Ads

“Kita Kena Raikan Perkembangan Teknologi, Namun…,” – Pengunaan AI Dalam Karya Muzik, Ini Pendapat Siti Nurhaliza

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pandangannya mengenai penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan sesebuah karya muzik.

Menurut Siti, perkembangan teknologi sememangnya perlu diraikan, namun penggunaannya tidak seharusnya menggantikan kreativiti manusia sepenuhnya.

Sebaliknya, AI perlu dilihat sebagai satu alternatif yang boleh membantu penghasilan karya agar mesej dan jiwanya terus sampai kepada pendengar.

“Kita Kena Raikan Perkembangan Teknologi, Namun…,” – Pengunaan AI Dalam Karya Muzik, Ini Pendapat Siti Nurhaliza

“Kita kena raikan perkembangan teknologi namun, bukanlah digunakan secara sepenuhnya. AI ini hanyalah sebagai alat sahaja.

“Saya tidaklah sampai menolak. Ini adalah kemajuan teknologi. Kita kena tahu bilakah waktu yang bersesuaian untuk gunakan kemudahan ini,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Anta Permana itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran lagu penyanyi remaja, Odda berjudul Gelanggang Rasa, baru-baru ini.

AI Bukan Pengganti Kreativiti

Dalam pada itu, Siti berpandangan kebergantungan secara berlebihan terhadap teknologi AI hanya akan membataskan kreativiti dan mengurangkan keupayaan seseorang untuk berfikir secara inovatif.

“Kita Kena Raikan Perkembangan Teknologi, Namun…,” – Pengunaan AI Dalam Karya Muzik, Ini Pendapat Siti Nurhaliza

“Jika guna sebagai alat sahaja, itu tak mengapa. Selebihnya kita kena gunakan kreativiti kita sebagai insan yang kreatif dan inovatif.

Ads

“Barulah minda kita akan berkembang. Kalau kita mengharapkan semuanya kepada AI, kita akan jadi lebih malas.

“Selebihnya kita kena kerja dengan kehebatan diri kita sendiri,” ujarnya lagi.

“Kita Kena Raikan Perkembangan Teknologi, Namun…,” – Pengunaan AI Dalam Karya Muzik, Ini Pendapat Siti Nurhaliza

Terdahulu, isu penggunaan AI dalam penghasilan karya kreatif termasuk lagu menjadi antara topik hangat yang diperdebatkan dalam kalangan penggiat muzik tanah air.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bakal Mulakan Latihan Intensif Ogos Ini

Dalam perkembangan lain, Siti memaklumkan dia bakal memulakan latihan intensif bermula Ogos ini sebagai persiapan menjelang Konsert Gema Bumantara yang dijadual berlangsung pada 17 Oktober depan.

Konsert berskala mega itu bertempat di TM Stadium Nasional Bukit Jalil dan tiket masih rancak dijual.

Selain meraikan peminat, konsert berkenaan bertujuan mengangkat semula keindahan muzik tradisional agar terus kekal relevan dan dihargai merentas generasi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Fattah Amin Respon Dakwaan Tak Bayar Yuran Fatima, Persoal Kebocoran Maklumat...

Pelakon Fattah Amin tampil meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menjadi mangsa fitnah daripada sebuah akaun di platform Threads.
error: Hello. Cannot.