Pelakon dan usahawan selebriti, Aeril Zafrel, 37, memaklumkan isterinya, Wawa Zainal, terpaksa ditahan ke sebuah hospital swasta di Bangi, kerana mengalami gastrik yang agak teruk, semalam.
Menurut Aeril, insiden itu berlaku kerana Wawa dikatakan terlalu gemar minum air panas selepas ia disahkan doktor.
“Wawa sebenarnya kena gastrik semalam dan dia terpaksa diberikan suntikan seterusnya ditahan ke wad.
“Dia memang alami gastrik teruk, sampai tahan (kesakitan) dan sukar untuk berjalan.
“Sebanarnya dia degil tak mahu ke hospital tapi saya beritahu, kalau awak tak nak pergi nanti kita susah.
Ads
“Malah ia boleh mengganggu perancangan pada masa depan,” katanya.
Wawa Dibenarkan Pulang
Aeril pada masa sama bagaimanapun bersyukur kerana isterinya itu sudah dibenarkan pulang.
Ads
“Dia gastrik kerana suka minum air panas walaupun doktor dah nasihatkan tapi dia degil juga.
“Dia masuk wad satu hari sahaja, harini sudah keluar,” ujarnya lagi.
Ads
Aeril berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis sidang media Pelancaran Komik Kolaborasi Under18 x Klepet di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL) pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Aeril turut mengumumkan penglibatannya sebagai penerbit eksekutif filem komikal, Klepet yang menyaksikan kolaborasinya bersama komik under 18 terbitan Kadokawa Gempak Starz.
Filem tersebut dibarisi pelakon seperti Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, dan Meerqeen serta diarahkan oleh Indra Putra serta dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.
Sebaliknya, filem ini merupakan langkah serius Astro Shaw dalam mencorak hala tuju baharu buat industri perfileman tempatan, melangkaui kebiasaan dan memilih untuk tidak kekal dalam zon selesa.
“Daripada sudut pandang bisnes, Keluang Man memperkenalkan banyak perkara baru buat industri filem tempatan. Ini merupakan filem ‘post-modern’ yang pertama.
“Kami bawakan sebuah jenama animasi yang besar dan cuba menjadi jambatan kepada generasi baharu dan lama.
“Kami boleh sahaja pilih jalan selamat dan hasilkan filem-filem bergenre aksi atau kepolisian. Malah, kami masih lagi buat filem sebegitu.
“Namun, jika fokus kami ke arah filem seperti itu sahaja, bagaimana kita nak berkembang dan perkenalkan perkara baharu di dalam industri.
“Astro Shaw mahu terus menghasilkan idea yang segar dan berani,” katanya kepada MH.
Tambah beliau lagi, pemilihan Keluang Man dibuat dengan mengambil kira pelbagai kemungkinan serta risiko, termasuk penerimaan penonton.
“Keluang Man adalah langkah pertama kami untuk perjalanan yang lebih besar. Ia lebih dari sekadar kutipan box office.
“Pada masa sama, kami berani mengambil risiko yang telah dipertimbangkan. Itu yang membuatkan kami berani untuk terokai perkara baharu.
“Insya-Allah penonton tempatan dapat melihat sesuatu yang segar dalam industri ini. Kami mahu jadi taman permainan untuk industri kreatif,” katanya.
Mengulas tentang reaksi pelbagai pihak terhadap filem ini, Raja Jastina menyifatkan kritikan sama ada positif mahupun negatif, sebagai satu isyarat bahawa masyarakat peduli terhadap perkembangan filem tempatan.
“Kami menerima segala kritikan baik dan buruk. Bila ramai yang berkata fasal kami, itu menunjukkan mereka tertarik dengan apa yang Astro Shaw lakukan.
“Maklum balas yang kami terima bukan ringkas sahaja. Ramai yang memberikan komen secara panjang dan terperinci. Itu memerlukan usaha yang sangat banyak.
“Mereka peduli dengan apa yang kami terbitkan. Jadi, kami mahu terus bekerjasama dengan ekosistem ini. Mereka mahu kami jadi lebih baik.” Katanya lagi.
Apa yang menarik, filem ini telah mencatat engagement tertinggi di media sosial berbanding filem lain terbitan Astro Shaw sebelum ini.
“Jarang filem kami dapat ulasan yang begitu terperinci. Malah, Keluang Man juga mendapat engagement tertinggi di media sosial setakat ini,” akhirinya.
Filem Keluang Man masih lagi rancak ditayangkan di pawagam seluruh negara dengan promosi berterusan giat dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan romantik antara penyanyi terkenal, Katy Perry dan aktor kacak, Orlando Bloom dilaporkan telah berakhir selepas hampir enam tahun bertunang.
Menurut laporan media antarabangsa, pasangan selebriti itu mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan kini memfokuskan kepada kebahagiaan anak perempuan mereka, Daisy Dove, yang kini berusia empat tahun setengah.
Desas-desus mengenai keretakan hubungan mereka mula tersebar awal tahun ini apabila Katy dilihat tidak lagi mengenakan cincin pertunangannya.
Malah, penyanyi Roar itu dikatakan telah memberitahu rakan-rakan rapatnya bahawa hubungan mereka telah ‘berakhir secara asasnya’ sejak Januari lalu.
Orlando pula kelihatan hadir bersendirian ke majlis perkahwinan bilionair Jeff Bezos dan Lauren Sánchez di Venice baru-baru ini, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa mereka bukan lagi pasangan.
Difahamkan, keputusan untuk menamatkan pertunangan dibuat selepas mereka berdepan kesukaran menyelaraskan jadual kerja masing-masing. Katy kini sedang sibuk menjayakan siri konsert jelajah antarabangsa manakala Orlando pula terikat dengan penggambaran filem di luar negara.
Bagaimanapun, kedua-duanya dilaporkan masih mengekalkan hubungan baik demi anak mereka. Sumber terdekat menjelaskan, “Mereka berpisah secara damai dan masih bertangungjawab sebagai ibu bapa.”
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan pada tahun 2016 dan mengikat tali pertunangan pada Hari Valentine tahun 2019. Sepanjang bersama, mereka sering tampil di acara-acara besar dan dikenali sebagai antara pasangan paling sepadan di Hollywood.
Perpisahan ini nyata mengejutkan ramai peminat yang menyifatkan mereka sebagai pasangan ideal industri hiburan antarabangsa. Namun begitu, baik Katy mahupun Orlando, mereka belum mengeluarkan kenyataan rasmi di media sosial berkenaan status hubungan mereka setakat ini.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Haliza Maysuri mengenakan tudung bernilai RM70,000 sebagai simbolik kemenangan samannya terhadap dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Haliza, 47, menyifatkan penghasilan tudung itu seperti menjulang jenama Bawal Exclusive (BE) selepas menerima fitnah tidak berasas daripada bekas pengedar tudungnya, sebelum ini.
“Disebabkan kami menang saman semalam saya arahkan kilang buat tudung bernilai RM70,000 yang saya pakai hari ini.
“Saya bukan nak menipu tapi ini semata-mata untuk julang nama BE semula. Maruah saya tak boleh dibayar dengan wang ringgit,” katanya.
Tegasnya, jenama tersebut dibina bermula daripada bawah dengan pelbagai penat lelah sepanjang 27 tahun lalu.
Malah tindakan saman dilakukan adalah sebagai pengajaran kepada mereka di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah.
“Saya dan suami bina jenama ini daripada sewa bilik kecil ketika itu tiada staf beratus, tiada modal dan pendidikan serta tiada peguam yang jaga.
“BE dibina dengan jerit payah kami dan peluh kami. Saya nak beri amaran jangan main-main dengan jenama saya. BE tidak sama dengan jenama lain,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan kejayaan yang dibina oleh jenama berkenaan kerana mampu menjalinkan hubungan baik dengan syarikat luar negara.
“Jenama ini dibina dengan peluh air mata, dengan kesusahan tiada modal dan pendidikan tapi rakyat Malaysia perlu berbangga dengan kejayaan kami.
“Malah jenama Swarovski mencari kami dan meletakkan kami sebagai branding rakan kongsi sehingga kami menjadi 10 teratas di syarikat itu.
“Saya tak minta dipuji atau dihargai. Cuma saya dalam perniagaan, saya memang fokus. Jangan jolok sarang tebuan,” tegasnya.
Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kota Bharu telah memerintahkan seorang bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi sebanyak RM70,000 kepada syarikat itu serta dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.
Bawal Exclusive bersama Bawal Sdn. Bhd. dan pengasasnya, Haliza Maysuri, memfailkan saman pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran di Facebook Rosmaliza yang didakwa memperlekeh usaha pemasaran produk mereka di TikTok.
Haliza selaku Pengasas dan Pengarah Pemasaran bagi jenama tersebut tampil pada sidang media mengenai isu ini di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada Hai Isnin.
Turut hadir ialah Mohd Rosli Awang selaku Pengarah Urusan Bawal Exclusive dan Datuk Adnan Seman yang mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
“Rosmaliza Mansor merupakan bekas pengedar produk syarikat Bawal Exclusive Sdn. Bhd. dan Bawal Sdn. Bhd. sejak tahun 2017 hingga 2022.
“Selepas tempoh itu tamat, syarikat memilih untuk tidak meneruskan beliau sebagai pengedar produk,” kata Adnan mewakili firma guaman Adnan Sharida & Associates.
Tambah Adnan, syarikat mendakwa hantaran yang dikongsikan di Facebook itu memberikan gambaran negatif.
“Tindakan beliau telah membawa kefahaman kepada orang awam bahawa pihak syarikat dan Haliza telah bertindak tidak adil kepada pengedar-pengedar yang diberi kebenaran untuk menjual produk-produk syarikat, sekali gus menjejaskan reputasi yang dibina sejak 1998.
“Mahkamah juga mendapati Rosmaliza tidak menghadirkan diri sepanjang prosiding dan pada 1 Januari 2025.
“Dia diperintahkan untuk menurunkan kenyataan fitnah tersebut dari akaun media sosialnya serta dilarang mengulangi sebarang kenyataan sama,” katanya.
Selain bayaran ganti rugi, Rosmaliza turut diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas satu invois tertunggak.
“Kami tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasi anak guam kami.
“Kami berharap tindakan ini menjadi pengajaran agar masyarakat lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di media sosial,” jelas Adnan lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan peribadinya.