Pengacara tersohor, Datuk Aznil Hj. Nawawi ada berkongsi kisah sebalik baju Personal Protective Equipment (PPE) yang dipakainya sewaktu mempromosikan single terbaru berjudul APO! di program Muzik-Muzik pada Isnin.
Menurut Datuk Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia berbuat demikian kerana teringat akan pesan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyeru rakyat Malaysia agar terus mematuhi prosedur operasi standard yang telah ditetapkan bagi melawan penularan wabak COVID-19.
“Mulanya #paknil ada plan untuk pakai baju Emporio Armani untuk Muzik-Muzik malam ni.
“Tapi selepas pengumuman PM pasal kelonggaran kita menjaga SOP sbb kita masih dlm PKP, #paknil tukar plan dan pakai PPE ke set & buat persembahan #ApoPaknil.
Ads
“Terima kasih penerbit yang izinkan Paknil buat demikian. Paknil turut edarkan face masks dan face shields untuk team dan krew produksi,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Pak Nil menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Foto tersebut memaparkan Pak Nil lengkap mengenakan pakaian PPE selain turut mengenakan face shield.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan pengacara tersebut selain turut berharap agar semua pihak dapat mencontohi sikap Pak Nil itu.
Bagi memberikan kelainan, Siti Nordiana yang bakal muncul dengan single terkini berjudul Angkara ada memberikan buah tangan yang cukup istimewa buat para peminatnya.
Sebelum melancarkan single hasil ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya dan dirinya sendiri itu, bintang yang sinonim disapa Nana terlebih dahulu menghadiahkan peminat dengan video muzik (MV) Angkara yang dipersembahkan dalam bentuk drama pendek.
Drama pendek hasil sentuhan Khairul Hazwan itu mengandungi empat episod yang mana pada episod akhir segala persoalan bakal terjawab.
Menariknya, episod keempat itu juga adalah MV penuh Angkara.
Episod pengenalan sudah pun ditayangkan 3 Julai lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menurutnya, idea tersebut timbul selepas melihat anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie, 12, yang suka menonton filem pendek di YouTube.
“Saya terfikir saya tak pernah buat macam ini, selalunya ‘countdown’ saja dan terus keluar video muzik penuh. Bagi saya ia sudah biasa. Jadi, kali ini saya nak bagi ‘extra’ dan drama sikit pada peminat.
“Dalam video muzik ini peminat kena menonton drama pendek dulu baru boleh tahu video penuh.
“Saya mendapat idea ini sebab anak suka menonton drama dan filem pendek di YouTube. Dari situ saya cuba untuk gunakan konsep sama dalam video muzik kali ini,” katanya.
Nana yang juga pelakon Dia Semanis Honey berkata, idea jalan cerita yang dipaparkan adalah inspirasi daripada kisah masalah rumah tangga yang banyak dipaparkan dalam drama atau filem.
“Pada mulanya saya memberi idea jalan cerita kepada pihak produksi. Mereka suka dan kami terus melakukan perbincangan untuk menambah baik lagi. Dengan bantuan pengarah, syarikat 1711 Music dan syarikat saya sendiri, maka terhasillah video muzik ini.
“Disebabkan banyak pihak terbabit, jadi saya perlu mendapatkan pandangan mereka juga. Baharulah orang kata ada variasi,” katanya.
Teristimewa buat peminat Nana juga, MV Angkara ini turut menampilkan pelakon popular, Fikry Ibrahim.
“Pengarah kalau boleh nak muka ‘bad boy’ dan ala-ala ‘playgirl’. Kebetulan saya dan Fikry pun baik. Dia kawan yang sangat mudah nak bekerjasama. Berurusan dengan dia pun senang dan tak banyak kerenah.
“Pendek kata, dia sangat memudahkan kerja. Walaupun ada yang cakap kenapa Fikry lagi, sebab dalam video muzik Hatiku Milikmu turut menggunakan Fikry. Tapi, disebabkan seronok bekerjasama dengan Fikry, jadi kenapa tidak kami bekerjasama semula.
“Dia pelakon yang sangat memberi. Kalau tengok drama pendek ini macam-macam rasa ada,” katanya.
Seterusnya, episod kedua bakal ditayangkan pada 8 Julai dan ketiga pada 13 Julai ini, jam 9 malam di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Sementara itu, video muzik penuh bakal dilancarkan secara rasmi pada 17 Julai. Serentak dengan itu, dilancarkan juga lagu Angkara.
Beberapa foto berkenaan Angkara turut dimuat naik Nana di Instagram miliknya.
Pelakon antarabangsa, Kelly Preston dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad akibat penyakit kanser payudara.
Berita sedih dimaklumkan suaminya yang juga merupakan seorang pelakon, John Travolta menerusi laman media sosial Instagram.
Selain itu, John turut memberitahu isterinya menderita sejak beberapa tahun lalu.
“Berat hati untuk memaklumkan kepada semua bahawa isteri saya, Kelly telah pergi (meninggal dunia) selepas berjuang dua tahun dengan kanser payudara.
“Dia telah berjuang dengan penuh berani melawan penyakit ini bersama kasih sayang dan sokongan ramai.
“Kelly akan terus dicintai dan diingati selalu. Saya akan mengambil beberapa tempoh untuk bersama dengan anak-anak yang kehilangan ibu mereka.
“Atas sebab itu, saya minta maaf sekiranya tidak mendengar khabar mengenai kami buat seketika, tetapi saya dapat rasai kasih sayang daripada anda semua,” tulisnya.
Instafamous yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ada membuat satu permintaan terhadap ibunya itu.
Menerusi satu perbualan Whatsapp yang dikongsikan di laman Twitter, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen meminta ibunya itu untuk memberikansebuah kenderaan ‘Sport Utility Vehicles’ (SUV) keluaran Mercedes.
Perkara tersebut nyata disambut baik oleh ibunya itu tetapi dengan satu syarat.
“Cik B, nak kereta ni? Tahu kereta pa?
“Model apa nama? Mama beli untuk Cik B nak?
“Asal Cik B kurus & putih ye,” kata DSV.
Lalu, perkara tersebut dimuat naik oleh Cik B di laman Twitter untuk bertanya pendapat netizen bagaimana cara terbaik baginya untuk menguruskan badan
Sticker tu bukan mama ambil gambar saja2 tu mama tengah buat video pastu garu kepala..
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan anak beranak tersebut selain turut mencadang beberapa cara yang boleh lalukan Cik B untuk menguruskan berat badannya itu.
Terdahulu, Cik B dikhabarkan bakal membuat kemunculan istimewa dalam muzik video terbaru penyanyi, Kucaimars yang berjudul Mudah Bagimu.
Sumber: Twitter Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Marc Syahmie akui dia berdepan pengalaman paling mendebarkan sepanjang bergelar anak seni apabila perlu menjalani penggambaran di dalam peti mayat sebenar untuk drama...