Dunia fesyen Indonesia kehilangan sosok penting apabila pereka fesyen terkenal, Hengki Kawilarang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat akibat komplikasi kesihatan yang dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Arwah dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke unit kecemasan sebuah hospital kira-kira jam 10 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu, sekitar jam 10.16 pagi.

Hengki meninggal dunia pada usia 47 tahun. Menurut kenyataan ahli keluarga, allahyarham menghidap diabetes dan menjalani rawatan insulin sejak sekian lama.

Beliau juga mengalami komplikasi jangkitan pada otak serta masalah kegagalan buah pinggang kronik, dan menjalani rawatan cuci darah secara berkala.

Ads

Pemergian arwah turut mendapat perhatian penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti yang menzahirkan rasa dukacita di atas kehilangan itu.

Krisdayanti Berduka Atas Pemergian Pereka Fesyen Terkenal, Hengki Kawilarang
Krisdayanti kerap menggayakan busana rekaan Hengki Kawilarang

Menurut laporan media tempatan bedasarkan hantaran di akaun Instagram peribadinya, Krisdayanti menulis, “Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu. Turut berduka cita.”

Menurutnya lagi, keikhlasan adalah sebaik-baik pengiring buat insan yang telah kembali ke sisi Ilahi.

Ads

“Ikhlas adalah jalan terbaik untuk mengiringi langkahnya kembali ke sisi Allah SWT. Untuk saudara kita, pereka berbakat Hengki Kawilarang,” tulisnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas segala sokongan dan sumbangan arwah terhadap perkembangan karier seninya.

Ads

Khabar duka pemergian Hengki turut dikongsi luas di media sosial, dengan pelbagai ucapan takziah mengalir daripada rakan-rakan industri dan peminat yang mengagumi hasil kerjanya dalam dunia fesyen tempatan.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI