘easy going’. Saya tidak menganggap perkara tersebut sebagai status yang besar.

“Asalkan kami bahagia dan kami saling memahami bahawa kerja kami ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi, kami lalui je segala perjalanannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon filem, The Assistant ini turut menafikan dirinya kini terbeban apabila terpaksa kerap berulang-alik di Malaysia dan Indonesia.

IKLAN

“Saya rasa memang tinggal mesej je kot. Lagi pun sekarang ni dah mudah nak bergerak ke KL dan Jakarta. Saya akan sentiasa dekat sini juga kerana keluarga saya masih di sini.

“Taklah penat pun kena ulang alik. Penerbangan pun ambil masa dua jam. Kalau naik bas ke Ipoh pun dua jam setengah.

“Kalau fikir-fikirkan balik, jarak kami hanya tiga jam sahaja. Kami rasa kami ni pasangan caouple yang sangat beruntung kerana kami ada dua rumah. Satu di KL satu di Jakarta.

IKLAN

“Kalau kita bosan di KL kita boleh ke Jakarta. Kalau bosan di Jakarta, kita ke KL. Kalau bosan dua-dua kita boleh pergi mana je yang kita suka,” akhirinya.

“Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta “Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta “Naik Bas Ke Ipoh Pun Dah 2 Jam Setengah,” – Kahwini Aktres Indonesia, Iedil Putra Tak Penat Ulang Alik KL-Jakarta

Sekadar informasi, Iedil mendirikan rumah tangganga bersama Prisia di Bogor pada tanggal 1 Jun 2016.

Pasangan ini difahamkan mula berkenalan sewaktu mereka sama-sama berlakon di dalam filem, The Interchange.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Iedil Putra

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI