Penyanyi Nikki Palikat dan bekas suaminya, komposer Audi Mok tidak menafikan kesibukan dalam kerja antara faktor yang menyebabkan mereka memilih untuk membawa haluan masing-masing, awal tahun lalu.

Nikki atau nama sebenarnya, Nicolette Louisa Palikat, 36, berkata mereka bagaimanapun masih menjalin hubungan baik.

“Saya rasa mungkin kerana kesibukan kerja juga. Sebenarnya ketika itu pandemik baru bermula, jadi disebabkan situasi kerja, saya sangat sibuk ketika itu.

“Akan tetapi bagi saya walaupun perkahwinan kami tidak menjadi, saya tetap merasakan ia adalah satu rahmat kerana Nikki juga membantu saya dalam mendewasakan diri,” kata Audi.

Sementara itu Nikki mengakui dia dan Audi sudah tiada persefahaman meski ada usaha untuk mempertahankan perkahwinan.

IKLAN

“Tiada keserasian, mungkin kerana saya pun berkahwin pada usia muda dan ketika itu masih belum mengenali diri sendiri. Lama kelamaan saya menjadi semakin matang dalam perkahwinan.

“Daripada situ saya mulai nampak banyak percanggahan, perselisihan yang berlaku disebabkan tiada lagi persefahaman.

“Jujurnya saya pendam perkara ini lebih 10 tahun. Namun kami sama-sama cuba perbaiki. Cuma kalau sudah tiada jodoh, cuba macam mana pun tidak akan berhasil juga.

IKLAN

“Banyak kali kami bertemu sesi kaunseling. Malah bila kaunselor mengetahui situasi dengan lebih terperinci, keserasian itu sendiri pun rendah. Apa pun, bila kami bersama sebagai sahabat dan ibu bapa kepada anak, kami sangat bagus, ” katanya.

Ditanya sama ada lagu Sudah yang dirakam baru-baru ini ada kena mengena dengan kisah hidupnya, Nikki mengakui perkara tersendiri.

“Meski lagu tersebut dicipta untuk Siti Sarah, tetapi bait liriknya dekat dengan diri,” katanya.

IKLAN

Untuk rekod, Nikki dan Audi mendirikan rumah tangga pada Jun 2009 di sebuah gereja di Petaling Jaya dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Liam Mok,12.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI