Penyampai radio dan hos, Aishah Sinclair turut tumpang gembira selepas kakak iparnya yang juga penyanyi popular, Bunga Citra Lestari akhirnya bertemu seorang suami yang mampu mencintai dan menjaganya dengan baik.

Menurut Aishah yang juga merupakan adik kepada Allahyaham Ashraf Sinclair, dia terharu kerana suami Bunga boleh menerima kehadiran keluarganya yang sudah pun menjadi sebahagian daripada kehidupan Bunga selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer)

“Doa saya untuk kakak kesayangan saya adalah bahawa satu hari nanti, dia akan menemukan cinta dan kebahagiaannya kembali.

“Saya sentiasa berdoa agar dia bukan sahaja menemui pasangan yang menjadi peneman dan penyokong kepada Bunga, bapa yang mengambil berat tentang Noah tetapi juga boleh menerima kami sebagai sebahagian daripada kehidupan Bunga.

“Dan Tiko adalah orangnya,” tulisnya.

Luahan itu dikongsikan oleh penyampai radio Mix FM itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Ketika Pertama Kali Bertemu, Dia…,” – Boleh Terima Keluarga Sinclair, Indah Nukilan Aishah Buat BCL & Tiko “Ketika Pertama Kali Bertemu, Dia…,” – Boleh Terima Keluarga Sinclair, Indah Nukilan Aishah Buat BCL & Tiko

IKLAN

Malah, Aishah turut menyifatkan Tiko sebagai seorang lelaki yang budiman dan mampu mengisi kekosongan di hati Bunga dan anaknya, Noah selepas pemergian Ashraf Sinclair.

“Ketika pertama kali kita bertemu, dia sudah pun menunjukkan bahawa dia sememangnya seorang yang hebat. Saya sangat gembira dengan kehadiran Tiko di dalam keluarga kami.

“Terima kasih kerana bukan sahaja menyayangi Bunga dan Noah seutuhnya tapi juga menyayangi kami seluruh keluarga Sinclair juga,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga pertalian kekeluargaan itu berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Patutlah arwah Ashraf mempunyai akhlak yang baik dan dipuji. Semuanya dari didikan ibu dan ayah yang baik. Kelurga Sinclair sememangnya punyai jiwa yang sangat besar.

IKLAN

“Secara peribadi, keluarga Sinclair memang luar biasa. Bahagianya BCL kerana mempunyai mentua dan adik ipar yang begitu mencintai dan menyayanginya dengan tulus.

“MasyaAllah. Punyai keluarga mentua seperti keluarga Sinclair, betapa bahagianya BCL.

“Luar biasa keluarga Asyrah ini. Semoga mereka selalu dalam lindungan Allah SWT,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Terdahulu, Bunga dan suaminya, Tiko Aryawardhana telah selamat melangsungkan majlis pernikahan di sebuah villa mewah di Bali pada Sabtu.

IKLAN

“Ketika Pertama Kali Bertemu, Dia…,” – Boleh Terima Keluarga Sinclair, Indah Nukilan Aishah Buat BCL & Tiko “Ketika Pertama Kali Bertemu, Dia…,” – Boleh Terima Keluarga Sinclair, Indah Nukilan Aishah Buat BCL & Tiko

Turut dilihat berada di majlis berkenaan termasuklah kedua ibu bapa Allahyarham Asyraf, Aishah, Adam Sinclair dan Yuna.

Sekadar informasi, Bunga dan Allahyarham Asyraf telah mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, Allahyarham Asyraf telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aishah Sinclair

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI