Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, aplikasi gaya hidup Muslim TheNoor, dengan kerjasama EZ Qurban, telah menganjurkan Majlis Qurban Perdana yang berlangsung meriah di Jalan Pak Rashid, Pulau Nyatuh, Banting.

Program ini berjaya meraikan lebih 700 penerima asnaf yang hadir bagi menerima agihan daging korban.

Majlis berkenaan sebagai salah satu inisiatif TheNoor dalam memastikan umat Islam dapat menunaikan ibadah korban dengan lebih mudah, telus dan diyakini.

Ia turut membuktikan peranan teknologi dalam menyampaikan nilai-nilai Islam secara berimpak dan inklusif.

Menurut Pengasas dan CEO TheNoor, Hajah Noor Neelofa, TheNoor bukan hanya sebuah aplikasi mudah alih, tetapi satu platform yang menggabungkan keperluan spiritual, sosial dan kemanusiaan.

“Menerusi program korban ini, kami buktikan bahawa teknologi boleh menjadi jambatan untuk menyebarkan nilai-nilai Islam secara berimpak dan menyeluruh.

Ads

“Inilah bukti bahawa dakwah moden tidak hanya berlaku secara digital, tetapi juga harus menyentuh realiti kehidupan masyarakat,” katanya.

Neelofa Syukur Nikmat 700 Asnaf Dirai, TheNoor & EZ Qurban Satukan Teknologi & Kebajikan Neelofa Syukur Nikmat 700 Asnaf Dirai, TheNoor & EZ Qurban Satukan Teknologi & Kebajikan Neelofa Syukur Nikmat 700 Asnaf Dirai, TheNoor & EZ Qurban Satukan Teknologi & Kebajikan

Korban Bawa Warna Kehidupan Anak-Anak Asnaf

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Tuan Ahmad Fadzlullah juga turut menyampaikan penghargaan atas kerjasama yang dijalin.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TheNoor khususnya kepada Hajah Neelofa. Kami juga berharap ini bukanlah satu-satu program kerjasama EZ Qurban dan TheNoor.

Ads

“Program yang dijalankan kali ini memberikan semangat dan motivasi khususnya kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.

“Kehadiran kami mungkin tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku cuma kami mengharapkan kehadiran kami dapat memberikan warna dalam hari-hari mereka. Korban dan Akikah tanpa sempadan,” katanya.

Pengagihan daging korban telah dijalankan secara langsung di lokasi penyembelihan seawal pagi hari raya ketiga, disertai oleh pasukan pengurusan dan sukarelawan daripada kedua-dua organisasi.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen TheNoor dan EZ Qurban dalam memanfaatkan teknologi sebagai pemacu kebajikan dan pemerkasaan komuniti, dari aplikasi terus ke lapangan.

Ads

Sejak ditubuhkan pada Januari 2021, TheNoor terus aktif dalam pelbagai inisiatif sosial dan mencatatkan lebih 3 juta muat turun.

Dengan pendekatan berasaskan Maqasid Syariah, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti Waktu solat & azan, arah kiblat, Al-Quran digital, doa harian dan pembayaran zakat atas talian.

Ssekali gus, ia menjadikannya platform teknologi Islam yang menyeluruh dan relevan dalam kehidupan moden.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TheNoor (@thenoor.co)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI