Penyanyi baru Hashmitha muncul dengan single pertamanya yang berjudul Takkan Kembali.
Meski mendapat reaksi positif daripada pencinta muzik lokal sejak muzik videonya dilancarkan 15 Mac lalu, namun ada di antara peminat yang mulai ‘rasa seram’ apabila dakwa mereka, terdengar seperti ada suara misteri di dalam video muzik berkenaan.
Menerusi pemerhatian komen yang ditinggalkan di YouTube, netizen mendakwa suara tersebut boleh didengari dengan jelas pada minit ke 2:10 menerusi muzik video yang berdurasi lebih enam minit itu.
Ads
Malah ada yang bertanya adakah dia seorang yang perasan dengan kehadiran suara berkenaan.
“Kenapa ada suara berbisik, korang tak perasan ke atau aku seorang yang perasan? Seram beb…,” tulis salah seorang pendengar di samping komen-komen lain.
Ads
Bagaimanapun, syarikat rakaman bintang remaja itu, Datu Entertainment tampil memberikan reaksi menerusi ruangan komen sama, minggu lalu.
“Ini merupakan kisah nyata dari salah seorang rakan kami, apabila dia terkorban saat membawa baju pengantin naik motor.
Ads
“Semoga arwah tenang disana..teruskan menyokong DATU Entertainment dengan mengkongsikan video ini, komen, like dan subscribe channel ini..terima kasih,” tulis admin Datu Entertaiment.
Sehingga kini, muzik video tersebut sudah pun ditonton hampir 150,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Jubah Rasulullah SAW digandingkan bersama satu peringatan buat netizen seluruhnya, Erra Fazira berkongsi satu nasihat bermanfaat untuk diikuti sebelum menutup mata.
Perkongsian yang dibuat bintang itu menerusi Instagram, awal hari ini.
Berikut merupakan apa yang dikongsikan, yang di post kembali menerusi akaun @pencinta_rasululloh.
Acapkali didengar, namun Baginda SAW bersabda “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat.”
“Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau tidur. Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’. Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran. .
“Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’. Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat. Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.
“Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.”
“Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’ Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.”
“Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.
“Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.
“Ke empat, Umrah dan Haji yang ku maksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’. – #regrann.”
Datuk Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin yang lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni tempatan mengakui restu ibunya merupakan inspirasi paling besar buat diri.
“Restu ibu yang buat saya melangkah dalam industri dan kini lebih tiga dekad dalam seni. Mula-mula datang ke Kuala Lumpur, saya masih ingat lagi duit yang ibu saya berikan RM20 masa nak naik bas.
“Dia pun ntah ada duit atau tidak masa tu. Saya tahu masa tu ibu saya susah. Sangat susah masa tu, tapi dia layankan kehendak anaknya. Tak ada duit sangat, tapi dia berkorban.
“Masa tu saya simpan dalam hati, kalau aku berjaya suatu hari nanti, saya akan menjaga segalanya buat ahli keluarga,” katanya seperti yang dipetik menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Pada masa sama, Hattan turut memberi pesan buat artis angkat baru agar jangan hanya mengejar populariti, tetapi perlu simpan tekad.
“Kita jangan sekadar kejar glamor, populariti. Kena simpan tekad demi sesuatu. Saya yakin ada artis hari ini ada yang datang dari kampung untuk bantu keluarga.
“Tapi ada juga yang lupa daratan. Benda tu, jangan. Kalau sekali Tuhan jentik, habis…tak ke mana kita. Motivasi hidup saya ialah keluarga, keluarga dan keluarga,” kongsinya.
Foto: Instagram Arianie, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan tidak menyangka dirinya bakal dinobatkan sebagai juara program realiti, Kilauan Emas Selebriti (KES) pada usia 72 tahun.