Entri Instagram penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mendedahkan wajah anak keduanya menarik perhatian ramai.
Malah, isteri kepada Aliff Aziz itu turut mengumumkan nama ‘baby girl’ yang baru dilahirkan, Ara Adreanna.
Bayi comel itu dilahirkan pada 18 Julai lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan situasi semasa dunia yang berlaku.
Sedondon mengenakan baju rona hijau cair yang turut dirakam bersama anak pertamanya, Ayden Adrian, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju buat puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi terbabit.
“So precious and small. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna (mini me). Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah.
Ads
“P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot. Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, entri yang sudah mendapat tanda suka lebih 120,000 itu dibanjiri komen dari peminat dan rakan selebriti yang rata-ratanya memuji seri ibu serta anak yang baru saja lahir.
Ads
Malah, ada komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi dari Bella sendiri.
Pelakon, Nadzmi atau nama penuhnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi memaklumkan akan berjauhan dengan isterinya, Ardell Aryana serta anak mereka, Arwa Malaikha Urwa atas tuntutan kerja.
Bintang itu akan ‘meninggalkan’ anak isteri kira-kira 17 hari.
Selain itu, ini merupakan kali pertama pelakon berusia 28 tahun itu berjauhan dengan keluarga tersayang.
“Terima kasih umie @ardellaryana dan urwa @babyadhwardell hanta abi pergi kerja. Masih dalam pantang jaga diri baik baik ya sayang.
“First time berjauhan 17 Hari pulak tu Already miss you both so much,” tulisnya.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah pun meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Mohamad Ayden Adrean yang ketiga.
Bertemakan ‘Astronaut’, majlis berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi Aliff Aziz.
Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang itu turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat permata hatinya itu.
“STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee).
“P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz,” tulisnya.
Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan.
Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu.
Pelakon Nonny Nadirah,30, meluahkan rasa di Instagramnya apabila ada segelintir pihak yang mulai mengecam seolah-olah mahu menjatuhkan semangat dirinya ketika sedang menikmati saat bahagia.
Nonny yang lahir menerusi program realiti Akademi Fantasia, sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Niezam Zaidi, 28 tahun.
“Hadapi dgn tenang dan senyum tak perlu kata apa-apa. Dibentangkan karpet merah bagi mereka semua yang ingin mengecam, memfitnah dan menjatuhkan.
“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. beringatlah, kena sentiasa ingat.
“Fitnah dunia akhir zaman, benda yang tak ada boleh diada kan,” tulis Nonny.
Menurutnya, ada yang iri hati melihat dirinya gembira dan mula menyebarkan fitnah.
“Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu title nya bujang lepas tu kahwin, lepas tu cerai semata-mata untuk dapat title janda.
“Semua orang boleh jadi baik. Tapi saya tak nak yang baik je, saya nak yang bertanggungjawab.
“Kepada korang yang belum ada experience dalam hal rumahtangga baik senyap kumpul ilmu banyak-banyak macam mana nak kenal & sayang pasangan korang.
“Yang dah kawin mesti faham dengan apa yang saya maksudkan,” tulisnya panjang lebar.
Baginya, jodoh adalah urusan Yang Maha Esa dan dia menerima dengan hati terbuka.
“Tentang jodoh? Itu semua rahsia Allah. Ada jodoh Alhamdulillah, tak ada jodoh tetap Alhamdulillah. Sentiasa sangka baik dengan Allah dan juga sesama manusia.
“Aku dah puas merasa sakit jadi orang nak buat apapun aku dah tak ada rasa apa-apa. Jadi buatlah sesuka hati kamu, semoga Allah sentiasa melindungi kamu.
“Ajar diri simpan niat dalam hati menyayangi sesuatu atau seseorang itu demi kerana Allah nescaya kamu akan bahagia dunia dan akhirat. Percaya pada janji Allah,” tulis Nonny lagi.