Penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz meluahkan rasa syukur apabila isteri, Norfarahin Mohd Roslan, 34, kini tampil ayu sopan dengan betudung litup baru-baru ini.
Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz,33, berkata, dia gembira seterusnya meminta doa baik-baik semua semoga isteri tersayang terus istiqamah.
“Alhamdulillah siapa yang tidak gembira melihat perubahan yang sedemikian. Saya bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan. Anak ketiga kami pun baru berusia lima bulan.
“Saya mengharapkan doa semua semoga diberikan kekuatan buat saya dan keluarga. Isteri bertudung atas kerelaan sendiri. Cuma saya sebagai suami titipkan pesan juga. Bukan saya yang minta, tapi ia adalah yang diperintahkan olehNya.
“Saya nasihatkan isteri dalam cara baik, bukan secara paksa. Kita tunjukkan perkara wajib sebab kalau kita (manusia) yang cakap belum tentu ia betul. Jadi apa yang Nabi kita buat, itulah yang terbaik,” katanya.
Ippo ditemui di Majlis Pelancaran Buku Paya Besar di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan di Kuantan, Pahang, Jumaat lalu.
Ads
Turut dirasmikan Pelancaran Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob dan lagu Demi Semua.
Hadir sama, YABhg Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Berkongsi mengenai Demi Semua, Ippo selaku komposer lagu berkenaan menjelaskan ia dihasilkan tahun lalu dan optimis mengharapkan reaksi baik pendengar.
“Sebagai anak Pahang, saya terfikir untuk hasilkan lagu yang boleh beri semangat buat anak-anak muda agar cintakan negara. Fikir saya, lagu berkenaan skopnya besar dan meluas.
Ads
“Maknanya sesiapa sahaja boleh jadikan lagu tersebut sebagai inspirasi. Elemen berkenaan diterapkan bagi menyuntik semangat patriotisme. Sudah lama rancang untuk menghasilkan lagu seperti ini sebenarnya.
“Jadi bila pertemuan dengan YB Dato’ Indera Mohd Sahar Abdullah, kami sama-cama mencari idea apa lagi yang boleh dilakukan dalam usaha menaikkan semangat dan pembangunan minda khasnya di kalangan anak muda,” katanya lagi.
Ippo menambah proses penghasilannya juga menjadi lebih mudah memandangkan dirinya dan Timbalan Menteri Kewangan 1 itu sudah saling mengenali.
Ads
“Malah YB turut sama-sama beri ilham dalam penulisan lirik. Lalu saya gabungkan ia menjadi sebuah lagu yang baik. Ia dirakam tahun lalu cuma atas kekangan pandemik, sekarang dirasakan waktu tepat untuk dilancarkan.
“Penggambaran muzik videonya juga dilakukan tahun lalu dengan mengambil latar beberapa lokasi menarik sekitar Pahang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ippo bakal melancarkan lagu komersialnya bersama Zara Zya tidak lama lagi.
Tiada lagi kelibatnya menerusi program Meletop, Neelofa yang sentiasa positif akui dia kini sedang fokus untuk mengembangkan kerjaya ke Indonesia.
Malah katanya lagi kepada MH, dia bakal berangkat ke sana pada Sabtu ini bagi memulakan sesi perbincangan beberapa projek di sana.
Pada masa sama, usahawan ini turut sedang dalam rangka mencari material sesuai selain merancang untuk berlakon Indonesia.
“Selepas Meletop, saya sedang cuba membina kerjaya di Indonesia. Saya akan ke sana Sabtu ini untuk sesi perkenalan dan mencari material yang sesuai untuk memulakan langkah di sana.
“Jadi saya minta semua doakan supaya keputusan yang dibuat ini membawa tuah, berkat dan dipermudahkan.
“Di sana nanti, insyaAllah saya akan memulakan kerjaya dengan filem dan kemudian baru beralih kepada program televisyen,” jelasnya.
Terdahulu, Neelofa ditemui pada Majlis Top Beauty Entrepreneur 2020 anjuran Majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
Menyedari masih ramai peminat yang sukar untuk ‘move on’ dan masih rinduinya di set MeleTop, Neelofa menyifatkan peminat akan secara perlahan-lahan dapat menerima perubahan tersebut.
“Apa yang saya tahu, untuk beberapa minggu ini mereka akan bertukar hos Meletop setiap minggu sehinggalah waktu tiba diumumkan hos tetap secara rasmi.
“Insyaallah penonton secara perlahan-lahan akan boleh menerima pengganti saya. Tapi sebenarnya Nabil sumbangkan lebih banyak daripada saya.
“Ada atau tiada saya, Meletop masih tetap akan meletup. Tapi saya akui chemistry antara saya dan Nabil mungkin susah wujud dengan orang lain.
“Ini kerana, masing-masing ada karakter tersendiri,” ulasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Neelofa hadir bersama ibu, Datin Noor Kartini, pengasas Young & Glow bagi menerima anugerah Nona Top Beauty Entrepreneur pada majlis berkenaan.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah memaklumkan berita sedih mengenai bapa kepada suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo telah meninggal dunia.
“1934-2020 Innalillahiwainnaillahirojiun
Selamat Tinggal Ayah.
“Terima kasih kerana mendidik suami ila jadi macam Ayah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi ucapan salam takziah kepada Sheila.
Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj. Yahya dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Sheila Rusly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keputusan mahkamah pada Selasa lalu telah menolak rayuan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Mula menjalani hukuman penjara pada Rabu, Najib juga didenda sebanyak RM210 juta di atas kesalahan tersebut.
Pelbagai reaksi yang diberikan rakyat Malaysia berhubung isu tersebut dan antara yang menarik perhatian sudah tentunya status yang dimuat naik anak tiri Najib iaitu Datin Azrene Ahmad yang juga merupakan isteri kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Azrene berkata dia seorang yang percaya kepada sistem perundangan negara selain berpegang teguh kepada prinsip, seorang pemimpin perlu menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti dan amanah.
“Saya tidak akan bercakap banyak. Sebagai seorang yang percaya kepada sistem perundangan, saya berpegang teguh dengan prinsip jika anda sebagai seorang pemimpin, anda memegang satu amanah dan tanggungjawab yang sangat besar.
“Ia adalah satu beban yang berat untuk dipikul, disertai dengan penuh bermaruah, berintegriti dan perlu dihormati sepanjang masa.
“Bila anda dah melanggar tanggungjawab dan amanah yang diberikan, ia sudah terlambat.
“Anda mungkin kata anda tidak bersalah namun jika bukti sudah jelas dan nyata, anda harus terima akibatnya,” tulis Azrene.
Dalam perkongsian yang sama, Azrene turut menzahirkan perasaan bangga dengan keputusan yang dibuat panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
“Saya bangga dengan panel lima hakim diketuai Yang Arif, Tengku Maimun.
“Mereka menjalankan tugas dengan menilai segala bukti-bukti yang dibentangkan kepada mereka. Keputusan yang diberikan mereka bersama adalah sangat tepat.
“Saya bangga mereka tidak membenarkan mahkamah menjadi suatu tempat boneka dan integriti sistem perundangan serta kehakiman negara masih lagi terlindung dan terpelihara daripada anasir sebegitu,” tulisnya lagi.
Sekadar info, Azrene mendirikan rumah tangga dengan Fazley pada 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.
Foto: Instagram Datin Azrene Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pempengaruh, Kim Raymond yang kembali bergelar isteri selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya, Zahir Omar pada Khamis.
Tampak berseri, bekas isteri...