Sebak mendengar perkongsian penyanyi senior, Noraniza Idris mengenai kisahnya ketika berusia sekitar tujuh tahun.
Lebih tiga dekad bergelumang dalam seni, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Hati Kama dan Dikir Puteri ini berkongsi rasa perihal kisah nyanyian dan sisi peribadinya menerusi program Di Balik Idola, baru-baru ini.
Bercerita mengenai zaman kanak-kanak, Noraniza mengakui dia bukanlah dibesarkan di dalam keluarga yang senang.
Dibesarkan dalam keluarga yang besar dan adik-beradik yang ramai, Noraniza mengakui pernah berhadapan dengan waktu sukar dan pernah mengalas perut hanya berbekalkan nasi dan air garam.
Dek kehidupannya itu, Noraniza seperti yang dipetik turut memberitahu, dia juga terpaksa tinggal bersama atuk, seorang tukang andam dan bidan yang jauh lebih senang berbanding keluarga sendiri.
“Kenapa saya sangat menghargai mak dan abah, lalu perturunkan kepada anak-anak dan anak-anak didik, kenang jasa mak dan abah. Memang arwah mak dan abah keluarga yang susah, kais pagi makan pagi.
“Sampai suatu ketika saya dengan mak saya ada komunikasi dengan atuk sebab abah tak mampu nak beli kasut sekolah. Sampai mak saya kata pada atuk, jagalah. Kami tak mampu nak tampung.
“Atuk pun cakap kemas barang ikut atuk kat rumah, boleh makan ayam hari-hari. Jaga dan tolong atuk masak, atyuk bagi RM10 sebulan. Saya sukalah dengar. Rupanya saya tak dapat jumpa emak. Ketika itu saya berusia 7 tahun, saya tanya pada atuk…,” katanya dalam nada sebak.
Selepas ditanya, atuk memberitahu ibu bapanya sedang sibuk mencari nafkah.
“Atuk kata mak abah kau kerja. Tak apa, atuk boleh bagi macam-macam, tia-tiap minggu bila atuk pergi majlis kahwin bawa Nasi Minyak yang kami adik beradik suka. Tapi masa saya makan, saya rasa kosong. Adik beradik mak ayah tak ada.
“Kalau mak abah datang, saya peluk mereka. Sampai saya dengar atuk cakap kau jangan datang, nanti Ani nak ikut baik. Hingga abah jumpa saya curi-curi jumpa di sekolah dan bagi duit,” kongsi Noraniza yang menyatakan bapanya bukanlah seorang yang memberi ekspresi kasih sayang secara terang-terangan.
“Sebab itulah saya selalu pesan, ingat salam mak…Cium tangan habis-habis. Ini adalah restu. Bila restu ibu bapa kepada kita, aura positif masuk dalam jiwa kita sebagai anak dan itulah rahsia kejayaan kita sampai bila-bila,” katanya.
Foto: Instagram Noraniza Idris, Sumber: YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
Video yang dikongsikan laman Instagram Istana Negara itu menyaksikan Seri Paduka Baginda menunjukkan isyarat bagus dalam menzahirkan rasa berpuas hati atas kerjasama yang diberikan rakyat Malaysia dalam mematuhi arahan pihak kerajaan.
“16 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan meninjau keadaan lalu-lintas pada sebelah malam semasa fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Kuala Lumpur.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan fasa 3 PKP dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah bagi membendung wabak Covid-19.
“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa 3 yang dilaksanakan pihak kerajaan.
“Seri Paduka Baginda berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dgn segera,” kongsi Istana Negara.
Terdahulu, Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.
Fasa ketiga PKP bermula dari 15 hingga 28 April ini.
Foto : Instagram Istana Negara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Susulan perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan media tempatan, pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menerusi laman Instagram memuat naik sebuah posting di laman Instagram miliknya.
Tulis pengarah itu, Malaysia kini sudah tiada Perdana Menteri dan kerajaan.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan baru menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.
Peletakan jawatan ini dipercayai berkaitan dengan pergolakan politik yang berlaku sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengesahkan surat peletakan jawatan itu telah diserahkan pada 1 tengahari, hari ini.
Sebentar tadi, Parti Bersatu telah mengumumkan keluar Pakatan Harapan menerusi satu kenyataan oleh Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Foto : Instagram Afdlin Shauki & Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pelawak Ajak Shiro, ada memaklumkan isterinya, Afifah Amin yang tidak dapat menyembunyikan rasa sayu apabila mendapat khabar mengenai kematian salah seorang anak muridnya.
Menyifatkan Allahyarham Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith sebagai murid yang baik, Ajak menerusi posting di Instagram turut menambah, isterinya baru sahaja bertemu arwah pada sebelah pagi sebelum menerima berita kematian pada hari yang sama pada petangnya.
“Pagi semalam baru dia jumpa anak murid dia. Sebelah petang dapat khabar anak murid dia meninggal kemalangan.
“Dari semalam dia sedih. Sampai berbual dengan saya pun dia tersebut nama Arwah Kimi.
“Katanya Arwah seorang yang baik, murah senyuman, xpernah melawan guru. Itu yang buatkan Cikgu2 dia sedih bila dia pergi.
“Semoga ditempatkan bersama insan yang beriman. Al Fatihah Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith,” tulis Ajak.
Sementara itu, isterinya turut memuat naik foto hitam putih arwah bersama kapsyen yang cukup menjentik hati.
“Al-Fatihah buat anak muridku, Muhammad Shahrul Hakimi Mohd Harith.
“Tenanglah dikau di sana. Baik tingkahlakunya. Tak pernah berkasar suara. Bila diusik senyum ke telinga.
“Semoga dipermudahkan dikau ke syurga. Ini gambar pagi sebelum kemalangan petangnya.
“Nanti tarik cikgu ke syurga yer nak,” titip Afifah.
Sementara itu pada ruangan komen, rata-rata pengikut Ajak dan isterinya turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga arwah seisi keluarga.
Foto: Instagram Ajak, Afifah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI