Perjalanan Eylia Guntabid menerusi program One In A Million (CSOIAM) terhenti di peringkat suku akhir apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, pada Ahad.

Malah persembahan duetnya bersama Khai Bahar menerusi lagu Dua Insan Bercinta turut gagal memikat hati juri tetap iaitu Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, selain Alif Satar yang diundang sebagai juri jemputan.

Pada masa sama, jumlah undian penonton yang diterimanya juga tidak dapat membantu Eylia untuk mengekalkan kemaraannya di dalam pertandingan tersebut.

Tiada Rezeki Eylia, Kecundang Sebelum Mara Ke Separuh Akhir OIAM

Ads

Tiada Rezeki Eylia, Kecundang Sebelum Mara Ke Separuh Akhir OIAM Tiada Rezeki Eylia, Kecundang Sebelum Mara Ke Separuh Akhir OIAM

5 Mara Ke Semi Final

Lima peserta yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir ialah Zazleen, Jimi, Kai Deva, Marygrace, dan Mariam.

Penilaian peserta setiap minggu dibahagikan kepada 60 peratus markah daripada juri profesional, manakala 40 peratus lagi ditentukan melalui undian penonton.

Ads

Malam tadi, saingan minggu kelima turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Alif Satar & The Locos menerusi lagu popular Anugerah Terindah dan Inikan Cinta.

Enam peserta yang bertanding juga menghiburkan penonton dengan medley lagu Bollywood sebelum Stacy Anam tampil memukau menerusi lagu Pakai Buang dan Menyala.

Ads

Program realiti nyanyian ikonik ini, yang mula diperkenalkan pada 2006, kembali dengan format baharu dan bersiaran setiap minggu sehingga 9 Februari depan.

Dihoskan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy, juara One In A Million akan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000, serta kontrak rakaman eksklusif selama dua tahun bersama Alternate Records & Talents.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI