Terbaru, penyanyi Kaka Azraf telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Ketika ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bukan Hal Aku itu telah berada di bandar New York bagi sebuah projek istimewa bersama satu jenama antarabangsa.
Dalam pada itu, Kaka telah berkongsi gambar ketika dia menaiki helikopter di sekitar bandar tersebut.
Ads
“first time in NY, and its been super amazing! Heli ride was a little scary for me, but was totally worth it . Thank you @kiehls for this awesome experience! @mykiehls #WorldOfKiehls #mykiehls #kiehls”tulisnya.
Pelakon Faye Kusairi merakamkan rasa lega dan bersyukur apabila ahli keluarganya iaitu adik dan saudaranya dilaporkan selamat daripada menjadi salah sorang mangsa insiden letupan petrokimia di Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.
Maklumnya menerusi Instagram beberapa jam lalu, mereka tidak berada di sekitar ketika kejadian.
“Alhamdulillah adik dan saudara saya selamat. Mereka tidak berada di site. Syukur alhamdulillah. Saya harap ahli keluarga kenalan yg lain yg bekerja di Pengerang Johor turut selamat. This is shocking to hear.
“Teringat dulu peristiwa SMDS Bintulu. My dad was working that night at BCOT just next to the plant. Plus my dad’s responsibility was to get everyone safe, so agak lambat dapat tahu keadaan dia. Tapi alhamdulillah.. dia selamat,” tulisnya.
Sementara itu, Faye turut mendoakan kesejahteraan buat ahli keluarga mangsa yang turut terlibat di dalam kejadian berkenaan.
“Agak traumatic bila keadaan macam ni berlaku. Buat keluarga lain yg ada anak atau suami atau saudara atau mana2 pihak yg bekerja disana.
“Saya doakan keselamatan masing2. Semoga Allah lindungi mereka yg mencari rezeki disana,” tulis Faye.
Baru-baru ini, MH berkesempatan bertemu Forteen untuk bertanyakan mengenai perkembangan terkini mengenai kumpulan yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu itu.
Kongsi kumpulan yang dianggotai oleh One, Ameerais Azhar dan Ariz Lufiaz berkata mereka tidak merancang untuk menambah ahli kumpulan mereka.
“Ini merupakan sesuatu yang baru juga buat kami. Walau macam mana pun saya rasa semua dah tahu kita dah move on, dah berbaik semula. Tapi macam mana pun, Forteen harus diteruskan juga walaupun kami bertiga.”
“Buat masa sekarang ni memang kita orang rasa dah terbiasa bertiga hampir 8 tahun jadi kita orang memang tak ada nak tambah ahli ke atau apa.”
“Tapi mungkin akan ada featuring dengan artis-artis lain in future,”kongsi Forteen.
Dalam perkembangan lain, Fourteen kini telah melancarkan lagu single terbaru berjudul Diam Saja pada bulan lalu. Menurut Fourteen, lagu single terbaru ini merupakan buah tangan buat peminat Fourteen setelah hampir 2 tahun kumpulan ini menyepi.
Penerbit dan pengarah drama, Sheila Rusly mengakui sudah pun menerima dan memaafkan Janna Nick atas perselisihan faham yang berlaku yang turut melibatkan keluarga pengarah berkenaan.
Malah Janna juga sebelum ini pernah membuat kenyataan maaf secara terbuka di sebuah majlis lalu disambut positif Sheila.
Lalu pertemuan MH bersamanya pada majlis pertunjukan fesyen Ariana Floraya 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre pada Khamis merungkaikan perkembangan hubungan di antara keduanya.
“Dia pun sudah tahu apa salah dia dan sudah pun menyesal atas perbuatannya. Dia sudah pun teks saya untuk meminta maaf. Saya terima maaf dia dan sebagai manusia kita harus memaafkan mereka yang seikhlas hati meminta maaf.
“Tetapi buat masa ni saya masih lagi boleh hadam perbuatan dia pada saya dan keluarga. Saya sayang dia sebenarnya tapi, terlalu peribadi untuk saya kongsi.
“Saya memang sayang dia. Kalau saya tak sayang dia, dia tak kan berada di mana dia berada sekarang,” jelas Sheila.
Ditanya apakah isu peribadi berkenaan sehingga menyebabkan hatinya benar-benar terguris, Sheila dalam nada sebak tidak mahu memberikan kenyataan terperinci.
Sebaliknya akan terus mendoakan kejayaan anak didiknya itu.
“Tak mahu ingat saya menangis sebab orang ingat saya berlakon. Tidak mengapa, biarlah. Dia sudah selesa di tempat dia. Saya rasa kepak dia pun dah kembang dengan luasnya untuk dia terbang jauh.
“Saya, suami dan anak-anak sentiasa mendoakan kejayaan dia. Saya masih boleh belum hadam apa yang dia buat pada saya dan keluarga tapi saya sudah maafkan dia,” kongsinya lagi.
Apabila diajukan persoalan adakah hubungan yang sedia terjalin akan kembali rapat seperti dulu, Sheila ada jawapannya sendiri dan ini pesannya kepada Janna Nick;
“Susah untuk saya hadam apa yang dia buat, itu sahaja yang saya boleh cakap. Saya bahasakan diri saya Mama dengan dia. Mama dan maafkan Janna, tidak mengapalah manusia memang akan melakukan kesilapan.
“Kadang kala kita akan berada di satu fasa di mana kita lupa di mana kita bermula. Namun tidak kenapa kerana awak masih lagi muda dan perjalanan kerjaya jauh lagi. Apa yang sudah awak lakukan pada saya dan keluarga ambil iktibar.
“Jadilah seorang artis yang membanggakan peminat dan fokus dalam apa yang awak nak buat dan sentiasa ikhlas dan jujur terhadap apa yang dia lakukan, itu sahaja. Saya sentiasa akan mendoakan kejayaan dia,” katanya yang turut ‘simpan komen’ apabila ditanya sama ada masih sayangkan Janna Nick atau sebaliknya.
Terdahulu, perselisihan faham melibatkan mereka kian diperkatakan apabila Sheila berhenti mengikuti Instagram Janna beberapa bulan lalu.
Malah ada yang membayangkan hubungan dingin itu semata-mata bagi menaikkan rating drama terbaharu terbitan syarikatnya, JS Pictures Sdn Bhd, Leftenan Zana.
Namun Sheila menjelaskan apa yang berlakutiada langsung kaitan dengan drama tersebut itu yang turut menampilkan Janna sebagai watak utama. Sebaliknya, apa yang terjadi adalah sesuatu terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka kerana ia adalah melibatkan hal keluarga.
Ini dia penjelasan secara penuh Sheila Rusly mengenai perkembangan hubungannya sama Janna Nick
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.