Penampilan Tya Ariffin yang kini mengenakan hijab sebagaimana yang dikongsikan menerusi Instagram mendapat perhatian peminat.
Rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata itu selain memanjatkan doa agar bintang cantik ini kekal istiqamah.
Berkongsi mengenai perkara itu kepada Berita Harian, isteri kepada Asyraf Khalid ini mendedahkan dirinya masih dalam proses belajar dan membiasakan diri mengenakan tudung.
“Saya tidak mahu pantas mengiyakan persoalan apakah saya sudah bertudung atau sebaliknya.
Ads
“Hakikatnya, saya sedang mencuba dan membiasakan diri. Saya mahu belajar untuk menjadi lebih baik… Bukan mudah untuk istiqamah.
“Dalam hidup ini, apa yang pasti, kita sentiasa mahu menjadi insan yang lebih baik. Malah, dengan apa yang saya nikmati saat ini daripada Allah, saya fikir saya belum jadi hamba-Nya yang baik,” katanya seperti yang dipetik.
Malah pada masa sama, pelakon yang kini bergelar usahawan ini turut memberitahu dia dan suami ada memasang niat untuk tunaikan umrah andai diberikan rezeki jadi tetamu Allah.
Ads
“Jika ada rezeki, kesempatan dan ruang, saya mahu menunaikan umrah bersama suami,” ujar Tya yang mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 lalu.
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza tampil memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, malam tadi.
Mempertaruhkan lagu Drama ciptaan vokalis itu sendiri bersama Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir dan Nik Adib, bintang itu menulis permohonan menerusi satu entri di Instagram awal hari ini.
“What a night lah kan? #DRAMA HAS COME FULL CIRCLE. Hampir genap setahun. See you in the next chapter. #AJL34
“Terima kasih @tv3malaysia atas peluang ini. Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami.
“Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadang kala warnanya tidak kita gemar,” tulisnya.
Terdahulu, semasa melakukan persembahan secara langsung di Axiata Arena, Drama Band dilihat memaparkan beberapa watak yang seakan-akan sinonum dengan figura yang hangat diperkatakan netizen, meski tidak dinyatakan secara jelas.
Foto: Instagram Aepul Roza, TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Lebih dua bulan di dalam sel, Datuk Farid Kamil mengakui ia merupakan detik paling sukar digambarkan dengan kata-kata.
Jelasnya kepada media, penerimaan warga di sana cukup membuatkannya terharu.
Punya seluruh masa untuk refleksi diri, ulasnya jujur, dia berupaya menunaikan solat tahajud dan khatam Al-Quran dalam masa sebulan, satu perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.
“Saya ceritakan secara asas, di dalam keburukan terdapat kebaikan. Berada di dalam penjara merupakan satu pengalaman baru yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata. Tetapi apa yang menarik ialah penerimaan mereka membuatkan saya terharu.
“Mereka mengenali saya dan di sana mereka memberi sokongan supaya jangan jatuh, bangun dan terus berlari.
“Banyak perkara yang saya tidak pernah buat di dalam hidup contohnya bangun menunaikan solat tahajud dan syukur saya dapat tunaikan ketika dalam sel, saya juga khatam Al-Quran dalam masa sebulan. Dalam keadaan kita bebas begini, belum tentu kita dapat melakukannya.
“Tetapi saya di dunia telah diberi peluang untuk merasainya dan daripada situ saya dapat menilai diri.
“Pada hari pertama di dalam penjara, memang saya membayangkan visual seperti yang dilihat di dalam drama atau filem. Namun pada realitinya, sejarah Malaysia semua di situ. Ramai yang pernah duduk di dalam bilik yang sama. Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bertaubat dan mengalami perasaan yang orang lain tidak dapat rasainya.
“Jumlah saya duduk di dalam sel ialah dua bulan setengah,” ulasnya.
Dalam pada itu, penerbit dan pelakon popular ini turut mengakui tiga daripada lima pertuduhan yang dibicara di mahkamah telah digugurkan.
“Pada peringkat awal, tiga pertuduhan telah digugurkan. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan lagi dua pertuduhan,” jelasnya lanjut.
Mengakui ramai rakan menjauh sewaktu sedang dilanda ujian maha hebat, namun lelaki ini akur, inilah dugaan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
“Tuhan telah menunjukkan sesuatu kepada saya dalam keadaan sebegini. Saya melalui detik mencemaskan dalam proses mendapatkan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan.
“Saya akui sedih dan terkilan. Kadang kala saya merasakan diri terbuang jauh disebabkan perkara yang menimpa. Namun itu hanya cubaan buat saya,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Farid Kamil bakal muncul dengan filem Remp-It 2 dan mengambil inspirasi filem ini untuk menganjurkan Sifu International Enduro Championship 2020 yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM200,000.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Rita Rudaini kagum dengan sikap dan kematangan anak perempuan usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B yang disifatkannya sebagai anak muda yang penuh dengan adab.