Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencipta sukses yang tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan lebih RM23 juta selepas tujuh hari tayangan.

Rekod tersebut sekaligus menjadikan ia sebagai filem epik Melayu pertama yang pecah panggung.

Susulan itu, ada penggiat seni dan penonton yang mahukan kesinambungan filem tersebut.

Syamsul Yusof yang juga pengarahnya  bagaimanapun berkata, sekiranya ada ia akan mengambil masa bagi memastikan kualiti dan penambahbaikan.

IKLAN

“Filem Mat Kilau 2, setakat ini kalau dari bahagian saya sudah semestinya akan ada. Cuma, perkara ini tak boleh gopoh. Dalam berkarya ini tak boleh gopoh.

“Kalau inginkan sesuatu yang berkualiti kena ambil masa, kajian dan sudah tentu nak tingkatkan dan tambah baik untuk selepas ini.

“Tidak kira sama ada filem Mat Kilau atau apa saja pahlawan dan apa jua filem sekalipun kena perbaiki daripada sebelumnya, insya-Allah,” katanya.

IKLAN

Ditanya sama ada barisan pelakon utama Mat Kilau akan dikekalkan sekiranya ada sequel, Syamsul berkata ia rahsia.

“Bagi Mat Kilau 2 dan pelakon masih terlalu awal untuk saya komen, nanti dulu. Masih dirahsiakan,” katanya ringkas.

IKLAN

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhan dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI