Anak kepada pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, meluahkan rasa terkilan apabila menerima komen negatif terhadap bisnes kek batik yang diusahakannya.

Menurut Hayla, dia sedih apabila ada pihak yang memberikan rating rendah terhadap produk yang dijualnya.

“Kenapa mereka ketuk kek batik saya. Kawan-kawan saya semua kata sedap. Saya rasa pun sedap. Ada yang bagi rating 4/10,” katanya.

Video luahan Hayla itu dikongsikan oleh Wawa menerusi satu hantaran di laman Instagram, yang memperlihatkan situasi anak mereka yang jelas terkesan dengan kritikan netizen.

Dalam video tersebut, Aeril Zafrel turut menenangkan Hayla dengan memberikan kata-kata semangat agar anaknya kuat menghadapi realiti dunia perniagaan.

Ads

“Kenapa Ketuk Kek Batik Saya?” – Hayla Anak Wawa Zainal Terkilan Dikritik, Netizen Sebak!

“Mungkin ada orang tersilap pos dan sebab tu rosak. Macam inilah sayang. Perniagaan ini keras.

“Ramai je lagi yang cakap kek batik Hayla okay. Jangan menangis okay,” ujar Aeril kepada anaknya.

Wawa Sebak, Netizen Tampil Beri Semangat

Melihat anaknya sedih dan menangis, Wawa Zainal turut tidak dapat menahan perasaan dan mengakui hatinya sebak apabila melihat anak kecilnya mula berhadapan dengan kecaman.

“Kenapa Ketuk Kek Batik Saya?” – Hayla Anak Wawa Zainal Terkilan Dikritik, Netizen Sebak!

Ads

“Sabarlah jangan menangis sayang. Mama pun sebenarnya tahan air mata je. Biasa mama kuat tau tapi bab anak ni mama tewas.

“Mama dan ayah bangga dengan Hayla tau, ingat tu. Love you sayang,” kongsi Wawa penuh emosi.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat situasi tersebut dan memberikan kata-kata semangat kepada Hayla agar tidak mudah putus asa.

Antara komen netizen termasuk;

“Aunty dah beli kek batik Hayla. Sedap je. Anak aunty pun suka.”

Ads

“Apalah yang korang komen ni. Dia budak lagi kot. Nak lagi sedap belilah kedai lain.”

“Panjang lagi hidup awak. Ini semua pengalaman hidup. Yang dah berniaga lama pun ada yang kena condemn. Sabar ya.”

“Adat berniaga makanan. Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Semua orang punya selera sendiri.”

“Jangan mengalah. Ini baru permulaan untuk awak. Tengok mommy dan daddy pun orang berniaga. Turun naik itu biasa.”

Sehingga kini, video berkenaan telah meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di Instagram, menandakan sokongan ramai terhadap Hayla dan keluarganya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI