Pelakon Datuk Aaron Aziz terus melebarkan sayapnya dalam dunia perniagaan dengan menjadi rakan kongsi kepada syarikat umrah dan percutian terkenal, Persada Global Holidays.
Langkah ini menandakan usaha aktor berkenaan untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat yang ingin menunaikan ibadah umrah dan menikmati percutian yang bermakna.
Teruja Amanah Baharu
Aaron Aziz, 49, berkata, kerjasama dengan Persada Global Holidays kerana reputasi syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah dan pelancongan berkualiti tinggi.
“Mereka mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan perjalanan, sekali gus berjaya membina kepercayaan ramai pelanggan sejak penubuhannya.
“Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Persada Global Holidays. Ini adalah peluang bagi saya untuk membantu lebih ramai orang merealisasikan impian mereka, sama ada untuk menunaikan ibadah umrah atau menikmati percutian yang indah,” katanya.
Ads
Sebagai rakan kongsi, Aaron menjelaskan, dia bukan sahaja akan menyumbangkan idea inovatif untuk memperkukuhkan operasi syarikat, malah akan turut terbabit dalam mempromosikan pakej baharu yang mesra keluarga, selesa, dan berpatutan.
“Menerusi kerjasama ini, Persada Global Holidays akan memperkenalkan beberapa pakej eksklusif yang diinspirasikan oleh pengalaman peribadi saya.
“Pakej ini dijangka mendapat sambutan hangat daripada peminat dan masyarakat umum,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persada Global Holidays Shahir Ibrahim berkata, pihaknya optimis bahawa kerjasama ini akan memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri umrah dan pelancongan di Malaysia.
Percaya Kredibiliti Aaron Aziz
“Datuk Aaron Aziz bukan sahaja seorang figura besar di Malaysia dan Singapura, tetapi juga individu yang mempunyai keperibadian yang sangat dekat dengan masyarakat.
“Dia ialah ikon yang mampu menarik perhatian ramai dan pada masa yang sama, membawa mesej yang bermakna.
“Kerjasama ini bukan sekadar untuk memperkenalkan jenama, tetapi untuk menginspirasi lebih ramai umat Islam menunaikan umrah dengan penuh makna.
Ads
“Malah, apa yang istimewa, tagline ‘Umrah itu Mudah’ yang kini menjadi misi utama kami adalah cadangan daripada Aaron sendiri.
“Ia mencerminkan pemahaman mendalam beliau terhadap visi kami bahawa perjalanan umrah ini bukan hanya tentang ibadah, tetapi juga tentang kemudahan, keselesaan, dan keikhlasan.
“Dengan pengaruh dan nilai positif yang beliau bawa, kami yakin lebih ramai yang akan memahami dan merasakan bahawa impian ke Tanah Suci itu adalah sesuatu yang mudah dicapai.
“Menerusi kerjasama ini, insya-Allah, adalah langkah untuk membawa kebaikan kepada lebih ramai orang,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, aktres Fasha Sandha berkesempatan isi masa bersama adik tersayang yang juga pelakon Elisya Sandha bagi meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-23.
Turut sama meraikan momen indah itu termasuk suami Elisya, Uzair Haqimy Azman dan Fasha sekeluarga.
Menerusi Instagram, bintang drama bersiri Dendam Seorang Isteri ini memuat naik video serta foto mereka sebagai kenangan bersama lampiran gambar lama.
“Dear sister, I’m not perfect. I’ll annoy you, but you’ll never find someone who loves you as much as I do.
“Happy birthday to my little sister. Welcome to motherhood May Allah ease everything.
“Jom Kesayanganku kita sama-sama doakan agar adik saya diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu di hari lahirnya @elisyasandhaofficial
“Thank you @itsaidilaziz for the birthday dinner treat,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan turut mendapat perhatian peminat dan rata-ratanya menitipkan ucapan selamat hari jadi di samping mendoakan urusan bersalin Elisya dipermudahkan.
Malah Elisya juga ada meninggalkan komen dengan berterima kasih atas keraian yang dilakukan.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga bersama Uzair yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly pada 21 0gos tahun lalu dan kini mereka sedang menantikan kelahiran anak sulung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 di seluruh negara telah menjadi perbualan hangat di kalangan wargamaya.
Ada yang menyambut baik dan tidak kurang yang seolah-olah masih ragu-ragu mengenai perkara tersebut.
Pelakon dan pengacara tekenal, Norman Hakim misalnya turut diminta memberikan pendapat terhadap isu pemberian vaksin yang bakal dilakukan secara berperingkat itu.
Menurut Norman, pemberian vaksin ini harus dipandang dari sudut positif demi kebaikan bersama.
“Bagi saya, kita kena pandang ia daripada sudut positif. Pun begitu, saya rasa masih tidak untuk bercakap mengenai isu suntikan vaksin ini.
“Cuma pada saya, selagi kita percaya bahawa segala apa yang berlaku dalam dunia termasuklah vaksin misalnya, semuanya atas iziNya. Saya percaya masing-masing ada pendapat tersendiri.
“Bila kita percaya vaksin ini adalah sebagai satu pengantaraan atau asbab atas keizinan daripada atas sana, jadi kita kena yakin benda itu akan membawa satu kebaikan dalam kehidupan.
“Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya kepada MH.
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, pelakon berusia 45 tahun juga turut memaklumkan sudah bersedia berbuat demikian.
“Macam saya sendiri sebagai seorang rakyat Malaysia, saya sudah pun mendaftar pengambilan vaksin dalam aplikasi MySejahtera, termasuk semua ahli keluarga,” akhiri Norman.
Terdahulu, hos program Mingguan Wanita ini ditemui di lokasi penggambaran program MH Throwback yang bakal disiarkan Mac depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tabung Naelofar For Humanity yang dilancarkan jenama tudung, Naelofar pada 29 dan 30 Mei lalu berjaya mencatat jualan sebanyak RM144,667.82.
Kesemua keuntungan yang diperolehi itu disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction bagi membantu rakyat Palestin yang terjejas ekoran situasi semasa yang berlaku ketika ini.
Rekod jualan tersebut dikongsikan menerusi akauan rasmi Naelofar, pada Ahad dan ia turuti dikongsikan Neelofa menerusi Instastory.
“As #NaelofarForHumanity campaign comes to an end, we’re honoured to announce that we have raised RM144,667.82 for the Naelofar x @myfundaction Fund.
“The fund will be used entirely towards rebuilding efforts in Palest1n3, and we couldn’t have done it without all of you.
“Thank you to all who have made a pledge and donated. This surely doesn’t mean that the support has to stop. Continue your support to #freepal3st1ne,” tulis kapsyen terbabit.
Sebelum ini, Neelofa menerusi Naeloar di dalam satu kenyataan menjelaskan, objektif kempen tersebut adalah untuk memberikan kesedaran seterusnya dapat menyumbang bagi pembinaan semula Palestin.
“Okbjektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di Palestin dalam kalangan pengguna, juga dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.
“Justeru, 100 peratus keuntungan yang diraih menerusi kempen ini akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction,” katanya.
Menurut Neelofa, dia berharap inisiatif yang dilakukan dapat membantu rakyat Palestin yang menderita ketika ini.
“Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana,” katanya.
Usaha murni itu turut disertai oleh artis popular seperti Kilafairy, Wany Hasrita dan Amira Othman.
Jualan tersebut bagi projek berkenaan difahamkan telah diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.
Foto: Instagram Neelofa, Naelofar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.