Spekulasi mengenai hubungan perkahwinan pasangan selebriti, Justin Bieber dan Hailey Bieber kembali hangat apabila penyanyi terkenal itu memuat naik satu hantaran penuh emosi di Instagram Story, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Justin, 31, memetik kata-kata seorang pencipta kandungan yang meluahkan rasa kecewa terhadap layanan dingin daripada pasangan, dipercayai berkait dengan situasi yang sedang dihadapinya.

Jika anda ingin mendiamkan saya, sekurang-kurangnya beritahu apa sebabnya. Saya mengalami kebimbangan dan sering berfikir secara berlebihan. Kedua-duanya saling berkait. Jika diberi ruang untuk kesilapan, pasti akan berlaku kesilapan,” kata mesej yang dikongsi Justin.

Hantaran itu menarik perhatian ramai selepas Hailey, 28, dirakam beberapa kali muncul di khalayak tanpa memakai cincin perkahwinannya yang sebelum ini menjadi simbol kasih mereka.

Ads

Model dan pengasas jenama Rhode itu pertama kali dilihat tanpa cincin berlian mewah tersebut ketika bersarapan di The Commerce Inn, West Village, Khamis lalu.

Pada malam yang sama, beliau turut hadir ke sebuah majlis makan malam bersama dua rakan model, Suki Waterhouse dan Camila Morrone di Chez Fifi tanpa cincin.

Ads

Justin dan Hailey telah mendirikan rumah tangga pada 2018 dan sejak itu, sering menjadi tumpuan media dengan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka.

Pada Mac lalu, tindakan Hailey yang berhenti mengikuti akaun Instagram Justin turut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat. Namun, Hailey menjelaskan perkara itu berpunca daripada gangguan teknikal setelah akaun suaminya diaktifkan semula.

Ads

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Page Six

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI