Pelakon Jepun, Anna Sawai telah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Bersiri Anugerah Golden Globe 2025 bagi peranannya sebagai Toda Mariko dalam drama bersiri Shogun.
Dia berjaya mengetepikan cabaran calon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Katy Bates (Matlock), Kiera Knightly (Black Doves), Kerri Russel (The Diplomat), Maya Erskine (Mr & Mrs Smith) dan Emma D’Arcy (House of Dragon).
Menjadikan momen ini lebih manis, pencalonan ini merupakan pencalonan pertama yang diterimanya dalam anugerah berprestij itu.
Menerima anugerah tersebut daripada Salma Hayek dan Colman Domingo, Anna menyampaikan ucapan yang cukup ringkas namun bermakna.
“Saya mempunyai begitu ramai orang untuk berterima kasih, tetapi saya akan pendekkan. Terima kasih kepada pengundi kerana mengundi saya, walaupun saya akan mengundi Kathy Bates pada bila-bila masa,” ucapnya.
Selain itu, pelakon berusia 32 tahun ini turut berterima kasih kepada penulis naskhah lakonannya yang baginya telah melakukan kerja yang cukup luar biasa.
“Terima kasih kepada penulis kami yang luar biasa. Tanpa skrip yang baik, adalah mustahil untuk memberikan persembahan dengan potensi kita sepenuhnya. Terima kasih, semua orang. Saya akan berterima kasih nanti,” ujarnya mengakhiri ucapan.
Kejayaan Anna memenangi anugerah dalam ketegori ini mengulangi kejayaan pelakon Jepun lain iaitu Yoko Shimada yang turut menang ketegori tersebut menerusi karakter yang sama pada 1981.
Imbas kembali, Shogun merupakan novel yang ditulis oleh James Clavell. Novelnya pertama kali diadaptasi ke kaca televisyen pada 1980 dan disiarkan di saluran NBC.
Kemudiannya, karya ini dihasilkan kembali pada 2024 dan disiarkan di saluran FX/Hulu di Amerika Syarikat dan menerusi saluran Disney + untuk pasaran Malaysia.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Mimi Ernida dan Reen Rahim ni kembar ke? Atau adik beradik?”
Demikian antara reaksi peminat yang terkeliru dengan penampilan dua pelakon cantik, Mimi Ernida dan Reen Rahim yang mirip di antara satu sama lain.
Sering menghadapi situasi sebegitu, dua aktres berkenaan sudah lali dengan ‘kekeliruan’ yang berlaku. Malah ada juga yang menganggap mereka berdua mempunyai pertalian kekeluargaan.
Malah perkongsian foto terbaharu Mimi dan Reen di laman sosial Instagram dan TikTok masing-masing beberapa hari lalu turut meraih perhatian.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah menerima hampir 17,000 tanda suka di Instagram selain turut ditonton lebih setengah juta kali menerusi TikTok.
“Ramai sangat yang keliru antara kami berdua. Kalau saya buat siaran langsung di TikTok dan mula memanggil nama saya dengan nama Reen Rahim.
“Begitu juga komen di video-video saya, orang komen nama Reen. Pernah juga di luar, peminat menegur saya dengan nama Reen dan mahu mengambil foto bersama saya,” kata Mimi.
Menjalinkan hubungan baik, dua bintang ini saling berkenalan sejak sembilan tahun lalu meski tidak pernah bergandingan dalam mana-mana karya seni bersama setakat ini.
“Kali pertama kami berjumpa 2016. Sampai sekarang kami baik. Walaupun jarang jumpa dan tidak pernah berlakon dalam satu naskhah yang sama, saya tahu Reen ialah kawan yang selalu ada untuk saya.
“Jika berjumpa tu, ada macam-macam cerita yang kami kongsikan,” kata Mimi sambil diakui Reen.
Jelas Reen, biarpun orang ramai sering tersilap, mereka berdua bagaimana pun tetap mempunyai sisi perbezaan yang ketara.
“Ramai peminat keliru antara saya dah Mimi. Tapi sebenarnya, kami berbeza. Mungkin ada beberapa bahagian wajah nampak seiras, tapi tona kulit Mimi lebih cerah berbanding saya.
“Mimi lebih manis, sedangkan saya pahit,” seloroh Reen sambil akui dia selesa berkawan dengan Mimi kerana boleh berkongsi pelbagai cerita.
Reen turut berkongsi keperibadian baik rakan artisnya itu.
“Sejak saling berkenalan, kami memang ngam. Kami tak selalu berjumpa tapi apabila kami bertemu, memang kami sering berkongsi perkembangan seperti teman baik.
“Kami bercerita hal kehidupan, kerjaya, bisnes dan banyak lagi. Saya boleh katakan Mimi memang kawan yang baik,” katanya lagi.
Mimi dan Reen juga kini sedang merancang kolaborasi istimewa kempen She Rise yang menggabungkan mereka berdua.
Kempen yang bakal dilancarkan pada 31 Januari ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada wanita kepentingan menjaga kesihatan dalam dan luaran, selain peluang menjana pendapatan.
Kempen She Rise bakal menggabungkan jenama CYoung Glowing, produk kecantikan pelbagai manfaat oleh Mimi dan Qu’ Yus Premium Coffee, produk organik untuk membantu mengawal selera makan yang diusahakan oleh Reen.
“Insya-Allah, kami bakal muncul dengan kolaborasi istimewa yang bermatlamat untuk menzahirkan versi terbaik diri secara dalaman dan luaran.
“Memandangkan kami berdua kini sedang berjinak dalam bidang bisnes, kami mahu membantu wanita di luar sana menjana pendapatan.
“Kami mungkin dua individu berbeza, tapi hasrat dan misi kami sama. Mahu membantu ramai orang di luar sana, terutamanya wanita. Nantikan pengumuman istimewa kami di platform media sosial masing-masing Insya-Allah,” akhiri Mimi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan Senario, Wahid atau nama sebenarnya, Abdul Wahid Mohamad, 50, tidak mengetahui lebih lanjut mengenai keberadaan salah seorang aggotanya, Yasin Yahya yang dilihat tidak muncul bersama ahli kumpulan yang lain, kebelakangan ini.
Wahid menjelaskan, kebiasaannya mereka sesama ahli kumpulan hanya berhubung apabila mempunyai hal berkaitan dengan kerja.
Selebihnya, mereka akan melakukan hal masing-masing.
“Maaf, tak boleh cakap begitu (tuduhan mengenai Yassin) sebab kami sendiri pun tak cakap begitu. Saya sendiri pun tak tahu apa-apa. Takut nak cakap benda yang bukan-bukan sebab kita sendiri tak tahu apa cerita sebenar.
“Saya pula menetap di Ipoh, Perak manakala yang lain di Kuala Lumpur (KL). Bila orang beritahu suruh datang KL, saya datang sebab ada ‘job’.
“Kami ini memang tak tahu apa-apa pasal Yassin. Mana tahu sebenarnya dia tengah bangak duit maka dia pun tengah duduk relaks? Sebab itu dia senyap sahaja. Kita pula orang ajak ‘show’ kita pergi,”katanya.
Wahid berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Duta Kempen Raya Mendonia Jakel di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Senario diumumkan sebagai antara 10 selebriti yang dilantik bagi jenama berkenaan.
“Daripada awal pun saya tak tahu dia di mana. Memanglah kami ada grup WhatSApp, tetapi ia cuma berurusan mengenai kerja sahaja. Senario memang dari dulu begini, itulah keistimewaan kami.
“Dari dulu kami tidak pernah terasa hati. Kami ini, habis kerja sahaja masing-masing dengan dunia masing-masing. Jadi bila kita ini kerja sekali, melepak sekali, itu yang jadi masalah.
“Jadi, sesiapa yang nak tubuhkan kumpulan, buatlah macam itu ya. Habis kerja balik, sakit baru pergi jenguk,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...