Solat adalah kewajipan, bukan pilihan. Mengabaikan ibadat ini adalah satu kerugian besar.”

Demikian jelas Ketua Pegawai Eksekutif Madad International Sdn Bhd, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra yang sukses melancarkan produk terbaharu, Jam Azan MADAD Promas, pada Sabtu.

Menurut Ustaz Mohammad Yaakub yang juga salah seorang panel program Tanyalah Ustaz di TV3 ini, salah satu cara untuk terus mengingati waktu solat adalah dengan peka terhadap masa.

“Bagaimana kita sebagai hamba-Nya menjaga amanah ini? Salah satu cara ialah dengan sentiasa mengingati waktu solat.

“Jam Azan MADAD ini dilancarkan untuk membantu kita melaksanakan kewajipan ini sambil menjadi peringatan harian untuk memperbaiki diri,” katanya.

Bawa Elemen Jam Masjid

Tambah Ustaz Muhammad Yaakub, jam azan ini membawakan elemen keunikan suasana masjid ke dalam rumah dengan rekaan moden serta fungsi mesra pengguna.

Ads

“Jam ini bersaiz lebih kompak dan harganya juga mampu milik berbanding produk sama di pasaran.

“Ia turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam memastikan waktu solat yang dipaparkan adalah tepat.

“Malah ia dihasilkan bersama ciri-ciri khas yang boleh dimanfaatkan pengguna seperti peringatan sebelum azan menerusi bacaan surah dimainkan 10 minit sebelum waktu solat.

“Zikir harian juga boleh didengari menerusi jam azan ini dan pengguna boleh menukar latar belakang gambar latar jam mengikut cita rasa masing-masing misalnya imej Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.

“Insya-Allah kita juga boleh usaha untuk bentuk latar mengikut kehendak pelanggan dan harga jam azan kita bermula dengan RM298.

Ads

“Jadi inilah bukti bagaimana kita mengekspoitasi teknologi moden untuk mengukuhkan amalan ibadah. Ia bukan sekadar jam tetapi panduan harian untuk memperbaiki diri,” katanya lagi.

Ustaz Yaakub Yusra Lancar Jam Azan, Bawa Suasana Masjid Ke Setiap Rumah -“Solat Adalah Kewajipan, Bukan Pilihan.” Ustaz Yaakub Yusra Lancar Jam Azan, Bawa Suasana Masjid Ke Setiap Rumah -“Solat Adalah Kewajipan, Bukan Pilihan.” Ustaz Yaakub Yusra Lancar Jam Azan, Bawa Suasana Masjid Ke Setiap Rumah -“Solat Adalah Kewajipan, Bukan Pilihan.”

1,000 Unit Jam Azan Yang Pertama

Dalam pada itu, pihaknya juga optimis bakal memperkenalkan versi jam pintar yang bakal berfungsi sebagai diari solat, membolehkan pemakai untuk menyemak waktu untuk mendirikan tiang agama.

Sementara itu, jam Azan MADAD dibangunkan dengan kerjasama Promas Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat berpengalaman lebih 19 tahun dalam membekalkan jam azan kepada masjid dan surau seluruh negara.

Ads

Operasi pengeluaran kini dikendalikan sepenuhnya oleh Madad International Sdn Bhd, dan kualiti jam ini dijamin dengan waranti selama dua tahun.

MADAD kini mengambil alih operasi Promas termasuk aspek pengurusan dan pentadbiran.

Pihaknya juga berhasrat untuk memastikan setiap rumah memiliki sekurang-kurangnya satu Jam Azan MADAD sebagai usaha membantu umat Islam menjaga waktu solat dengan lebih baik.

“Untuk keluaran yang pertama, kita hasilkan 1,000 unit dan selepas ini akan dibesarkan kepada 5,000 ke 10,000 unit untuk dipasarkan secara meluas. 

“Alhamdulillah untuk tempahan secara atas talian, pihak kami sudah menerima beratus tempahan dan ada yang ‘walk in’ ke MADAD untuk mendapatkannya. Alhamdulillah, satu perkembangan yang baik,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI