Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah telah pun meraikan ulang tahun kelahiran anak pertamanya, Mohamad Ayden Adrean yang ketiga.

Bertemakan ‘Astronaut’, majlis berlangsung cukup meriah dengan para tetamu yang hadir meski tanpa bapanya di sisi, penyanyi Aliff Aziz.

Sambil menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar, bintang yang baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Tenang itu turut berterima kasih kepada kelab peminat Aliff Aziz atas tajaan kek dan hadiah buat permata hatinya itu.

“STILL CANT BELIEVE you’ve already turned 3. Alhamdulillah, Hope you enjoy the “astronaut-themed” birthday party mommy plan for you (sbb Ayden suka betul planet solar system, hari2 pasal planet jeee).

IKLAN

“P/s: Happy betul Ayden cuba kamu tengok gambarnya sampai habis. By the way, we miss you so much daddy! Thank you for the cake & present dyy. @iamaliffaziz,” tulisnya.

IKLAN

Serentak dengan itu, para peminat turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat Ayden selain mendoakan agar proses bersalin anak kedua Bella dipermudahkan.

Terdahulu menerusi platform sama, Bella turut mencoretkan dedikasi istimewa buat anaknya itu.

IKLAN

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan pasangan ini sedang menghitung hari menantikan kelahiran anak kedua.

Foto: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI