Bersempena 10 tahun Bulan Bintang di pasaran, jenama fesyen baju Melayu terkenal berkenaan memperkenalkan kempen ‘Bulan Bintang Next Top Model’.
Apa yang menarik, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berusia 40 tahun ke atas untuk turut sama menonjolkan bakat terpendam dalam bidang peragaan.
Ramai Berminat Jadi Model
Menurut pengasasnya iaitu Azzim Zahid Azmi atau Meri, mereka membuka penyertaan kepada orang ramai yang berusia 40 tahun atas sebab tersendiri.
“Saban tahun, kami mendapat banyak permintaan peminat yang mahu menjadi model. Jadi, untuk tahun ini, kami membuka peluang bersempena sedekad kami berada di pasaran.
“Kami sudah ada ramai model dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, terutamanya mereka yang berusia muda. Jadi untuk kelainan, kami mahu mencari model berusia 40 tahun ke atas untuk ‘catwalk’ atas pentas pertunjukan fesyen kami nanti.
Mereka yang berminat boleh hantarkan penyertaan menerusi akaun TikTok dan daftar secara atas talian.
“Seterusnya, sediakan video berdurasi pendek mengenai latar belakang diri anda serta tunjukkan bakat anda ‘catwalk’ dan ‘pose’. Muat naik di akaun TikTok dan tag akaun @bulanbintangcloting dan #BulanBintangNextTopModel.
“Penyertaan untuk kempen Bulan Bintang Next Top Model ini telah dibuka sehingga 11 Januari ini,” kata Meri.
View this post on Instagram
Penyertaan Dijurikan 3 Selebriti Popular
Malah, penyertaan yang diterima akan dinilai serta dijurikan oleh Datuk Ramli MS, Joey Daud dan Nadhir Nasar sendiri.
“Kemudian, Datuk Ramli, Joey dan Nadhir akan memilih 30 orang peserta untuk ke peringkat seterusnya. 30 orang yang bertuah akan menjalani sesi uji bakat.
“Sesi uji bakat akan dinilai oleh juri dan dari 30 peserta, hanya 15 yang akan dipilih berjalan di pertunjukan fesyen Bulan Bintang. Akhirnya, tiga orang peserta akan memenangi hadiah.
“Tempat pertama bakal memenangi RM10,000 manakala RM5,000 bakal dihadiahkan kepada naib juara dan RM3,000 bagi pemenang tempat ketiga.
“Penilaian adalah berdasarkan 50 peratus markah juri dan 50 peratus markah pula berdasarkan undian penonton yang mengikuti kempen Bulan Bintang Next Top Model di TikTok,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI