Pengacara, Nazrudin Rahman akui perasaannya bercampur baur selepas namanya dipilih sebagai salah seorang pengacara yang akan mengendalikan acara muzik berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), Februari depan.

Menurut Nazrudin atau lebih mesra disapa Naz, dia sedar popularitinya tidak sehebat barisan pengacara TV yang lain namun, dia tetap akan akan berusaha menggalas tanggungjawab ini sebaiknya.

Jelasnya lagi, dia turut telah membaca reaksi netizen sejurus namanya dan rakan hos, Sissy Iman diumumkan sebagai hos utama AJL39.

“Lawak Sengal & Syok Sendiri? Kami Mahu Julang Karya Agung,” – Akui Nama Kurang Popular, Ini Ulas Hos AJL39 Naz Rahman “Lawak Sengal & Syok Sendiri? Kami Mahu Julang Karya Agung,” – Akui Nama Kurang Popular, Ini Ulas Hos AJL39 Naz Rahman

“Wow, saya baca dan faham. Pertama kali saya terima tugasan ini dengan hati gembira dan berat pada masa sama.

“Sepanjang kerjaya bergelar hos, saya tahu saya tidak dinilai dengan mata wang ‘glamour’. Pengacaraan adalah cinta pertama saya dan kredibiliti adalah segala-galanya.

“Mula-mula saya nak tolak. Bila kita setuju dengan kontrak baru, kita dah biasa sebut ‘tugasan’ dan bukan ‘job’.

“Saya tahu mana tinggi langit, mana rendah bumi, ada tugasan yang lebih berat, berbanding yang lain,” tulisnya.

Ads

Luahan itu dikongsikan bekas pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu menerusi beberapa hantaran di aplikasi X, baru-baru ini.

Gandingan Hos Lama & Baharu Pilihan Tepat

Naz  pada masa sama turut menyokong usaha TV3 yang ingin menggandingkan pengacara lama dan baharu di program berskala besar seperti AJL.

“Lawak Sengal & Syok Sendiri? Kami Mahu Julang Karya Agung,” – Akui Nama Kurang Popular, Ini Ulas Hos AJL39 Naz Rahman

“Terima kasih pihak TV3 di atas penjelasan dan mandat untuk mengemudi AJL. Syukur sangat dengan peminat yang faham dan percaya akan kebolehan saya.

Ads

“Saya setuju dengan rasional pihak produksi. Untuk mencipta sesuatu pada masa hadapan, kita kena belajar daripada masa lalu.

“25 tahun saya berkhidmat, saya faham, berat lagi bahu memikul, bila kita imbas kembali ekspektasi penonton kita,” kongsinya lagi.

Tambah Naz, dia dan Sissy bakal memberikan sepenuh tumpuan untuk meraikan industri muzik tempatan pada malam kemuncak itu nanti.

“Lawak Sengal & Syok Sendiri? Kami Mahu Julang Karya Agung,” – Akui Nama Kurang Popular, Ini Ulas Hos AJL39 Naz Rahman “Lawak Sengal & Syok Sendiri? Kami Mahu Julang Karya Agung,” – Akui Nama Kurang Popular, Ini Ulas Hos AJL39 Naz Rahman

Ads

“Gandingan senior dan skuad pelapis, memerlukan kreativiti dan keberanian.
Janji kami, adalah untuk memberikan yang terbaik, demi menjulang karya-karya pemuzik kita.

“Lawak sengal? Syok sendiri? Atau kali ini, kita benar-benar menjulang karya agung dan raikan keberanian darah baru?

“Harapan kami, semoga kami berdua diberi kepercayaan, kekuatan dan sokongan untuk berdiri diatas kaki sendiri.

“Kepada bakat baru Sissy Iman, saya kagum dengan keberanian anda. Kita boleh lakukannya. In Sha Allah,” akhirinya.

Terdahulu, AJL39 bakal berlangsung pada 16 Febuari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur dan dalam edisi kali ini, sebanyak 10 buah lagu terbaik bakal dipertandingkan untuk merebut gelaran AJL39.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI