Penyanyi duo, AishaHanim menafikan mereka menaja pelakon kehidupan pelakon kontroversi, Iqram Dinzly.

Sebaliknya, penyanyi yang juga pasangan kembar, Syazara Aisha dan Hanim Fariza Abu Bakar, 36, itu menyifatkan hubungan mereka tidak ubah seperti adik-beradik memadangkan mereka sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.

Meski rasa ‘pelik’ dengan karektor Iqram, namun keduanya positif dan menganggap pelakon itu mempunyai alasan tersendiri, terutamanya mengenai tindak-tanduk Iqram  di media sosial.

“Sejujurnya, tidak timbul pun istilah kami taja atau spedo Iqram sebagaimana yang disangka. Iqram telah kami anggap sebagai adik sendiri. Kami kenali dia lebih dua tahun lalu.

“Memandangkan kami sedang dengan dia, jadi kami menawarkan Iqram untuk menjadi model jubah jersi keluaran kami.

IKLAN

“Dia juga rajin mempromosikan pakaian tersebut dan kerjasama yang terjalin begitu positif,” ujar Aisha.

Sementara itu Hanim turut menambah, mereka juga sebolehnya mahu melihat rakan baiknya itu hidup dalam keadaan yang lebih baik dan tidak mahu melihat Iqram terus larut dibuai kontroversi sebagaimana sebelumnya.

“Kami bagi dorongan kepada Iqram. Ibunya juga ada menyuruh kami memberikan nasihat kepadanya. Sebenarnya, kami juga seperti orang lain.

“Pada awalnya, kami turut pelik kenapa Iqram berkelakuan sedemikian di platform media sosial? Tetapi, bila berjumpa dengannya, dia sama seperti orang lain.

“Apa pun, pasti Iqram mempunyai alasan tersendiri mengapa dia membawa perwatakan sebegitu di laman sosial. Apa yang penting, kami mengenali hati budinya.

“Kalau orang luar mahu bercakap itu dan ini, ia terpulang,” kata Hanim yang turut menjelaskan, mereka juga sebelum ini terlebih dulu mengenali arwah kakak Iqram.

IKLAN

“Kami Pelik Kenapa Dia Berkelakuan Begitu, Tetapi Bila Jumpa…,” – Duo Kembar AishaHanim ‘Konfius’ Dengan Iqram Dinzly? Tak Pernah Taja Hidup Dia Pun!“Kami Pelik Kenapa Dia Berkelakuan Begitu, Tetapi Bila Jumpa…,” – Duo Kembar AishaHanim ‘Konfius’ Dengan Iqram Dinzly? Tak Pernah Taja Hidup Dia Pun!Dalam perkembangan lain, AishaHanim pernah muncul dengan beberapa buah single dan terbaru, mereka muncul dengan single berjudul Angkara.

Dirakam sebelum Ramadan lalu, Angkara turut diangkat menjadi lagu tema drama bersiri Bukan Gadis Biasa lakonan Ayda Jebat bersama Remy Ishak yang bersiaran di TV3.

Menerima maklum balas yang baik dari pencinta muzik, single berkenaan juga respon kini turut memasuki Carta ERA 40 dan muzik videonya juga sudah pun ditonton lebih 60,000 di YouTube.

IKLAN

Sementara itu, Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iq Dinzly menganggap pasangan kembar itu mempunyai personaliti yang baik dan tidak pernah menghakimi sesiapa.

“Bagi saya, mereka seperti bidadari yang hadir dalam hidup. Mereka mempunyai hati yang baik.

“Misalnya bila orang lain pandang saya pelik, mereka pula hadir membantu,” katanya yang masih menyimpan minat untuk kembali berlakon andai ada tawaran sesuai.

Pada masa sama, Iqram turut berhasrat membuka saluran YouTube sendiri, tidak lama lagi.

https://www.instagram.com/p/CCqid3nshHq/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI