
Tokoh industri terkemuka India dan bekas suami Karisma Kapoor, Sunjay Kapur, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Jun 2025 selepas mengalami serangan jantung ketika menyertai perlawanan polo di United Kingdom.
Mangsa yang berusia 53 tahun dilaporkan rebah secara tiba-tiba akibat serangan jantung semasa menunggang kuda dalam perlawanan itu.
Menurut laporan India Today, serangan jantung itu dipercayai berlaku selepas seekor serangga, berkemungkinan lebah, masuk ke dalam mulutnya, sekali gus mencetuskan reaksi fizikal yang serius.
Walau bagaimanapun kenyataan syarikat mendiang hanya menyatakan Sunjay meninggal disebabkan serangan jantung tanpa memberi komen lanjut mengenai lebah.
Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian cuba memberi bantuan kecemasan namun gagal menyelamatkannya.
Sunjay yang juga dikenali kerana minat mendalam dalam sukan ekuestrian meninggalkan dua anak hasil perkahwinan terdahulu bersama Karisma Kapoor iaitu Samaira dan Kiaan. Pasangan itu bercerai pada 2016.
Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan pereka fesyen, Nandita Mahtani, dan selepas bercerai dengan Karisma, beliau mengahwini Priya Sachdev, bekas isteri ahli perniagaan Amerika, Vikram Chatwal.
Pemergian mendadak Sunjay mengejutkan rakan-rakan dan kenalan rapat, terutama dalam kalangan elit korporat dan sosial India yang mengenali beliau sebagai seorang yang berpengaruh dan aktif dalam pelbagai lapangan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Tunjukkan Yang Saya Kelar Diri, Itu Hanyalah Ekspresi Tangan Ketika Menyanyi,” – Aina Abdul Mohon Maaf, Perjelas Konsep Persembahan AJL34

Selepas menerima reaksi pelbagai menerusi persembahannya menerusi lagu Sumpah di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad, penyanyi Aina Abdul menjelaskan konsep yang digunakan adalah sebagai simbolik kepada kehancuran hati.
Aina menerusi Instagram turut menjelaskan, ialah satu ekspresi seni yang ingin disampaikan menerusi anugerah muzik tahunan itu dan sebagai seorang Muslim, tidak pernah terlintas di fikiran untuk melakukan konsep seperti yang didakwa sesetengah pihak
View this post on InstagramA post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul) on
Sementara itu, Aina ketika ditemui media sejurus malam kemuncak sekali lagi memberikan penjelasan terperinci mengenai konsep persembahan yang dibawakan.
“Mengenai Sumpah Aina Abdul, saya minta maaf terlebih dahulu sekiranya mesej yang cuba disampaikan itu disalah tafsirkan, melampaui batas atau pun keterlaluan mengikut sesetengah orang yang menonton.
“Saya tak boleh halang orang dari bercakap dan saya ingin tegaskan di sini, isu darah itu bukanlah berkait dengan bunuh diri.
“Sebabnya, Sumpah ialah hati wanita atau lelaki yang terluka. Jadi darah adalah sebagai simbolik kepada hati yang terluka. Itulah cara saya untuk tafsirkan melalui darah. Bagi saya, saya ‘gunakan’ darah kerana itu adalah simbolik terbesar untuk saya ketengahkan perasaan terluka. Itu cara, metafora saya,” terangnya jujur.
Malah, penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Shadow ini juga turut menjelaskan mengenai dakwaan dirinya ada menikam dada sehingga darah mencurah keluar.
“Itu tabiat yang tidak boleh saya nak ubah. Ia cara saya untuk lontarkan nyayian jika mungkin yang pernah tonton video nyanyian saya pun, banyak bermain-main dengan tangan.
“Darah itu keluar… Ibarat macam kita terluka,” katanya yang turut memberitahu pada akhir sesi rehearsal, elemen darah itu turut dimainkan.
“Kalau darah tu menitis sikit-sikit tak nampak. Jadi, alang-alang kita nak sampaikan satu isu atau pun ‘statment’, kita kena gunakan darah yang lebih banyak,” kongsi Aina apabila timbul pula isu yang membayangkan persembahannya itu seperti melebih-lebih.
Memberikan persembahan sehingga mencetuskan tular, bintang ini punya jawapan sendiri.
“Ia tidak dirancang sebabnya, ketika saya dan team lakukan sesi brainstom, pertama sekali baju tersebut diinspirasikan dari busana yang dipakai oleh Lady Gaga di Met Gala akan tetapi persembahan adalah simbolik saya sendiri.
“Kami fikir apa yang akan diketengahkan untuk persembahan di AJL sebab kalau hanya menyanyi sahaja, rasa seperti tak cukup untuk saya ekspres ‘sakitnya’ saya,” katanya yang menyedari ia mulai diperkata sejurus selesai membuat persembahan.
“Saya tahu selepas selesai buat persembahan. Saya tidak takut tetapi saya harap ia akan menjadi peluang untuk orang lebih mengenali saya lagi sebagai seorang penulis lagu yang menulis mengenai isu yang lebih berat.
“Lagu yang saya keluarkan hampir semua berkaitan dengan mental health dan isu bunuh diri sama sekali tidak. Alhamdulillah saya masih siuman, waras dan tidak akan gunakan isu bunuh diri sedangkan saya sendiri mahu ketengahkan isu mental health, tak akan saya gunakan pentas AJL untuk ajak orang buat sesuatu yang salah,” katanya.
Menjawab persoalan sama ada dirinya ada melakukan kajian terhadap apa yang boleh dan sebaliknya sebelum membuat persembahan sedemikian, Aina menambah sebetulnya ada beberapa idea lain.
“Kita tidak fikirkan apa yang tidak boleh dilakukan dulu, kita fikir apa yang kita boleh buat dan beberapa idea lain ada. Yang paling dekat dengan hati adalah isu ini dan saya tak tunjukkan yang saya kelar diri ke, itu hanyalah ekspresi tangan ketika menyanyi. Saya tak boleh hentikannya.
Aina turut memberikan reaksi apabila ditanya mengenai sama ada persembahan tersebut boleh mempengaruhi individu bermasalah selepas menontonnya.
Terdahulu, pada persembahan yang berlangsung di Axianta Arena, Bukit Jalil, pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani ini yang mengenakan persalinan serba putih dan tiba-tiba darah mengalir keluar mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen.
Ikuti temubual penuhnya di sini;
View this post on InstagramAina Abdul berikan penjelasan panjang lebar #MHnews #MediaHiburan
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Foto: Instagram Aina Abdul
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dah Kenapa SPRM Kena Investigate Tetiba Rentetan Video Lawan Pedang?,”- Kata Hos Motif Viral, Hazeman Huzir

Semakin jadi sensasi di laman media sosial mengenai isu video intim yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mulai tersebar.
Bukan sahaja netizen yang telah meluahkan respon mengenai isu tersebut, malah selebriti juga turut memberi pendapat sendiri.
Misalnya hos program ‘Motif Viral’, Hazeman Huzir dilihat turut mengeluarkan pendapat mengenai isu hangat ini di laman media sosial Twitter miliknya, awal tadi.
Hazeman atau sinonim disapa Haze memberi pendapat bahawa penghasilan video tersebut seakan tidak logik memandangkan kualiti rakaman video yang kurang berkualiti.
“This whole Azmin Ali thing only proves politicians need content producers by their side. Let me explain why. 1. Sex tape leak is so 90s. Nak 2020 dah guys. Paris Hilton pun dah tobat lah! 2. There’s this thing called 4k recording. Again 2019, you still pakai Nokia Sabun issit?
“3. Post-Confession video so scripted to the point of: 3.1 Itu saya dalam video, then investigate Azmin for corruption. Kaitan dia apa setan? There’s this thing called speech flow. 3.2 Aim for organic visual lah. Apo duduk atas sofa tegak camtu macam buat pengumuman raya.
“Keyword dia organic or at least natural. Takyah lah production value meletup macam nak menang Festival Filem Malaysia. Padahal scandal creation lah benda paling interesting nak generate. Itu pun susah nak creative!
“Tu lah lain kali bukak drama mat saleh macam Scandal, Dynasty. Kat situ banyak episod kau boleh tiru dan banyak methodology. Ini petang sabtu ko tengok cerita hindustan je memang situ je lah level kreatif kau. Tak habes habes sex tape, apa neyh?! Bosan laa.
“Ulang balik point no. 2, siapa buat skrip apa nama Haziq tu? Nak incriminate orang boleh tak connect the dot sex tape = corruption. Dah kenapa pulak SPRM kena investigate tetiba rentetan daripada video lawan pedang? Takde cohesion. Kau skip kelas creative writing ke dulu anat?
“Yiih! Aku tak boleh plot holes camni. Macam takde daya nak memikir langsung. Lagi satu, tgk jugak drama Leverage ngan Revenge. Kat situ banyak ajar scandal creation. Aku tak support memana pihak dalam hal ni. Aku cuma pantang nampak cliche berulang. Akhir kata. #Tiberrr,” tulis Haze.
This whole Azmin Ali thing only proves politicians need content producers by their side. Let me explain why.
1. Sex tape leak is so 90s. Nak 2020 dah guys. Paris Hilton pun dah tobat lah!
2. There's this thing called 4k recording. Again 2019, you still pakai Nokia Sabun issit?
— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) June 12, 2019
Di samping itu, twit langsung menjadi perhatian di laman media sosial Twitter.
Malah, netizen juga turut memberi pandangan mereka terhadap pendedahan yang dikongsi Haze.
Bagaimanapun, setiap individu mempunyai pendapat dan komen yang tersendiri mengenai isu tersebut.
Diharapkan isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.
Foto : Instagram Hazeman Huzir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Permudahkanlah Kami…,” – Aliff Aziz & Bella Astillah Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah Hari Ini

Pelakon Bella Astillah dan suaminya, penyanyi Aliff Aziz bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah, hari ini.
Menerusi beberapa perkongsian di Insta Stories, pasangan ini dalam perjalanan ke lapangan terbang antarabangsa selain berkongsikan kembali (repost) doa ucapan dari kenalan serta insan terdekat.
Malah Bella turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.
“Bismillahirrahmanirrahim. Jadikanlah perjalanan kami ini Ya Allah, perjalanan yang bermanfaat.
“Permudahkanlah kami untuk melihat keindahan alam ciptaaanMu agar kami insaf betapa kerdilnya kami di sisi/Mu.
“Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang
sentiasa berzikir dan memuji kebesaran dan keagungan ciptaanMu,” tulisnya.
Terdahulu media melaporkan, pasangan tersebut menunggu status dari pihak berkaitan sebelum dibenarkan berangkat.
“Kita dah ada tiket penerbangan, kalau ada rezeki dijemput mungkin kita akan berangkat ke Tanah Suci pada 9 Februari ini. Tapi sekarang menunggu lagi apa status daripada pihak yang berkenaan.
“Rancang nak sambut birthday Aliff di sana (Makkah) pada 16 Februari nanti. Ini merupakan umrah pertama Aliff, begitu juga saya,” katanya menerusi satu temu bual sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI