Barisan artis terkenal tanah air seperti Bella Astillah, Johan Raja Lawak, Nabil Ahmad, Ajak Shiro, Cat Farish dan Farid Kamil bakal memeriahkan majlis pelancaran motosikal elektrik (EV) terbaharu oleh GGR Motor, yang akan berlangsung pada 28 Jun ini di Saloma, Kuala Lumpur.

Turut menjadi perhatian ialah penglibatan selebriti Johan, yang turut dikenali dengan jenama makanan Itik Ke Ayam?, sebagai salah satu rakan kolaborasi utama selepas pelancaran acara ini.

“Mereka bukan sekadar selebriti, tetapi sahabat lama yang saya percaya mampu membawa nilai positif kepada jenama,” kata Muhammad Mussadiq Mohamed Azmi, Pengarah Urusan GGR Motor.

Pelancaran motosikal elektrik ini juga bakal diserikan dengan persembahan komuniti, sesi test ride, cabutan bertuah serta aktiviti santai bersama peminat EV.

Majlis itu turut dijangka dihadiri Ketua Pengarah MARA, Datuk Zulfikri Osman, sebagai sokongan terhadap inisiatif hijau melibatkan graduan lepasan TVET MARA, IKM Beseri dan UNIKL MFI (Automotif).

“Artis Naik EV!” – Saksikan Gaya Hidup Hijau Diserikan Bintang Popular “Artis Naik EV!” – Saksikan Gaya Hidup Hijau Diserikan Bintang Popular “Artis Naik EV!” – Saksikan Gaya Hidup Hijau Diserikan Bintang Popular “Artis Naik EV!” – Saksikan Gaya Hidup Hijau Diserikan Bintang Popular

Ads

Sasar Budaya Mobiliti Hijau & Penajaan Konsert Indie

Di bawah inisiatif ‘Go Green Revolution’, GGR Motor bersama Perniagaan Mazlan & Hashimah (PMH MOTOR) Sdn Bhd selaku Rakan Strategik Eksklusif juga tampil memperkenalkan motosikal elektrik baharu yang lebih mesra pengguna, dengan fokus kepada generasi muda.

“Saya percaya apabila artis sendiri menggunakan EV, ia memberikan impak lebih besar dari segi capaian dan kesedaran awam.

“Acara akan bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dengan sesi pelancaran, pameran, jaringan pelabur dan media.

Ads

“Aktiviti malam pula dimeriahkan dengan persembahan komuniti, ‘test ride’, cabutan bertuah dan aktiviti santai bersama pencinta EV,” ujar Mussadiq.

Dalam pada itu, GGR Motor turut mengumumkan penajaan dua unit LionG1 e-bike yanh bernilai RM2,054 setiap satu, sebagai hadiah rasmi buat penonton bertuah sempena konsert Aku Muzik Kamu (AMK Indie 2025) yang dijadual berlangsung pada 26 dan 27 Julai depan di Litar Antarabangsa Sepang.

“Penajaan ini sebahagian daripada usaha kami untuk memberikan manfaat kepada rakan-rakan serta menyemai semangat perubahan ke arah penggunaan kenderaan elektrik,” katanya lagi.

Ads

Sementara itu, Johan turut mendedahkan hubungan baiknya dengan Mussadiq telah terjalin sejak 2017 lagi.

“Banyak kolaborasi-kolaborasi sebelum ini saya buat dengan dia dan dia antara-antara yang selalu bagi peluang untuk saya. Itu sebab saya datang hari ini untuk menceriakan lagi sidang media,” katanya.

Sebagai kemuncak, GGR Motor turut menyampaikan hasrat kepada pejabat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, untuk merasmikan pelancaran EV ini secara rasmi.

“Ini bukan hanya tentang produk, tetapi tentang membawa perubahan budaya. Kita mahu generasi akan datang melihat mobiliti hijau sebagai gaya hidup harian,” jelas Mussadiq.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI