Ads

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

Juri tetap program Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2), Datuk AC Mizal menegaskan pemilihan Anggrek dan Adira Suhaimi sebagai juara Grand Finale TTMM2 dibuat berdasarkan kualiti persembahan yang dipamerkan di atas pentas.

Menurut AC, setiap juri termasuk juri jemputan mempunyai pandangan dan pendekatan penilaian yang berbeza.

Namun, mereka tetap berpegang kepada format utama pertandingan yang lebih mengutamakan aspek persembahan berbanding vokal semata-mata.

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

“Pada malam ini, kita ada empat juri yang berbeza pendapat. Namun, kita kena ingat juga, walau berbeza pendapat, kita tetap kena faham format program itu sendiri.

“Segalanya bergantung kepada persembahan manakala aspek vokal pula adalah bonus. Bagaimana kami menilai persembahan, segalanya melalui apa yang ditunjukkan ketika di atas pentas,” katanya kepada MH.

Anggota kumpulan 4U2C itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat program Grand Finale TTMM2 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Persediaan Anggrek Jadi Faktor Kelebihan

Mengulas lanjut, AC juga menyifatkan semua finalis telah memberikan persembahan terbaik mereka. Namun, Anggrek dan Adira memiliki kelebihan tersendiri terutama dari aspek persediaan yang dilakukan secara teliti dan menyeluruh.

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

Ads

“Persembahan Cik B memang bagus. Berbeza pula dengan Anggrek, persembahannya memerlukan persediaan yang tertib dari segi koreografi, ‘blocking’ dan pencahayaan.

“Apa yang buatkan persembahan Anggrek dahsyat, di mana lampu bergerak, di situ dia berada. Dari segi ‘hype’, Cik B memang punyai kelebihan.

“Kami juga agak keliru nak mementukan pemenang. Namun, dari segi persediaan, Anggrek lebih baik berbanding yang lain,” ujarnya lagi.

Terkilan Finalis Bervokal Hebat Tidak Menyerlah

Dalam pada itu, AC mengakui berasa sedikit terkilan apabila ada finalis yang memiliki kekuatan vokal yang besar namun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut untuk menghasilkan persembahan yang lebih berkesan di pentas akhir.

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

“Dari segi persembahan, kita juga nak tengok kemampuan pengurus mempamerkan kelebihan dan menjaga kekurangan artis mereka.

Ads

“Namun, saya agak terkilan apabila peserta yang mempunyai vokal yang kuat, tidak mempamerkan persembahan yang hebat untuk menyaingi mereka yang tidak mempunyai vokal yang hebat.

“Mereka yang tidak mempunyai vokal yang kuat, telah membuat persembahan yang sangat baik,” kongsinya lagi.

Ditanya sama ada pemilihan lagu turut memberi kesan terhadap penjurian, AC tidak menafikan perkara tersebut.

Bagaimanapun, AC menegaskan ia bergantung kepada strategi yang dirancang oleh artis dan pengurus masing-masing.

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

“Saya setuju hal itu. Program ini adalah tentang persembahan. Bila ada peserta yang salah memilih lagu, seperti contoh, terlalu banyak lagu balada, agak sukar untuk mereka melakukan persembahan.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Memang mereka tunjukkan kelebihan vokal, tapi, nak tunjukkan aspek persembahan, ia menjadi sukar.

“Berbeza bagi mereka yang mempersembahkan lagu rancak, mereka lebih mudah nak tunjukkan kelebihan persembahan.

“Namun, itu tidak bermakna pemilihan lagu balada tidak boleh memberikan impak kepada persembahan cuma ia tidak dimanfaatkan sebaik mungkin bila di atas pentas. Bila tiada elemen persembahan, agak sukar kita nak bagi markah,” akhirinya.

Terdahulu, barisan juri sebulat suara memilih Anggrek dan Adira sebagai juara Grand Finale TTMM2.

“Kita Ada Empat Juri Yang Berbeza Pendapat, Namun…,” – Sepakat Angkat Anggrek & Adira Juara TTMM2, AC Mizal Ulas Tentang Penjurian

Kemenangan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM50,000 serta kontrak rakaman single baharu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Anggrek, Adira Suhaimi Juara TTMM2, Kaut Wang Tunai RM40,000 & Kontrak...

Anggrek, Adira Suhaimi Juara TTMM2, Kaut Wang Tunai RM40,000 & Kontrak Pengurusan Bernilai RM50,000
error: Hello. Cannot.