Penyanyi, Nora Ariffin mendedahkan dirinya berserah kepada takdir Allah andai selepas ini dia dikurniakan jodoh bersama teman baru.
Kongsinya kepada MH, dia tidak mencari sebaliknya hanya mendoakan yang baik-baik buat dirinya sekeluarga.
“Kita berserah… Sudah dekat tiga tahun pun. Bagi saya, hanya berserah. Kalau perkara yang baik selalu kita doa, minta diberikan benda yang baik. Kalau Allah bagi yang baik, baiklah.
“Yang cuba mendekati itu, tidak dapat larilah. Akan tetapi okay sahaja. Berkawan-kawanlah.
“Nak kata tutup pun tak baik, nak kata tak tutup pun tak baik kan? Bila sampai masanya itu, sampailah. Memang kalau nak mencari, nak dapat macam arwah tu tak akan sama. Tak akan jumpa kan.
“Saya tidaklah mencari pun, kalau anak-anak okay, saya okay. Mereka okay malah kadang-kadang sakat saya. Apa pun kawan memang ramai, tak dapat nafi,” terangnya jujur.
Ditanya mengenai sejauh mana ingatannya terhadap bekas suami, komposer Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 lalu itu, penyanyi Sandiwara ini punya jawapan sendiri.
“Kadang-kadang pada hari tertentu misalnya bulan puasa, Hari Raya atau bila tatap fotonya… ‘habis’, tak boleh buat kerja. Jadi saya kena sibukkan diri dengan fikirkan hal lain.
Ads
“Bagi saya kena buka minda, usah terlalu sedih. Cuma pesanan arwah katanya hidup kita tidak lama dan apa kemuncak kita, iaitu nak ke syurga. Dia selalu ingatkan. Saya pegang itulah.
“Kita ni bukannya baik sangat, tapi kita nak tanamkan diri kita untuk jadi individu yang lebih baik,” jelas bintang berusia 46 tahun ini lanjut.
Berkongsi apakah nasihat atau kata yang boleh dititipkan buat wanita yang mempunyai nasib hampur serupa sepertiya, Nora mengakui hidup secara sederhana adalah lebih baik.
“Saya petik pesanan daripada Profesor Muhaya. Katanya, kadang-kadang Dia ambil apa yang kita sayang kerana kita terlalu ‘bertuhankan’ kepada sesuatu perkara itu.
“Contohnya, kalau kita terlalu sayangkan suami sampai ‘lupa’ Tuhan, tidak boleh. Mungkin Allah akan ambilnya sama ada meninggal dunia atau diambil orang lain atau apa sahaja. Begitu juga sebaliknya.
Ads
“Kalau kita semua ada, mungkin Allah berikan penyakit dan akhirnya kita tahu ada duit pun tak boleh nak sembuhkan penyakit. Jadi usah terlalu taksub, bersederhana. Yang penting hubungan kita dengan Pencipta,” terangnya lagi.
Terdahulu, Nora ditemui pada majlis perlantikan sebagai duta produk kecantikan, Prettian.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz sebagai dipetik berkata, pemilihan penyanyi itu dibuat berdasarkan kepada penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Ads
Prettian merupakan produk premium dengan bahan asas dari Pulau Jeju dan ia adalah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP
Sehubungan itu, pelbagai projek dirancang bersama Nora, termasuk siri jelalah di beberapa lokasi terpilih.
Pada majlis sama, Nora turut menyampaikan beberapa buah lagu, termasuk secara duet bersama bintang remaja, Raja Syahiran.
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil membuat luahan susulan penyebaran wajah yang didakwa anaknya, Muhammad Bilal tanpa keizinan yang mulai tular sejak beberapa hari lalu.
Neelofa, 33, menerusi Insta Stories kesal apabila wajah anak sulungnya itu telah disunting hingga menimbulkan pelbagai yang tidak baik terhadap bayi berkenaaan.
“Edit muka anak saya sampau jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu.. dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” jelasnya.
Menerusi status seterusnya, hos program Next To Neelofa ini turut akui apa yang berlaku boleh menimbulkan fitnah yang tidak baik.
“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik.
“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Neelofa akui rasa terkilan susulan tindakan warga maya yang menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal menerusi TikTok, baru-baru ini.
Neelofa berkata, dia tersinggung apabila tindakannya yang belum bersedia berkongsi wajah anaknya tetapi tidak dihormati segelintir pihak ketika dia berada di sebuah premis kerajaan itu.
Pada masa sama, Neelofa turut meminta diberikan sedikit ruang dan fokus tidak lagi diberikan terhadap anak lelakinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tetap positif meski berdepan dengan cabaran dan dugaanhidup.
Malah, pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah ini juga menjadikan kedua ibu bapanya sebagai idola dan semangat hidup.
“Throwback. Rindu mama & ayah. Lately jarang jumpa sbb Bella kerja(thank you tolong jagakan ayden tidak pernah berkira sangat sayang dan ambil berat dengan cucunya❤), diorang ni juga adalah semangat Bella.
“Mengajar Bella erti kesabaran. Mengalah bukan bererti kalah, dan dengan kesabaran juga akan ada kebahagiaan.
“Mama dan ayah pemaaf orangnya. Bella pernah persoalkan dulu masa zaman sekolah “ayah kenapa masih nak baik lagi kan dia dah buat ayah”
“Ayah akan cakap “takpe lah itu dulu.. tak baik berdendam hidup tak akan tenang” dan baru saya faham maksud ayah.
” Hidup tak tenang kalau kita ada dendam atau hasad dengki melihat hidup orang lain.
Kak long sentiasa akan pegang janji Kak long untuk jaga dan bersama mama dan ayah, InshaAllah.
Berkongsi kegembiraan yang disifatkan sebagai sempurna apabila dua keluarga ini menikmati percutian bersama di Pulau Redang, Terengganu, Norman Hakim dilihat mendakap dan mencium pipi setiap ahli keluarganya termasuk suami Abby Abadi.
Walaupun anak-anaknya telah meningkat remaja, namun pelakon sasa ini tidak kekok meluahkan rasa sayang melalui pelukan dan ciuman.
Lebih mengharukan, bekas suami Abby ini turut bersalam dan mencium pipi Jai Ezzany yang menggambarkan keakaban kedua-dua ketua keluarga ini.
“Baru betul2 sempurna..berganda2 happy bila semua ada Posted @withrepost • @normanhakim_786 Sempurna. Alhamdulillah.”
Terharu melihat kasih sayang antara dua keluarga ini, netizen memuji tindakan Norman dan Abby yang dilihat bijak mengemudi keluarga dalam membesarkan anak-anak walaupun telah berpisah.
Foto – Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.